Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul 'kembali ke pangkuan masyarakat' atau 'kembali ke pangkal jalan'?.Apakah perkataan lain bagi merujuk kepada istilah ini? | Kedua-duanya betul, yang lazim digunakan ialah kembali ke pangkal jalan bagi mereka yang telah sedar dan insaf daripada dosa/kesalahan yang dilakukan sebelum ini. | Tatabahasa | 11.11.2011 |
Tuan, Dari segi laras bahasa iklan, bolehkah ayat-ayat ini digunakan? "Perodua, kembali mengancam." Mengancam di sini adalah seperti bahasa percakapan, yang bermaksud menarik. Dan "Perodua, kembali membawa aksi." Bolehkah kedua-dua ayat ini digunakan? Terima kasih. | Ungkapan "Perodua, kembali membawa aksi" atau "Perodua, kembali beraksi" adalah gramatis berbanding dengan "Perodua, lebih mengancam". Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikutilah langkat yang seterusnya. | Tatabahasa | 19.01.2012 |
Kepada atau pada: a) Joanne melekat kembali kepada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. b) Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Joanne melekat kembali pada Aisha sambil menunjukkan riak wajah takut. | Tatabahasa | 19.09.2011 |
Mohon pembetulan 2 ayat di bawah Kejohan ini kembali lagi PADA tahun ini atau Kejohan ini kembali lagi BAGI tahun ini PADA yang berminat untuk menyertai atau BAGI yang berminat untuk menyertai | Kejohan atau Kejohanan? Saya andaikan perkataan sebenarnya ialah Kejohanan. Ayat yang betul ialah Kejohanan ini kembali lagi pada tahun ini. Bagi yang berminat untuk menyertai... | Tatabahasa | 27.04.2011 |
Selamat bersua kembali. Tatabahasa Dewan edisi ketiga m/s 504 (iii) ada menyatakan contoh kata hubung berpasangan. Adakah perkataan " daripada, apakah , adakah " boleh dikategorikan sebagai kata hubung ? Terima kasih. | Berdasarkan konteks ayat contoh dalam halaman tersebut, perkataan daripada ... lebih baik, apakah ... atau(pun) dan sama ada ... atau ialah kata hubung berpasangan yang menggabungkan dua ayat atau lebih. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
sile semak kembali untuk pengesahan terima kasih | Penggunaan bahasa dalam iklan tersebut adalah betul. Untuk tujuan pengesahan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" dan ikuti prosedur seterusnya. | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Salam. Merujuk kembali persoalan tentatif program dan program tentatif. Saya masih kurang puas hati terhadap jawapan yang diberikan. Jika dilihat maksud tentatif dalam Kamus Dewan ia bermaksud tidak muktamad atau buat sementara waktu. Jadi kalau frasa tentatif program adalah betul ia bermaksud tidak muktamad program atau buat sementara waktu program, bukan program tidak muktamad atau program buat sementara waktu. Dalam Kamus Dewan pun memberi contoh langkah tentatif dan bukannya tentatif langkah. Harap dapat penjelasan daripada pihak DBP kerana saya masih keliru. Terima kasih. | Program tentatif ialah program yang belum muktamad. Harap mkalum | Tatabahasa | 30.06.2008 |
TAKZIAH ATAS KEMATIAN/KEMBALI KE RAHMATULLAH | TAKZIAH ATAS KEMATIAN TAKZIAH ATAS KEMBALI KE RAHMATULLAH | Tatabahasa | 25.10.2010 |
manakah ayat yang betul dan lebih sesuai digunakan " merujuk kembali kepada" atau hanya "merujuk kepada" atau "merujuk kembali" | Frasa yang betul ialah merujuk kepada. | Tatabahasa | 20.10.2013 |
Tuan, dalam laras iklan, adakah ayat ini betul? "Perodua, kembali mempesona." Terima kasih. | Ungkapan Perodua, kembali mempesona ... adalah betul. Oleh kerana frasa ini bukan satu ayat yang lengkap letakkan tanda elipsis (...) selepas kata mempesona. Untuk pengesahan iklan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa". | Tatabahasa | 18.01.2012 |