Kata |
Takrif |
Sumber |
sangsi | berasa bimbang atau berasa ragu-ragu: Saya masih ~, adakah dia betul-betul mahu menyertai syarikat kita. menyangsikan 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; meragukan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya. kesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan. penyangsian perbuatan, hal dsb sangsi atau menyangsikan. penyangsi (orang yg) selalu atau mudah sangsi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sangsi II | IB 1. pengakuan sudah sah (diluluskan dll), perbuatan meluluskan, pengesahan (oleh parlimen dll); 2. tindakan (kuasa dll) utk memaksa orang menepati perjanjian dll; 3. tindakan dlm hal ekonomi dll sbg hukuman terhadap sesuatu negara (spt pemulauan dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangsi | menyangsikan | Kamus Pelajar |
sangsi | berasa bimbang atau berasa ragu-ragu: Saya masih ~ adakah dia betul-betul mahu menyertai syarikat kita . | Kamus Pelajar |
sangsi I | = bersangsi (berperasaan) ragu-ragu, syak: mereka berasa ~ adakah perubatan itu akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya; menyangsikan menaruh syak akan, meragu-ragui: mengapa pula kita mesti ~ per-hubungan mereka? kesangsian perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, masih penuh diselubungi ~; penyangsi (orang yg) selalu sangsi, (orang yg) tidak mudah percaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sangsi | 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya . | Kamus Pelajar |
sangsi | 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; meragukan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya . | Kamus Pelajar |
sangsi | kesangsian keadaan atau rasa sangsi; keraguan. | Kamus Pelajar |
menyangsikan | 1 berasa sangsi terhadap; meragui: Dia masih ~ kejujuran saya. 2 menimbulkan rasa sangsi atau rasa ragu-ragu; membimbangkan; meragukan: Tingkah lakunya yg aneh itu ~ saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
curiga II | 1. syak wasangka, waswas, sangsi: mereka berasa ~ terhadap sesiapa yg membawa fikiran dan pendapat-pendapat baru; 2. berjaga-jaga atau berhati-hati (kerana syak atau sangsi akan sesuatu); mencurigai menaruh (perasaan) curiga terhadap, kurang percaya kpd, mengesyaki: kita harus ~ orang-orang yg spt ini; guru tersebut ditukarkan ke hulu-hulu kerana dicurigai bergerak cergas dlm parti politik; curiga-mencurigai mencurigai antara satu sama lain, saling mencurigai: timbullah tuduh-menuduh, ~ antara orang Melayu dgn bukan Melayu; mencurigakan membangkitkan curiga (kurang percaya, sangsi): adakah gerak-geri yg ~? kecurigaan 1. perihal curiga; 2. syak wasangka: yg menyebabkan ~ Rahim ialah pemuda itu, walaupun tidak bekerja, mempunyai wang yg banyak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
suspicion | 2. feeling of mistrust, sangsi, syak: his wife never had any ~ that he was seeing another woman, isterinya tdk sedikitpun sangsi bahawa dia mempunyai hubungan dgn wanita lain; I have some ~ of his motive, saya agak sangsi akan motifnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
suspicious | adj 1. distrustful, wary, rasa /sangsi, syak/: the villagers are always ~ of strangers, penduduk kampung itu selalu berasa sangsi thdp orang asing; all evening he kept a ~ eye on his wife, sepanjang malam itu dia memperhatikan isterinya dgn rasa sangsi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
doubt | vi (berasa) /ragu-ragu, sangsi/; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
distrust | vt 1. have no trust in, mencurigai, sangsi thdp: they ~ed the man from the very beginning, mereka mencurigai lelaki itu sejak dr mula lagi; 2. have no confidence in, tdk yakin thdp: he ~s his own ability to do the job, dia tdk yakin thdp kebolehannya sendiri utk membuat pekerjaan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
doubt | n keraguan, kesangsian: the straight forward answer dispelled his ~, jawapan yg terus terang itu telah menghilangkan keraguannya; (be) in ~, a. (of so.), (berasa) /ragu-ragu, sangsi/, keraguan: when in ~, consult an expert, apabila berasa ragu-ragu, bertanyalah kpd orang yg ahli; b. (of st) diragui, disangsikan: the matter is still in ~, perkara itu masih diragui; be left in no ~, tdk /ragu-ragu, sangsi/ lagi: when he pulled out a gun, I was left in no ~ what his real intention was, apabila dia mengeluarkan pistolnya, saya tdk ragu-ragu lagi akan niat sebenarnya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
reservation | he expressed certain ~s about the proposals, dia menyatakan keraguan ttg usul-usul itu; /with, without/ ~, /dgn, tanpa/ /ragu-ragu, sangsi/: he accepted the plan with ~s, dia menerima rancangan itu dgn ragu-ragu; I agree with you without ~, saya bersetuju dgn kamu tanpa ragu-ragu; 4. (US) area of land set aside for American Indians, tanah rizab; 5. (leg.) reservasi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
loyalty | n 1. quality of being loyal, kesetiaan: many people were doubtful of his ~, ramai orang yg berasa sangsi akan kesetiaannya; an oath of ~, sumpah setia; 2. (often in pl) feeling of being faithful to so. or st, /rasa, perasaan/ setia: divided loyalties, rasa setia yg berbelah bagi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
equivocal | adj (fml) 1. ambiguous, taksa: the minister gave an ~ answer, menteri itu memberikan jawapan yg taksa; an ~ statement, kenyataan yg taksa; 2. (questionable, dubious) menimbulkan /rasa sangsi, rasa curiga, keraguan/; (difficult to understand or interpret) sukar difahami: his ~ conduct increased our uneasiness, kelakuannya yg menimbulkan rasa sangsi itu membuat kami makin cemas; the governments attitude to the problem has been ~, sikap kerajaan thdp masalah itu sukar difahami. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
doubt | beyond (a, any, all) ~, tdk /diragui, disangsikan/ lagi, sudah pasti: its beyond all ~ who his successor will be, adalah tdk diragui lagi siapa yg akan menjadi penggantinya; have ~s, (berasa) /ragu-ragu, sangsi/: he had ~s about my ability, dia berasa ragu-ragu thdp kebolehan saya; have no ~, sudah /pasti, tentu/: you have no ~ heard the news, sudah pasti kamu telah mendengar berita itu; be /no, little, not much/ ~, sudah pasti: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
torment | vt 1. torture, (act.) menyeksa; (pass.) terseksa: he was ~ed by anxiety, kerisauan menyeksanya; he tried to rid himself of the doubts that ~ed him, dia mencuba menghapuskan rasa sangsi yg menyeksanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
threat of sanction | ancaman sangsi | ancaman sekatan | ancaman sekatan | Sains Politik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
homophone | homofon | Kesusasteraan | Puisi | Penggunaan yang sama pertuturannya namun berlainan ejaan, dan ertinya pun berbeza. Contohnya, perkataan sangsi dengan sanksi. Kedua-duanya apabila dilafazkan berbunyi sangsi, namun bila dilihat dari segi erti sanksi bermakna ancaman hukum sedangkan sangsi adalah ragu-ragu. |
benefit of the doubt | faedah kesangsian | Undang-undang | Tiada | 1. Faedah yang diberikan kepada yang dituduh apabila terdapat keadaan dan kenyataan yang menimbulkan keraguan kerana mempunyai dua interpretasi, satu memihak pendakwa, sementara yang satu lagi menyokong pihak pembela.,2. Faedah yang diberikan apabila wujud keraguan supaya keperluan dipenuhi, kepentingan dipelihara, dan faedah atau manfaat diperoleh.,3. Tolak ansur atau konsesi untuk menganggap bahawa seseorang itu tidak bersalah, apabila sangsi atau waswas kerana kekurangan bukti atau keterangan atau kenyataan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sangsi | ragu mengakuk (mengakuk ngak sah lulus) [ragu meakuk] | Melanau Dalat | |
sangsi | sangsik. | kedayan | |
taed | sangsi; | Melanau Mukah | |
su'aw | sangsi | TETAW | |
salak II, salak-salak, sala-salak | ragu-ragu, waswas, sangsi: agei ~ tan nasengsiyen bak pesayak pasel gak a lai iyen masih ragu-ragu hatinya hendak percaya terhadap pemuda itu. | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sangsi | [sang.si] | سڠسي |
|
Tesaurus |
---|
| sangsi (adjektif) | Bersinonim dengan ragu-ragu, syak, curiga, was was, bimbang, khuatir, kurang yakin, bingung, harap cemas, terbata-bata, walang hati, gelisah, selempang;, | | Kata Terbitan : menyangsikan, kesangsian, penyangsi, |
|
|