Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
jauh pandangan, luas pengetahuan | pengetahuan | Tatabahasa | 12.03.2008 |
salam.diatas jauh ke dekat???? | Jauh. di atas = 'di' mestilah dipisahkan dengan 'atas'. | Tatabahasa | 05.10.2009 |
Ayat yang manakah betul? a) Dia tinggal jauh dari keluarganya. b) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. c) Dia tinggal berjauhan dari keluarganya. d) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. | Ayat yang betul: a) Dia tinggal jauh daripada keluarganya. b) Dia tinggal berjauhan daripada keluarganya. Ataupun: Dia tinggal jauh dari keluarganya di Kelantan. | Tatabahasa | 29.07.2015 |
Antara berikut manakah yang betul: Saya berada jauh dari anda atau saya berada jauh daripada anda? | Saya berada jauh daripada anda. | Tatabahasa | 27.11.2007 |
Salam, apakah yang dimaksudkan dengan sistem kawalan jauh? Terima kasih. | Sistem kawalan jauh merupakan satu sistem atau peraturan yang dikawal dari jarak jauh. Sistem ini digunakan bagi memudahkan pengawalan yang mengandungi atau menggunakan kecanggihan teknologi. | Makna | 23.12.2013 |
Apakah beza antara perkataan sana dan situ? Pada pengetahuan saya, situ digunakan untuk menunjukkan sesuatu yang jauh tetapi masih boleh kelihatan manakala sana digunakan untuk merujuk kepada sesuatu yang jauh dan tidak boleh kelihatan. Contoh ayat : 1.Adik saya berdiri di sana/situ. 2. Saya berjalan ke arah sana/situ. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, sana bermaksud tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Di sana bermaksud tempat yang jauh (dari orang yang bercakap). Situ pula ialah (kata yang menunjukkan) tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara). Di situ bermaksud di tempat itu. | Makna | 13.08.2011 |
Assalamu alaikum. Slogan yang mana satu lebih tepat? 1. Jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan 2. Yang jauh didekatkan, ukhuwwah dipereratkan Atau ayat lain yang lebih tepat. Wassalam. Terima kasih. | Slogan yang tepat dari aspek tatabahasa ialah Yang jauh didekatkan, ukhuwah dipererat. | Tatabahasa | 09.03.2014 |
dilaporkan - dekat @ jauh di samping dilaksanakan keempat | keempat, dilaporkan - dekat di samping - jarak dilaksanakan, dianjurkan - dekat | Lain-lain | 19.04.2007 |
JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN | Lain-lain | 03.03.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| jauh (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak dekat: besar jaraknya, dura, Berantonim dengan dekat
2. Bersinonim dengan amat sangat: terlampau, sangat, terlalu, sungguh, sekali, paling,
| Kata Terbitan : berjauh, menjauhi, menjauhkan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk pauh ulam pauh, Pauh tidak diidam lagi; Tuan jauh saya jauh, Jauh tidak terulang lagi.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 7 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana contoh begitulah gubahannya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana contoh begitulah gubahannya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|