Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
kenal pasti bentuk kata | Saudara boleh melayari prpm.dbp.gov.my untuk mengenal pasti bentuk kata seperti yang dilampirkan. PRPM menyediakan bentuk kata di ruangan tesaurus bagi menerangkan golongan kata. Terdapat 4 bentuk kata iaitu kata tunggal, terbitan, majmuk dan ganda. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lebih lanjut. | Tokoh | 18.02.2013 |
Kenal pasti kesalahan ayat: 1. Bila gerangan kakanda akan pulang? 2. Berapa tahun dia belajar di luar negeri? | Dalam kedua-dua ayat tersebut perlu diletakkan partikel -kah (Bilakah ... dan Berapa tahunkah ...) sebagai penegas frasa predikat atau bahagiannya. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Yang mana yang betul: a) Tak kenal maka tak cinta b) Tidak kenal maka tidak cinta | Yang betul ialah a. tak kenal maka tak cinta | Tatabahasa | 01.02.2012 |
Tolong kenal pasti kesalahan pada ayat-ayat berikut : 1. Cik Kiah menumiskan bawang untuk dibuat sambal udang. 2. Keinginannya untuk mendapat seorang cahaya mata lelaki akhirnya dimakbulkan Allah. | Tiada kesalahan tatabahasa pada dua ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Tolong kenal pasti kesilapan pada ayat berikut : Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. | Beliau sudah melibatkan diri dalam aktiviti karang-mengarang itu sejak berumur 18 tahun. Ayat ini betul | Tatabahasa | 12.02.2009 |
Bolehkah anda kenal pasti kesalahan dalam ayat berikut? 1.Kemeja yang tersinggung pada paku di dinding itu diambil oleh kakak untuk dicuci. 2.Ketika berasak-asak hendak menaiki bas, siku Marlia tersinggung kepala seorang kepala kanak. 3.Hati-hati ketika berbicaragadis itu kerana hatinya mudah tersinggung. 4.Kadang-kadang kata-katanya tersinggungperasaan orang lain. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan tersinggung ditakrifkan sebagai 1. terkena, terjamah, tersentuh; 2. disakiti hati (terhina dll): kalau hatinya ~ sedikit, sampai seminggu dia merajuk; mudah ~ mudah sakit hati; ~ lebih bak kena prb mudah berasa hati manakala menyinggung ditakrifkan sebagai 1. menolak (menghentak, memukul) dgn siku, menyenggol, menyigung: ia kelihatan ~ kawan-kawannya dgn siku; 2. mengenai sedikit, menyentuh; 3. menyebut-nyebut sesuatu (dlm ucapan, karangan, dll), membicarakan sedikit, menyentuh: jalan cerita ini susah diikuti oleh pembaca kerana banyak perkara dan orang yg disinggung secara sepintas lalu; 4. menyakiti atau melukai hati (perasaan dll): perkataannya selalu menyebut hal yg kadang-kadang ~ hati isterinya; 5. menodai (nama baik seseorang dll): dia tidak akan membiarkan orang ~ nama baik keluarganya dgn sewenang-wenangnya; ~ mata bisul orang prb menyakiti hati orang lain dgn sindiran dll (dlm sesuatu perjumpaan dll). Berdasarkan huraian tersebut, saudara boleh mendapatkan jawapan pada pertanyaan yang dikemukakan. | Tatabahasa | 13.12.2010 |
Salam sejahtera, Tuan / Puan Bolehkah Tuan/Puan nyatakan ayat manakah yang betul? 1a) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 1b) Cuba anda kenal pastikan aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2a) Berat seluruh objek tertumpu di pusat graviti objek itu. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3a) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong pada luar pusat graviti. Sekian, terima kasih. CK | Yang betul adalah seperti yang berikut: 12) Cuba anda kenal pasti aplikasi kestabilan dalam situasi harian kita. 2b) Berat seluruh objek tertumpu pada pusat graviti objek itu. 3b) Objek menjadi tidak stabil apabila disokong di luar pusat graviti. | Tatabahasa | 08.12.2011 |
Perkenalkan mereka pada/kepada orang yang mereka tidak dapat kenal sendiri. | Perkenalkan mereka kepada orang yang mereka tidak dapat kenal sendiri. | Tatabahasa | 28.03.2012 |
Salam sejahtera, Adakah kedua-dua ayat di bawah juga betul? Ali kenal benar akan lelaki yang sedang berbual-bual dengan ayahnya. Ali kenal amat akan lelaki yang berbual-bual dengan ayahnya. sekian. | Kedua-dua ayat adalah salah. Ayat yang betul ialah: 1. Ali amat mengenali lelaki yang berbual dengan ayahnya. 2. Ali benar-benar mengenali lelaki yang sedang berbual-bual dengan ayahnya. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Salam sejahtera. Apakah terjemahan yang betul bagi perkataan "ice breaking"? Adakah "suai kenal" adalah terjemahan yang betul? Adakah terdapat terjemahan atau cadangan lain yang lebih tepat? | Istilah suai kenal atau orientasi boleh digunakan sebagai padanan "ice breaking" bergantung pada konteks dan situasi. | Istilah | 25.11.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| kenal (kata kerja) | Bersinonim dengan tahu, cam, ingat, pasti, faham, maklum, mahir, tanggap, biasa, hafal;, | | Kata Terbitan : berkenalan, mengenal, memperkenalkan, terkenal, kenalan, perkenalan, pengenalan, pengenal, |
|
Puisi |
---|
|
Saya kenal buah rambutan, Dalam seikat masak sebiji; Manis benar wajahmu tuan, Di dalam kampung payah dicari.
Lihat selanjutnya... |
|