| Kata |
Takrif |
Sumber |
| tentangan | 1 bkn dgn; tentang. 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tentangan | 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberikan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentangan | 2 usaha atau apa-apa yg dilakukan utk menentang: Pasukan Jerman Barat telah memberikan ~ yg hebat kpd pasukan Argentina dlm pertandingan bola sepak Piala Dunia. | Kamus Pelajar |
| tentangan | 1 bkn dgn; tentang. | Kamus Pelajar |
| sanggah | ; menyanggah 1 tidak menyetujui pendapat orang; membantah: Dia tidak berani ~ kata-kataku. 2 memberi tentangan; menentang: Rakyat telah bangun ~ raja yg zalim itu. sanggahan bantahan atau tentangan terhadap sesuatu. penyanggahan perbuatan atau hal menyanggah. penyanggah 1 orang yg menyanggah; penentang. 2 (orang yg) suka menyanggah; (orang yg) tidak mahu menurut kata orang lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lawan | 1. pasangan yg tepat, jodoh: ulam ~nya sambal; ~ menari pasangan menari; 2. imbangan, tandingan: kecantikan gadis itu tidak ada ~nya di kampung kami; 3. musuh (dlm peperangan, permainan, sukan, dll), tentangan: tuan telah berjaya mengalahkan ~ tuan; 4. tentangan (spt laki-laki dgn perempuan), kebalikannya: kecil ~nya besar; gelap ~nya terang; 5. = melawan: jikalau dapat, kami ~; jikalau tidak dapat, kami berlepas diri; ~ asas Id bertentangan dgn yg lazim (pendapat dll); ~ hukum a) melawan hak; b) Id melanggar hukum; ~ politik tentangan dlm politik; berlawan 1. mempunyai lawan (tandingan dll): hulubalang terlalu perkasa tiada ~ di dlm negeri; 2. bersalahan (pd hukum, undang-undang, dll), bertentangan dgn: perbuatan yg ~ dgn undang-undang; 3. bertanding (dlm permainan dll), beradu: Baba Melaka telah ~ pantun dgn orang dr Kedah; ~ senjata; berlawanan 1. bertentangan, tidak sehaluan atau sama: pendapatnya ~ dgn apa yg dipercayai oleh ibunya; 2. berlumba (utk mencapai matlamat yg sama), bersaingan (dlm perniagaan dll): kumpulan Ghee Hin ialah puak yg ~ dgn kumpulan Hai San; 3. berlainan sekali, bertentangan (arah, sifat, tujuan, dll): kerana perangai kami yg ~ inilah agaknya rapat benar persahabatan kami; berlawankan sl menentang utk, berlawan kerana: kurang ia ~ Duli Yang Dipertuan lebih ia ~ anak isterinya bersungguh-sungguh; melawan 1. menentang (musuh, lawan, dll), menyangkal: yg hamba harap hanya ia juga akan ~ segala seteru hamba; tidak baik ~ kedua-dua ibu bapa; ~ kuman penyakit; 2. melayan (berbual dll), membuat kawan (bercakap dll): orang-orang yg dilawannya berbicara itu terdiri drpd orang-orang yg tidak berapa biasa dengannya; 3. menandingi (dlm perniagaan, perjalanan, dll), menyaingi (utk menyamai atau melebihi yg lain), beradu dgn; melawani sl menentang akan, melawan akan, memusuhi: surat ini hendak pun tidak dilawani, takut mudarat ke atas nyawa; memperlawankan 1. membuat supaya berkelahi (bermusuh, berlaga, dll), memperlagakan, mengadu; 2. menjadikan bertentangan (berlawanan dll); kelawanan ark kebolehan (kecekapan, kesanggupan) utk melawan atau berlawan; perlawanan 1. perihal melawan (menentang musuh dll), tentangan: Rommel kembali ke Jerman utk memimpin ~ terhadap pendaratan pasukan-pasukan pihak Berikat; pemerintahan Belanda di Indonesia menyerah kpd tentera Jepun dgn tidak mengadakan ~ yg tegas; 2. pertandingan (sukan dll), peraduan: pasukan hoki tersebut akan mengadakan ~ persahabatan di Melaka; 3. perihal berlawanan (spt siang dgn malam dll), pertentangan (makna dll): ~ kata; pelawan (orang yg) suka melawan atau menentang, orang dll yg dijadikan lawan, penentang, pembantah, penyangkal: diperoleh ayam akan ~ ayam Raja Chulan itu; anak ~ anak derhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertentang-tentangan | berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lawan politik | tentangan dlm politik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tentang | tentangan | Kamus Pelajar |
| serangan | serbuan atau tentangan utk menyerang: ~ komunis ke atas balai polis itu telah dpt dipatahkan. ~ jantung terjadinya masalah pd jantung dgn tiba-tiba, biasanya menyebabkan kerosakan pd sebahagian otot-otot jantung, dan kadang-kadang boleh membawa maut. ~ udara serangan bom, misil dsb dr pesawat udara ke sasaran pihak musuh di bumi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| Kata |
Takrif |
Sumber |
| resistance | n 1. opposition, tentangan: the members ~ to the Unions proposal, tentangan ahli-ahli thdp usul Kesatuan; our troops broke down the enemys ~, askar-askar kami mematahkan tentangan pihak musuh; /make, offer/ /no, not much/ ~ to, tdk membuat/ tentangan, tentangan yg kuat/ thdp; 2. capacity to withstand, ketahanan: the materials ~ to heat has been tested, ketahanan bahan itu thdp haba telah diuji; bodily ~ to infection, ketahanan badan thdp jangkitan; 3. opposing force, rintangan: wind ~, rintangan angin; air ~, rintangan udara; 4. often the R~, secret organization resisting the authorities, (Pihak) Penentang; 5. (electr) rintangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| unopposed | adj tanpa tentangan: he was elected ~, dia dipilih tanpa tentangan; he got his own way ~, dia mendapat apa yg dihajatinya tanpa tentangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| put | f. offer resistance etc, memberikan tentangan: the rebels ~ up stout resistance, pemberontak-pemberontak itu memberikan tentangan hebat; the challenger ~ up a good fight, pencabar itu memberikan tentangan yg hebat; g. cause wild animals to leave cover, menghalau sst: the hounds ~ up a wild boar, anjing-anjing pemburu menghalau seekor babi hutan; the beaters would ~ up the birds for the shooters, para pemukul biasanya menghalau burung-burung utk para penembak; h. (notice, announcement, etc) melekatkan sst: the announcement it, | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| opposition | n 1. strong, violent, disagreement, objection, tentangan: there was little ~ to the proposal, terdapat sedikit sahaja tentangan thdp usul itu; he insisted on going through with the scheme in spite of widespread ~, dia berkeras utk meneruskan rancangan itu walaupun mendapat tentangan yg meluas; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| opposition | 3. resistance, tentangan: the enemy offered little ~, pihak musuh tdk banyak memberikan tentangan; 4. (polit) pihak pembangkang; (attrib) pembangkang: the O~ voted against the bill, pihak pembangkang mengundi menentang rang undang-undang itu; the O~ whip, pembidas dr pihak pembangkang; the ~ parties, parti pembangkang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| unresisted | adj unopposed, tanpa tentangan: the troops were allowed to cross the border ~, askar-askar itu dibenarkan menyeberangi sempadan tanpa tentangan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| antagonize, antagonise | vt 1. evoke, a. (opposition in) menimbulkan tentangan: severe restriction that is liable to ~ the student body, sekatan yg keterlaluan yg boleh menimbulkan tentangan pihak pelajar; b. (hostility in) /menimbulkan, menaikkan/ kemarahan, menyebabkan [sso] marah: dont ~ him, jangan menimbulkan kemarahannya; he ~s his colleagues by openly criticizing their work, dia menimbulkan kemarahan rakan-rakan sekerjanya dgn mengkritik kerja mereka; 2. counteract, neutralize, meneutralkan: the coldness of the air ~s the warmth of the metal, kesejukan udara meneutralkan kepanasan logam itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| passive resistance | n /penentangan, tentangan/ pasif: ~ has proved to be a successful method of challenging the authority, penentangan pasif terbukti berjaya sbg kaedah utk menentang pihak berkuasa. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| break | he broke down all opposition, dia menumpaskan segala tentangan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| stiffen | 4. render more resolute, strengthen, menguatkan, mengukuhkan: opposition only ~ed his resolve, tentangan hanya menguatkan tekadnya; new troops were sent to ~ the defence of the line,pasukan tentera yg baru telah dihantar utk mengukuhkan pertahanan barisan depan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
| pulmonary vascular resistance | tentangan pulmonari vesel | tentangan pulmonari vesel | tentangan pulmonari vesel | Veterinar |
| conter player | gerak tandingan | gerak tentangan | gerak tentangan | Kesusasteraan |
| counter focus | fokus tandingan | fokus tentangan | fokus tentangan | Kesusasteraan |
| counter action | lakukan tandingan | aksi tantangan | aksi tentangan | Kesusasteraan |
| counterplot | alur tentangan, alur bawahan | plot sampingan | plot sampingan | Kesusasteraan |
Kamus Sains.indb force electrical dynamometer Kamus Sains.indb 304 7/8/08 11:49:05 AM 305 kuasa elektrik untuk mengukur kuasa tersebut. (FIZ) electrical impedance (impedans elektrik/galangan elektrik) 1. Jumlah tentangan litar terhadap arus ulang-alik. 2. Nisbah voltan maksimum terhadap arus maksimum dalam suatu litar arus ulang-alik. (FIZ) electro-diagnosis (elektrodiagnosis) Penggunaan alat elektrik dalam diagnosis sesuatu keadaan patologi
|
Kamus Thai 2.indb ้ คน Kelakuan pemuda itu tidak elok di- pandang orang. ข ั ดยอก [-y:k] ก tergeliat, terpelecok, terseliuh ข ั ดแย ้ ง [-yε :] ก bercanggah, ber- tentangan: ความคิดของท ั ้ งสองคนน ั ้ นไม ่ ได ้ ข ั ดแย ้ งก ั น Pendapat kedua-dua orang itu tidak bercanggah. ข ั ดสมาธิ [-sama:ti
|
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| tentangan | [ten.ta.ngan] | تنتڠن |
| bertentang-tentangan | [ber.ten.tang.ten.ta.ngan] | برتنتڠ - تنتڠن |
| Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
| hukum Lenz | Lenz law | Hukum yang menyatakan bahawa arah aliran sentiasa memberikan arus aruhan tentangan pada perubahan fluks mangnet. | Menengah Atas |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | tentang (kata tugas) | | Bersinonim dengan mengenai, berkenaan, berhubung dengan, berkaitan dengan, bersangkutan dengan, darihal, terhadap, untuk;, | | | Kata Terbitan : bersetentang, bersetentangan, bertentangan, bertentangan, menentang, menentangkan, mempertentangkan, tertentang, tentangan, pertentangan, penentangan, penentang, |
|
|