Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Tuan, Mohon maklumbalas bagi penggunaan perkataan "dibawah" atau "di bawah" yang betul bagi pernyataan berikut: 1. Kursus 3 hari ini di bawah kelolaan Unit Modal Insan. atau; 2. Kursus 3 hari ini dibawah kelolaan Unit Modal Insan. Terima kasih | Waalaikummussalam puan, 'Kursus tiga hari ini di bawah kelolaan Unit Modal Insan' adalah tepat. Hal ini kerana, kata sendi nama di yang menunjukkan arah dan tempat cara penulisannya perlu dijarakkan misalnya, di Kuala Lumpur, di atas meja, di bawah katil. Manakala penggunaan di hadapan kata kerja ialah imbuhan di seperti dibuat ditulis rapat. | Tatabahasa | 11.10.2012 |
Tuan, saya sedang cuba menyempurnakan tugasan menulis tentang tokoh penyair Wadi Leta SA , maksud saya menulis biografi ringkas. Saya cuba cari di internet namun tak banyak maklumat saya temui, kerana di samping beliau menulis puisi , saya ingin catatkan juga tentang hobinya pada seni lukis dan jua menulis buku cerita kanak-kanak. Saya di fahamkan penulisan cerita kanak-kanak pernah disiarkan melalui blog zoom A di bawah kelolaan Rosli Nikmat , tetapi saya tetap tidak ketemu di internet. Boleh kah pihak Tuan berikan laman web atau link tentang beliau menulis buku cerita kanak-kanak dan hobi melukis? Atau boleh nyatakan di mana boleh saya dapatkan info tersebut? | Salam sejahtera, Dewan Sastera terbitan November 2007 ada mengemukakan Wadi Leta S.A. sebagai karyawan dalam keluaran tersebut. Selain itu, saudara boleh membaca artikel "Wadi Leta berbakat melukis" dalam laman www.nib.com.my . | Lain-lain | 25.04.2012 |
Saya merupakan pensyarah yang mengajar dalam bidang pengkhususan seramik industri. Terdapat banyak buku yang dicetak dalam bahasa inggeris dan susah didapati di pasaran. saya berhasrat ingin menterjemah buku tersebut di dalam bahasa melayu, bagi memudahkan pelajar menjadikan buku tersebut sebagai panduan. Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut prosedur untuk menterjemahkan buku. Sasaran jualan buku tersebut adalah untuk pelajar IPTA(UiTM Shah Alam dan caw Perak, Unimas, UMS, UPSI), pelajar dibawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia (ILP, IKM, Kolej Komuniti) dan MRSM. Diharap dengan adanya buku-buku hasil penterjemahan ini, proses penyampaian dan pemahaman kursus akan lebih efisyen. Sekian, terima kasih. | DBP tidak lagi menguruskan projek penterjemahan. Kini projek penterjemahan diuruskan oleh Institut Terjemahan Negara Berhad. | Lain-lain | 01.02.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| kelola (kata kerja) | Bersinonim dengan kemudi, kendali, selia, selenggara, tadbir, urus, pimpin, arah atur;, | | Kata Terbitan : mengelola, mengelolakan, kelolaan, pengelolaan, pengelola, |
|
|