| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| YANG MANA BETUL DAN TEPAT: 1. PROSES PENYIAPAN BERJALAN LANCAR 2. PROSES MENYIAPKANNYA BERJALAN LANCAR | Proses persiapan berjalan lancar yang tepat dan betul. Harap maklum. | Tatabahasa | 12.12.2007 |
| berjalan lancar atau berjalan dengan lancar? | Berjalan lancar atau berjalan dengan lancar, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
| Siapakah yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar? | Bahagian yang bertanggungjawab memastikan capaian internet agar berjalan lancar ialah Bahagian Sistem Maklumat, DBP. | Lain-lain | 22.06.2009 |
| yang mana lebih tepat - aturcara atau agenda? | Agenda bermaksud susunan perkara yg dikemukakan utk dibincangkan (dlm mesyuarat): mesyuarat berjalan lancar kerana ~ tersusun baik; Manakala atur cara bermaksud jadual pelbagai acara (kegiatan dsb) yang telah ditetapkan untuk dilaksanakan (biasanya dalam sesuatu upacara, persidangan, persembahan, dll). | Ejaan | 11.02.2014 |
| Maksud perkataan pemantauan | Pemantauan berasal daripada kata 'pantau'yang bermakna memantau, melihat, mengawasi dan mengatur usaha atau tindakan supaya sesuatu (kegiatan, tugas dsb) berjalan lancar: Pihak atasan sentiasa memantau projek penting itu agar terlaksana mengikut jadual. pemantauan perbuatan atau tindakan memantau: Pemantauan terhadap projek penting itu sentiasa dibuat. pemantau 1 orang atau pihak yg memantau: Pasukan pemantau sedang sibuk menjalankan tugas mereka. 2 alat yg digunakan utk memantau: Mesin itu merupakan pemantau degupan jantung. Oleh itu, kata pemantauan bermakna perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. | Makna | 06.10.2010 |
| bagaimanakah perancangan bahasa melayu moden dijalankan di malaysia... | Perancangan bahasa adalah usaha dan tindakan yang dilakukan untuk menentukan sistem komunikasi verbalnya, yakni yang menggunakan bahasa, berjalan lancar dalam segala bidang kehidupan terutamanya dalam bidang pendidikan dan ekonomi dan tidak kurang pentingnya dalam bidang penyatuan negara. Perancangan bahasa keseluruhannya melibatkan dua tahap, iaitu penentuan dan pembinaan. Ia berkait juga dengan aspek bimbingan. Untuk maklumat yang terperinci, sila rujuk buku Perancangan Bahasa dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Melayu oleh Prof. Asmah Haji Omar | Lain-lain | 30.09.2006 |
| Adakah istilah pelancaran dan peluncuran sama? | Ya, sama maknanya bagi hal, perbuatan atau proses meluncur, meluncuri atau meluncurkan sesuatu seperti dalam ayat ini: Peluncuran buku tersebut berjalan lancar. Kata peluncuran terbit daripada salah satu makna "melancarkan" iaitu memperkenalkan (produk, program dan sebagainya) yang baharu kepada umum buat kali pertamanya secara rasmi. Kedua-dua kata ini tidak sama bagi makna yang lain.
| Makna | 20.11.2024 |
| Bolehkah dirumuskan bahawa perkataan berimbuhan ber yang disusuli dengan keterangan keadaan kata kerja itu digugurkan kata depan dengan? Contohnya, berjalan lancar, berfungsi baik, berlari pantas, berkelakuan baik( di mana dengan telah dugugurkan) | Frasa berkenaan boleh digunakan, hal ini ada diterangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 291 di bawah tajuk Kata Adverba, contoh yang lain berjalan laju dan bertiup kencang. | Tatabahasa | 16.12.2011 |
| Saya ingin memohon semakan dan pandangan daripada pihak tuan/puan berkenaan beberapa frasa berasaskan kata kerja "isi" yang dirancang untuk digunakan dalam komunikasi kempen kami. Kempen ini diinspirasikan oleh idea bahawa rutin harian menjadi lebih menyenangkan apabila segalanya berjalan lancar, memberikan rasa puas hati apabila pengguna menemui kemudahan yang tidak dijangka. PETRONAS menyediakan pelbagai kemudahan di stesen minyak yang bukan sahaja terhad kepada isi minyak, tetapi juga merangkumi makanan, ganjaran dan rehat. Sehubungan itu, kami merancang untuk menggunakan permainan kata berasaskan isi dalam gaya bahasa yang mudah difahami dan dekat di hati pengguna. Oleh itu, kami berharap pihak DBP dapat menyemak kesesuaian frasa ini agar selari dengan tatabahasa. Berikut ialah frasa-frasa yang ingin kami semak: Isi Minyak, Isi Perut, Isi Masa, Isi Kuasa, Isi Ganjaran, Isi Bakul, Isi Pikap, Isi Tenaga, Isi Angin, Ini Baru Mesra, Isi Semua Sekali | Frasa yang diberikan sesuai dan boleh digunakan, kecuali Isi Pikap ditukarkan kepada Isi Tangki dan Isi Semua Sekali, Ini Baru Mesra ditukarkan kepada Isi Semua Sekali, Barulah Mesra! | Tatabahasa | 24.10.2025 |
| tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan | 1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya. | Makna | 13.04.2007 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | jalan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan jalan raya: lebuh, lebuh raya, laluan, lorong, jejambat, jejantas, persiaran, denai, rintisan, latisan, landasan, rua, ban,
2. Bersinonim dengan usaha: ikhtiar, kesempatan, peluang,
| | Kata Terbitan : berjalan, berjalan-jalan, menjalani, menjalankan, perjalanan, |
|
|