Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Lambat laun dan lambat-laun,yang mana betul? | lambat-laun yang betul. | Lain-lain | 04.01.2013 |
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tq | Dalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut.. Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Apakah perbezaan antara 'berdampingan', 'bergandingan' dan 'berdekatan' dari segi penggunaan istilah? | Puan Lee terima kasih kerana menghubungi KNBDBP, berikut diberikan makan seperti yang ditanya. berdampingan - berada dekat dgn atau di sisi (seseorang), berdekatan, berapat-rapat: dia hanya ingin ~ dgn Busu; 2. bergandingan, bersama-sama (menghadapi atau mengusahakan sesuatu): dia harus ~ serapat-rapatnya dgn saudaranya dlm usaha menyelesaikan masalah itu; berganding - berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); berada atau terletak dekat (dgn sesuatu tempat), berhampiran: rakit itu kemudiannya dihanyutkan ke dlm sungai yg ~; kejadian rompakan itu telah dilaporkan ke balai polis yg ~; 2. = berdekat-dekatan; 3. dekat (dgn sesuatu), berhampiran (dgn); | Makna | 06.01.2010 |
ALIH BAHASA KEPADA BAHASA MELAYU: DELAYED EFFECT | Padanan bahasa Melayunya ialah kesan lambat. | Istilah | 14.06.2008 |
Apakah yang dimaksudkan cencaru makan petang? | Peribahasa "cencaru makan petang" bermaksud pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
contoh pepatah | Pepatah bermaksud peribahasa yang mengandungi nasihat, ajaran orang tua-tua dll.. Cth. biar lambat asal selamat. | Makna | 05.04.2008 |
Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan lat | Saudara Roseli, Makna perkataan lat ialah i. antara, selang ii. bp lambat, lewat iii. bilah buluh (pd kasau) iv. kenduri. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) melalui laman sesawang DBP. | Makna | 21.01.2010 |
Apakah maksud peribahasa jangan pijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh | Peribahasa ini ada persamaan makna dengan peribahasa lain seperti belakang parang kalau diasah akan menjadi tajam juga, biar lambat asalkan selamat dan juga malu berkayuh perahu hanyut. T.kasih. | Lain-lain | 12.08.2008 |
Yang mana satu subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. ( i ) Dia bukan ketua saya ketika saya bekerja dahulu. ( ii ) Sewaktu polis membuat pemeriksaan wang itu bukan dengannya. ( iii ) Oleh sebab mereka datang lambat mereka tidak dbenarkan masuk ke dewan peperiksaan. sekian, terima kasih. | Subjek ialah perkara atau pelaku, manakala predikat ialah cerita atau huraian. Dalam ayat (i), Dia (Subjek) dan penerangnya ialah Predikat. Ayat (ii), Polis (Subjek) dan penerangnya ialah predikat. Ayat (iii), Mereka (Subjek) dan peenerangnya predikat. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 20.09.2009 |
|
Puisi |
---|
|
Kalau berjalan terasa lambat, Kalau berlari terasa cepat; Jangan kita suka mengumpat, Rugi di dunia di akhirat tak dapat.
Lihat selanjutnya... |
|