| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Salam sejahtera. Mohon penjelasan berkenaan struktur ayat aktif kepada ayat pasif di bawah. "Pihak ini juga akan memastikan lebih banyak sumbangan diperoleh pada masa akan datang bagi meneruskan program ini." Apakah ayat pasif yang tepat? Apakah fungsi "diperoleh" di sini? Adakah sebagai keterangan? Terima kasih. | Ayat pasif bagi ayat yang dinyatakan ialah “Lebih banyak sumbangan akan diperoleh pada masa-masa yang akan datang bagi meneruskan program ini akan cuba dipastikan pihak tersebut.” Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Jika binaan oleh + FN letaknya jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. "Diperoleh" merupakan kata kerja transitif (pasif) yang bermaksud mendapat atau menerima. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1557 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 489 - 490. | Tatabahasa | 10.01.2026 |
| Shah If Shaiff Oct 18th, 6:39pm Apa matlamat bulan bahasa kebangsaan jika bahasa ingeris juga dijadikan kayu ukur kemahiran? #Confuse #rhetoric #tertanya #sayangBM #sukaBI | Bulan Bahasa Kebangsaan dilancarkan untuk membina jati diri dan memperteguh perpaduan bangsa Malaysia melalui bahasa dan sastera kebangsaan. Sambutan bulan ini akan diteruskan pada masa yang akan datang seiring dengan pembangunan negara di samping aspirasi negara untuk menyatupadukan bangsa dengan satu bahasa. | Lain-lain | 18.10.2014 |
| Saya memerlukan bantuan untuk memperbaiki teks satu muka surat yang telah diterjemah dalam bahasa melayu. Teks ini masih tidak elok dari segi bahasa melayu. Bolehkah pihak DBP betulkan teks yang dilampirkan. Saya berikan juga teks salam bahasa inggeris untuk rujukan | Pada masa yang akan datang, sila manfaatkan kemudahan yang ada di laman web kami untuk menyemak penggunaan istilah dan kata dengan konteks penggunaannya. | Tatabahasa | 16.01.2017 |
| 1) I would like to know what is the correct answer for question C? 2) If the answer is in blue print, can it relate to the question C? If no, what is the correct ayat Tanya for the answer in blue print. thanks | Lampiran yang diberi tidak dapat dilihat dengan jelas. Pada masa yang akan datang, sila kemukakan soalan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 29.07.2016 |
| Kami ingin mendapatkan pengesahan penggunaan perkataan Kedai Fon dalam papan iklan di stor kami di seluruh Malaysia. Adakah pengunaan perkataan Kedai Fon betul? Sekiranya salah, tolong nasihatkan penggunaan bahasa yang tepat dan betul. Nasihat pihak DBP akan digunakan untuk permohonan lesen iklan di masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih. Thilaga Nagappan Eksekutif Pematuhan Undang-Undang Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. | Fon dalam sumber rujukan kami bermaksud alat yang dilekapkan pada sebelah atau kedua-dua belah telinga untuk mendengar lagu atau peranti yang diselitkan pada telinga untuk membantu pendengaran. Jika "Kedai Fon" yang digunakan membawa maksud fon yang dinyatakan dalam huraian tersebut, maka perkataan tersebut boleh digunakan. | Istilah | 14.06.2012 |
| Aduan saya mengenai teks pada papan iklan. Sila rujuk lampiran yang disertakan. Persoalan saya disini, Bolehkah kami mengunakan teks yang sama seperti pada papan iklan tersebut di poster kami iaitu , STOR UTAMA MID VALLEY kerana kami ingin teks di kedua tempat adalah sama. | Untuk makluman tuan/puan, sila hubungi 03-21479100/9200 untuk pertanyaan mengenai pengesahan bahasa Melayu dalam iklan. Pegawai kami akan membantu memberikan pandangan. Pihak tuan/puan juga boleh membuat Aduan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Untuk pertanyaan yang berkaitan dengan iklan pada masa-masa yang akan datang, sila berikan nombor permohonan iklan untuk rujukan dan semakan kami. | Lain-lain | 01.07.2025 |
| Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819ENTEROBIASIS.png. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com. | Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.08.2014 |
| Tuan, Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka E-kamus Saran Kata - Gambar tidak boleh dimuat (http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx). Mesej beralat "Sila pastikan lokasi fail anda" walaupun gambar disertakan. Pembaikan diperlukan untuk memuat gambar dalam lampiran : 140819POLIOVIRUS.jpg. Sekian, terima kasih daripada Kang Chuen Tat; PO Box 6263, Dandenong, Victoria VIC 3175, Australia; SMS +61405421706; chuentat@hotmail.com; http://kangchuentat.wordpress.com. | Aduan tuan telah kami kemukakan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat DBP. Pada masa yang akan datang, jika masalah yang hampir sama berulang, sila kemukakan terus aduan tuan kepada Ketua Bahagian Sistem Maklumat, DBP melalui e-mel sulaiman@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.08.2014 |
| Assalammualaikum. Saya merupakan pelajar lepasan ijazah sarjana muda di Universiti Teknologi Mara. Baru- baru ini saya ditawarkan jawatan sambilan Pembantu Tadbir N17 di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Saya ingin bertanya adakah saya akan diserap ke jawatan tetap jika prestasi kerja baik dan biasanya berapakan tempoh masa yang diambil oleh seseorang untuk diserap? Ini kerana saya benar-benar berharap akan diserap ke jawatan tetap, lebih-lebih lagi kos kehidupan di Kuala Lumpur adalah tinggi. Terima Kasih | Tahniah kerana telah ditawarkan untuk berkhidmat dengan kami. Untuk makluman sdr, sekiranya terdapat sebarang kekosongan jawatan pada masa yang akan datang, sdr perlulah mengisi dan melengkapkan borang permohonan jawatan untuk dipertimbangkan oleh pihak kami. Psertasi kerja sdr sebagai pekerja sambilan merupakan suatu nilai tambah kepada sdr untuk dinyatakan di dalam borang permohonan tersebut dan akan diambil kira oleh pihak pengurusan DBP. Kami juga ingin memaklumkan bahawa isu penyerapan daripada jawatan bertaraf sambilan kepada jawatan bertaraf tetap tidak timbul kerana proses untuk mengisi jawatan kosong dilaksanakan secara terbuka kepada semua warganegara malaysia yang berkelayakan. Sekiranya sdr benar-benar bertekad untuk berkhidmat secara tetap dengan DBP, kemukakanlah permohonan dan tunjukkanlah prestasi kerja yang membanggakandalam tempoh sdr berkhidmat secara sambilan ini. | Lain-lain | 28.10.2008 |
| Salam sejahtera. Saya ingin bertanya jika frasa ini "Tanda-tanda bukan verbal sakit gigi" boleh diubah untuk pembaca umum. Adakah boleh ditulis begini, "Tanda sakit gigi bukan lisan"? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 2496, verbal bermaksud arahan, perjanjian dan sebagainya secara lisan, bukan dalam bentuk bertulis. Verbal juga berkaitan dengan kata atau penggunaan kata-kata: hubung kait penggunaan bahasa verbal dan bukan verbal dalam pelbagai bidang ilmu. Oleh yang demikian, ayat yang sesuai untuk pemahaman masyarakat umum ialah "Tanda sakit gigi bukan secara lisan". Walau bagaimanapun, sila berikan ayat penuh pada masa-masa yang akan datang bagi memudahkan pihak kami memberikan jawapan yang lebih tepat. | Lain-lain | 27.03.2024 |