Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ahli lembaga /lembaga | Mesyuarat Lembaga Pengarah | Lain-lain | 19.02.2008 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Mohon semakan bagi kenyataan yang tepat seperti berikut: i. Ahli-ahli Lembaga Pengarah Universiti;atau ii. Ahli Lembaga Pengarah - Ahli Lembaga Pengarah Universiti. Terima kasih. | Wassalam, Perkataan yang betul Ahli-ahli Lembaga Pengarah | Lain-lain | 15.05.2018 |
Lembaga Getah Malaysia akan menyambut ulang tahun penubuhannya dengan tema 100 Tahun Penyelidikan Getah. Adakah boleh dan betul dari segi bahasa sekiranya tema tersebut menggunakan frasa Seabad Penyelidikan Getah? | Tema tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 28.06.2024 |
Lembaga Getah Malaysia akan melaksanakan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). Kami ingin mendapatkan pandangan DBP mengenai padanan yang tepat dalam bahasa Melayu bagi perkataan Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR). | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Malaysian Sustainable Natural Rubber (MSNR) ialah Getah Asli Mampan Malaysia. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.10.2023 |
Huraian Circular Resolution ialah didalam mendapatkan kelulusan dari Ahli Lembaga Pengarah dimana resolusi diatas sesuatu perkara diedarkan untuk persetujuan lembaga Pengarah. Ini dilakukan dimana mesyuarat lembaga pengarah tidak dapat diadakan dan keputusan lembaga pengarah diperlukan. Mohon pencerahan bagi istilah penggunaan di dalam Bahasa Melayu bagi Circular Resolution. Terima kasih. | Berdasarkan penerangan yang diberikan, kami berpendapat istilah bahasa Melayu yang sesuai ialah usul edaran. | Istilah | 30.05.2016 |
Salam DBP, Mohon bantuan pihak tuan untuk mencadangkan nama ruangan di dalam Bahasa Malaysia seperti di bawah: terutama perkataan Outgoing "Outgoing Board Members, Alternate Board Members and Investment Panel" Maksud ruangan ialah senarai Ahli Lembaga, Silih Ganti Lembaga dan Panel Pelaburan yang telah tamat perkhidmatan dan meletak jawatan daripada lembaga. Mohon hubungi saya shahrul di 03-2616 1893 sekiranya mempunyai pertanyaan lanjut. | Untuk makluman, DBP belum ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah yang dikemukakan. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: Outgoing Board Members - Ahli Lembaga Tamat Tempoh Perkhidmatan atau Ahli Lembaga Bakal Bersara Alternate Board Members - Ahli Lembaga Ganti atau Ahli Lembaga Silih Ganti Investment Panel - Panel Pelaburan
| Istilah | 19.02.2016 |
Ayat mana yang lebih tepat: borang itu hendaklah dicap Lembaga Peperiksaan ATAU borang itu hendaklah dibubuh cap Lembaga Peperiksaan | Ayat yang betul ialah "Borang itu hendaklah dicap oleh Lembaga Peperiksaan." atau "Borang itu hendaklah mempunyai logo Lembaga Peperiksaan." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Mana satu penggunaan yang betul. 1. Saya menghadiri mesyuarat Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan / Pengurus Sekolah. Terima kasih. | Salam sejahtera, Frasa yang betu: 1. Saya menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengurusan Sekolah . 2. Ali telah menyediakan carta organisasi Lembaga Pengurusan Sekolah. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.06.2019 |
yang mana satu ayat yang betul- dibentangkan 'ke Lembaga Pengarah' atau dibentangkan 'kepada Lembaga Pengarah'? | Frasa yang betul ialah “dibentangkan kepada Lembaga Pengarah”. | Lain-lain | 11.07.2024 |
Saya ingin menterjemahkan "Board Audit Committee" ke Bahasa Melayu. 1. Jawatankuasa Lembaga Audit atau 2. Jawatankuasa Audit Lembaga Yang mana satu betul? | "Board Audit Committee" diterjemahkan dalam bahasa Melayu: Jawatankuasa Lembaga Audit | Makna | 18.05.2021 |