Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
JELAS SECARA TERPEINCI BERKAITAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN | Huruf Vokal Dalam sisitem ejaan Rumi, ada lima huruf voKal yang digunakan bagi melambangkan enam fonem voKal atau bunyi voKal baku. Huruf-huruf tersebut ialah a, e, I, o dan u. Huruf e digunakan untuk melambangkan dua fonem voKal iaitu, fonem e pepet dan fonem e taling. Huruf Konsonan Dalam sistem ejaan Rumi, ada 26 huruf konsonan yang digunakan bagi melambangkan 27 fonem atau bunyi konsonan. Setiap suku kata bahasa Melayu ditandai oleh satu vokal. Vokal itu dapat didahului atau diikuti atau diapit oleh konsonan. Untuk menjelaskan lebih terperinci, saudara boleh menggunakan buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu oleh Ismail Dahaman terbitan DBP untuk rujukan. | Tatabahasa | 29.04.2013 |
Yang mana yang betul: a) "Macam bandar baru ini juga kah?" Jelas nada suara Joan sebal. b)|"Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. c)"Macam bandar baru ini juga kah?" jelas nada suara Joan sebal. d)"Macam bandar baru ini jugakah?" jelas nada suara Joan sebal. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: b) "Macam bandar baru ini jugakah?" Jelas nada suara Joan sebal. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
1.Cadangan yang disampaikan oleh pegawai sukan itu (jelas/nyata) demi meningkatkan prestasi sukan negara. Jawapan jelas atau nyata betul? Boleh berikan penerangan? Terima kasih! | Saudara, Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara dan pasti. Oleh itu kedua-duanya boleh digunakan secara saling berganti. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
Pandangannya kurang jelas kerana dia tidak memakai kaca mata. Kata seerti bagi perkataan jelas ialah A. cerah B. jernih C. terang D. tajam | Saudara, Perkataan jelas bersinonim dengan terang, nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar dan jaleh. Menerusi ayat yang dikemukakan oleh saudara penggunaan terang adalah yang paling tepat. Pandangannya kurang terang kerana dia tidak memakai kaca mata. | Makna | 22.10.2012 |
1. Berdasarkan penerangan tuan pada 1.5.2011, tiada istilah 'menjolok mata'; merujuk Kamus Dewan Edisi ke-4, m.s. 636, 'menjolok mata' bermaksud , (a) sangat jelas kelihatan, sangat nyata; (b) memberi malu, menyakitkan hati. Merujuk Kamus SDA, m.s. 285, 'mencolok mata' bermaksud (a) mencucuk mata; (b) tampak jelas, kelihatab jelas benar; (c) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Soalan saya: adakah penerangan ini bererti bahawa 'menjolok mata' dab 'mencolok mata' membawa maksud yang sama apabila digunakan dalam ayat berikut; 'Pakaian gadis itu sangat menjolok mata/mencolok mata ', bolehkah kedua-dua frasa ini diterima dan betul? Saya menemui dua contoh latihan membetulkan kesalahan bahasa dalam Akhbar Dalam Pembelajaran Utusan Malaysia yang bertarikh 24 Mac 2011 dan 19 Mei 2011 yang menyatakan frasa 'mencolok mata' harus dibetulkan dengan frasa 'menjolok mata' . Oleh itu, saya amat keliru. Sila jelaskan. Terima kasih. 2. Adakah benar istilah 'baru' yang diguna pakai sekarang ialah 'baharu' untuk frasa 'Tahun Baharu Cina, baju baharu, kereta baharu' manakala istilah 'baru' bermaksud 'belum berapa lama lagi' seperti dalam frasa 'baru dia sedar, baru balik dari sekolah'? Sila jelaskan. | 1. Frasa 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' kedua-duanya adalah betul. Antara maksud 'mencolok mata' termasuklah dikiaskan kepada menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan tentang pakaian, kelakuan dan sebagainya. Dan lazimnya kita menggunakan maksud kiasan 'mencolok mata' apabila merujuk keadaan yang berkenaan. 2. Perkataan baru dan baharu kedua-duanya adalah betul. Walau bagaimanapun dalam penggunaan harian apabila kita menterjemahkan kata 'new' ke dalam bahasa Melayu perkataan yang digunakan ialah baru dan baharu seperti rumah baru, buku edisi baharu, kata 'just' pula diterjemahkan kepada baru sahaja seperti baru sebentar tadi. | Tatabahasa | 20.05.2011 |
definisi jelas | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". | Lain-lain | 10.12.2010 |
tidak jelas akan penggunaan perkataan-perkataan berikut: 1. baru 2. baharu 3. bahru | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal.105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Baharu sebagai kata adjektif seperti dalam penggunaan "baju baharu", "rumah baharu". Kata baru pula sebagai kata bantu seperti dalam penggunaan "baru sampai" dan "baru-baru ini". baharu pula, adalah untuk ejaan Johor Baharu sahaja. harap mkalum. | Tatabahasa | 02.01.2008 |
Saya kurang jelas tentang penggunaan frasa "..... bercerita tentang " dan " bercerita mengenai" | Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan kerana kata 'tentang' dan 'mengenai' adalah saling berganti, bergantung pada keadaan yang tertentu. | Tatabahasa | 10.07.2008 |
Tuan, adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan: 1. Bangunan itu kelihatan begitu jelas sekali dari atas Bukit Antarabangsa. adakah frasa begitu jelas sekali salah? kerana terdapat pernyataan menyatakan bahawa kalau terdapat perkataan begitu maka perkataan sekali tidak boleh digunakan di belakang sesuatu ayat? Sila beri jawapan secepat mungkin . Terima Kasih. | Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Asibidibam | Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 18.11.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| jelas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terang: nyata, ketara, pasti, jali, curai, izhar, jaleh, Berantonim dengan kabur
2. Bersinonim dengan lunas: selesai, langsai, habis, beres, impas,
| Kata Terbitan : berjelas-jelas, menjelaskan, kejelasan, penjelasan, |
|
|