Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah yang dimaksudkan dengan konsep penanda wacana? | Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Bagi mewujudkan kesinambungan antara ayat dengan frasa dalam sesuatu wacana, maka penanda wacana digunakan. Terdapat lima jenis penanda wacana: penanda penghubung, rujukan,penggantian,leksikal dan elipsis atau pengguguran. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525. | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Kebakaran itu berlaku akibat daripada puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku adalah akibat puntung rokok. atau Kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok. perlu ke guna kata 'daripada' selepas akibat ? | Ayat yang betul ialah 'kebakaran itu berlaku akibat puntung rokok'. Tidak perlu menggunakan kata 'daripada' selepas penggunaan kata 'daripada'. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Tatabahasa | 13.09.2007 |
Ketepatan penggunaan penanda wacana dalam karangan/esei kadang kala mengelirukan. Mohon jasa baik DBP memberikan panduan. tk. | Saudara, Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 04.11.2009 |
KENAPA BERLAKU KEKECUALIAN HUKUM D-M? APAKAH FAKTOR KEKECUALIAN HUKUM D-M BERLAKU? KESILAPAN UMUM DALAM KEKECUALIAN HUKUM D-M? | Kekecualian peraturan Hukum D-M iaitu penerang mendahului unsur yang diterangkan, boleh berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan terutama pada nama-nama jawatan. Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 16.01.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'penanda wacana' dan apakah contoh-contohnya? | Penanda wacana wujud sebagai isyarat bagi berlakunya (sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlakunya) sesuatu peristiwa. Ungkapan-ungkapan yang digunakan selain mempunyai makna tersendiri juga berfungsi sebagai pemberi isyarat bagi makna keseluruhan surat rasmi itu. Penanda wacana dibahagikan menurut jenis makna dan kata yang ditimbulkannya seperti penanda rujukan, penanda penyertaan, penanda makluman dsb. Kekeliruan berlaku apabila penulis tidak menggunakan penanda wacana yang betul dan tepat mengikut konteks dan makna yang hendak disampaikan. Untuk maklumat lanjut tentang penanda wacana sila rujuk buku Penggunaan Bahasa dalam Surat Rasmi, Bahasa dalam Komunikasi oleh Asmah Hj. Omar. | Lain-lain | 05.11.2010 |
apakah perbezaan taraf kehidupan dengan tarfa hidup? 1. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. atau 2. Kebakaran itu berlaku akibat budak2 bermain mercun. perluke guna daripada selepas akibat atau 3. Kebakaran itu berlaku adalah/ialah akibat budak2 bermain mercun. mana satu betul ? tq | Taraf hidup dan taraf kehidupan kedua-dua betul dan ayat yang pertama adalah lebih tepat dan betul | Tatabahasa | 28.08.2007 |
Interaksi sosial tentu sukar "berlaku" jika anggota masyarakat yang "terdiri" daripada pelbagai kaum dan bahasa tidak saling memahami bahasa masing-masing. adakah terdiri merupakan kata kerja? berlaku dan terdiri merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ? | Perkataan berlaku dan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat yang mana betul. 1. Tahukah anda gema berlaku akibat pantulan bunyi? 2. Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi? Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut, minta tuan/puan terangkan penggunaan bahawa dalam sesuatu ayat. Terima kasih. | Dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bagaimana gema berlaku? dan dalam bentuk ayat tanya: Tahukah anda bahawa gema berlaku akibat pantulan bunyi. | Tatabahasa | 02.07.2012 |
Bagaimana menulis Perang Teluk? Perlukah ditulis dengan huruf besar? (Yang mana paling tepat?): 1. Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 2. Ketika perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. 3. Ketika perang teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku. | Salam sejahtera, Perang Teluk merupakan kata nama khas dan perlu ditulis dengan huruf besar pada permulaan perkataan. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. Jadi ayat 'Ketika Perang Teluk dengan Iraq banyak kemusnahan berlaku' merupakan ayat penulisan yang tepat. | Tatabahasa | 19.11.2012 |
Kebakaran yang berlaku di kilang itu menyebabkan beberapa orang pekerja pengsan kerana ___ gas beracun. "tercium" sesuai bagi ayat di atas?? | Perkataan yang sesuai ialah terhidu. | Tatabahasa | 23.07.2013 |