Kata |
Takrif |
Sumber |
perumahan | 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perumahan | 1 kumpulan rumah; rumah-rumah tempat tinggal: Tempat itu dijadikan kawasan ~ utk bekas tentera. 2 hal dll mengenai rumah: masalah ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah-rumah | 1 rumah yg banyak. 2 = rumah-rumahan sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah-rumah | 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumah I | 1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya dibahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus; ~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk mengeringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuknya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mempunyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat memasukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di belakang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat pertemuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (sebandung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id panggung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg mengusahakan tanaman atau ternakan, biasanya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantainya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat menahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ penjelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesanggarahan Id = ~ persinggahan rumah perhentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat menyembelih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) terutamanya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidilfitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpangan rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran; ~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi; serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami); menyerumahkan meletakkan (menaruhkan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya? rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah; berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll); berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta; memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok; perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini; perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumah tangga | perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg mendiaminya; berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bumbungan | 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bumbung | , = bumbungan 1 bahagian rumah yg di atas sekali; kemuncak rumah: ~ rumah di sana kebanyakannya rata saja. 2 = tulang ~ kayu yg dipasang memanjang pd kemuncak rumah utk menyangga kasau. 3 atap rumah. membumbung naik ke atas; terbang ke atas; naik tinggi-tinggi: Dr jauh kelihatan asap ~ dr serombong kapal yg sedang belayar itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
roboh | 1 jatuh atau rebah kerana dipukul ribut dll; musnah; runtuh; tumbang: Rumah-rumah di tepi laut itu telah habis ~ dipukul ribut. 2 ki jatuh (dlm berbagai-bagai erti spt bankrap, kalah); luntur (bkn iman atau pendirian). merobohkan 1 meruntuhkan (rumah dll). 2 menumbangkan (pokok dll). robohan sisa drpd sesuatu yg telah roboh; runtuhan. kerobohan keadaan atau hal roboh. perobohan perbuatan atau hal merobohkan: ~ rumah-rumah setinggan telah dijalankan secara berperingkat-peringkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rumah-rumahan | sesuatu yg rupanya spt rumah; rumah tiruan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
door-to-door | adj dr rumah ke rumah: a ~ salesman, jurujual dr rumah ke rumah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
back | ~ /on to, onto /, membelakangi: the houses ~ on to a row of shops, rumah-rumah itu membelakangi sederet kedai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
lawn 1 | n halaman (rumput): the houses in that street have beautiful ~s, rumah-rumah di lorong itu mempunyai halaman rumput yg cantik; mow the ~, memotong rumput di halaman. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
acclimatization | n 1. adaptation to new climate, penyesuaiikliman, aklimatisasi: ~ of plants in glasshouses, penyesuaiikliman tumbuh-tumbuhan dlm rumah-rumah kaca; 2. adaptation to new surroundings etc, penyesuaian diri: ~ to army life, penyesuaian diri dgn kehidupan tentera. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
indiscernible | adj a. cannot be seen clearly, tdk dapat dilihat dgn jelas; (of handwriting) tdk dapat dibaca: the houses were ~ in the mist, rumah-rumah itu tdk dapat dilihat dgn jelas dlm kabus; b. not clear, tdk jelas: the difference between the two signatures was almost ~, perbezaan antara dua tanda tangan itu hampir tdk jelas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
house | n 1. dwelling-place for person, family, rumah: a double-storey ~, rumah dua tingkat; a ~ by the lake, rumah di tepi tasik; the salesman went from ~ to ~, jurujual itu pergi dr rumah ke rumah; 2. the occupants, (se)isi rumah; (as a family) keluarga: the whole ~ was down with measles, seisi rumah diserang campak; head of the ~, ketua keluarga; 3. the building and members of a law-making body, Dewan: the H~ is sitting today, Dewan bersidang hari ini; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
domestic | adj 1. of the home, rumah; (of electricity, water supply, etc) ke rumah: ~ chores, kerja-kerja rumah; ~ gadgets, alat-alat rumah; chemicals for ~ use, bahan kimia utk kegunaan rumah; different rates are fixed for ~ water supply, kadar bayaran yg berlainan dikenakan utk bekalan air ke rumah; 2. connected with family, rumah tangga: ~ problems, masalah rumah tangga; ~ responsibilities, tanggungjawab rumah tangga; 3. fond of home life, suka kehidupan di rumah; 4. of the home country, dlm negeri: for ~ consumption, utk kegunaan dlm negeri; ~ airline, syarikat penerbangan dlm negeri; the governments ~ policies, dasar dlm negeri kerajaan; 5. (of animal) bela jinak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
home | adj 1. of, pertaining a dwelling-place, rumah: ~ address, alamat rumah; ~ furnishings, kelengkapan rumah; 2. done in the house, di rumah: ~ employment, pekerjaan di rumah; ~ study course, kursus belajar di rumah; ~ cooking, masakan di rumah; 3. house and family, keluarga; (attrib) berkeluarga: the boy comes from a poor ~, budak itu berasal dr keluarga yg miskin; 4. rel to os country, dlm negeri; (of product, market) tempatan: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
asylum | n 1. (formerly termed lunatic asylum) /rumah sakit, hospital, rumah orang/ gila, rumah sakit otak; 2. place of refuge, suaka, tempat berlindung; 3. refuge, perlindungan: to seek political ~, meminta perlindungan politik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
into | 13. (indic that st has been separated, divided into parts mentioned) menjadi: divide them ~ four groups, bahagikan mereka menjadi empat kumpulan; the building was divided ~ two-bedroom flats, bangunan itu dibahagikan menjadi rumah-rumah pangsa dua bilik; he tore the paper ~ small pieces, dia mengoyak-ngoyakkan kertas itu menjadi kepingan-kepingan kecil; 14. (math) membahagikan dgn: 5 ~ 35 goes 7 times, 35 dibahagikan dgn 5 dapat 7; 8 ~ 29 wont go, 29 tdk boleh dibahagikan dgn 8; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
smart home | rumah pintar | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Sebuah rumah yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuninya mengawal peralatan rumah secara jarak jauh. Penghuni rumah boleh memberikan arahan kepada peralatan rumah supaya bertindak secara terautomasi mengikut kehendak penghuni. Peralatan rumah juga boleh disepadukan untuk fungsian tertentu. Contohnya, alat penggera boleh disepadukan dengan lampu dan kamera keselamatan untuk menyuluh dan mengimbas hanya di kawasan tempat penggera dibunyikan, dan seterusnya pegawai keselamatan boleh dipanggil secara automatik dan dibekalkan maklumat penggeraan secara terus-menerus. |
rest house | rumah rehat/rumah persinggahan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
mobile home policy | polisi rumah bergerak | insurans | Tiada | Polisi pemilik rumah yang disediakan bagi rumah yang boleh dipindahkan tetapi diletakkan secara kekal di sesuatu lokasi. |
home ownership index | indeks pemilikan rumah | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Pengukur yang menunjukkan perkadaran isi rumah yang memiliki rumah sendiri. |
bendul | bendul | Kesenian | Hiasan Dalaman | 1. Pembahagi yang terletak di pintu antara ruang serambi dengan ruang tengah rumah tradisional Melayu. 2. Kayu keras yang dipasang di sekeliling bahagian luar atau dalam rumah tradisional Melayu, yang berfungsi sebagai pengikat rumah supaya rumah menjadi kukuh. |
walk-up flat | rumah pangsa tanpa lift /rumah pangsa menapak | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
industrial life insurance | insurans hayat industri | insurans | Tiada | Insurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan. |
industrial life insurance | insurans hayat industri | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans hayat yang jumlah diinsuranskan agak kecil dan kutipan premium dibuat dari rumah ke rumah secara mingguan atau bulanan. |
core house | rumah ibu | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Struktur rumah yang hanya terdiri daripada bangunan asas sahaja. Pemilik boleh melengkapkan atau menyiapkan rumah secara keseluruhannya apabila mampu. |
tiny house | rumah mongel | Seni Bina | Tiada | Rumah kecil dengan keluasan sekitar 400 hingga 900 kaki persegi dan memiliki ruang yang terhad bagi ruang tamu, tempat tidur, bilik air dan dapur. Rumah ini dibina dengan reka bentuk yang comel dan menarik. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
tilong | bilik dalam rumah | - | - | ~ biyu | - | bilik besar dalam rumah | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
bari | rumah padi | mari | membuat rumah atau melindung | - | - | - | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
cadau | sadau pada rumah | - | - | - | - | - | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
lamanan | kawasan dalam rumah | - | - | - | - | - | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
baran | rumah kecil tempat penduduk-penduduk kampung membuat alatan pertanian seperti parang, pisau, kapak dan senjata-senjata lain (rumah panjang) | - | - | - | - | - | Peralatan Pertanian dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Bukar Sadong |
sid gulu | hadapan (kedudukan rumah dsb.) | - | - | - | - | - | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kadazandusun -> Dusun Kimaragang |
daie | bahagian ruai rumah | - | - | ~ paru | - | ruai besar di luar bilik ketua kaum | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
gkan sa walai a da' mapasad | makan di rumah yang belum siap dipercayai akan membawa semut di rumah tersebut | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Iranun |
pedturug sa walai a da' mapasad | tidur di rumah yang belum siap dipercayai akan ada orang mati di rumah tersebut | - | - | - | - | - | Pantang Larang | Iranun |
kedawan | ruang berlantai yang tidak ada atap di luar rumah | - | - | - | - | - | Peralatan Rumah Tangga dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
balang II | kosong; hampa; gagal (bkn janji, rancangan); sia-sia: ~ semaia janji yg hampa: ~ pengawa rancangan yg ada tak jadi: ~ rumah rumah yg tidak siap. | Iban | |
laman I | halaman; 1 kawasan yg luas keliling rumah, di hadapan rumah, dll: ~ lebok halaman rumah; ~ gak jawai lebok halaman di depan rumah; kapuong ~ kampung halaman; 2 gelanggang: ~ pisak ragak laman sepak raga; 3 muka buku majalah, surat khabar, dll: kalai ~ bei | Melanau Mukah | |
rumah III | 1 kayu atau besi utk menempatkan mata ketam, rumah ketam; 2 ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: ~ putih rumah putih: ~ gaduong rumah hijau; 3 bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum, rumah angka: ~ ja ruman sa; ~ peluen rumah puluh; | Melanau Mukah | |
lebok | rumah; 1 binaan tempat perlindungan: ~ takan diyem rumah tempat tinggal: a bei ~ tuan rumah; 2 bangunan, gedung: ~ Persekutuan Rumah Persekutuan; 3 ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga di sekolah dll: ~ apuk rumah putih; 4 bahagian dlm susunan angka, rua | Melanau Mukah | |
halaman | ~ rumah halaman rumah. | kedayan | |
basel | bangsal; 1 rumah: lebok ~ rumah bangsal; 2 khemah: ~ salui bangsal perahu: ~ keritak bangsal kereta; | Melanau Mukah | |
Baroh | baruh; rendah; bawah; pendek: orang bepangkat ~ orang berpangkat rendah: tanah ~ tanah rendah: ~ rumah bawah rumah: ka atas ka ~ ke atas ke bawah: iya ~ ari aku dia rendah dr saya: ~ hati rendah diri; | Iban | |
atap | atap (a) penutup rumah bahagian atas; bumbung: semina ~ rumah nya udah tembu, utai bukai apin hanya atap rumah itu yg siap yg lain belum; (b) benda yg digunakan utk menutup bahagian atas rumah: ~ daun atap daun; | Iban | |
babas | hutan belukar; semak: rumah nya dikelilingi ~ rumah itu dikelilingi oleh belukar: nganti kijang dalam ~ menunggu kijang dlm hutan: ~ repa belukar yg tebal: buah ~ buah dr tumbuhan liar: bulu ~ daun dr tumbuhan liar: ~ udah bauh ki belukar sudah tinggi. | Iban | |
teparan | jerembah, pelantaran: siyen temok gak ~ pataih dapuor jegem lebok dia mandi di jerambah antara rumah dapur dgn rumah | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
sempidan Ib | sejenis ayam liar yang dipercayai membawa alamat buruk, contohnya, sekiranya ia memasuki rumah, rumah itu dipercayai akan terbakar dan orang Iban digalakkan meninggalkan rumah panjang tersebut bagi mengelakkan mala pataka. | Mereka terdengar Orang Kaya Janting dari Banting mengatakan mereka anak Balau tidak mahu mendahului bala kerana ada dua ekor biring sempidan sedang berbunyi rikut-rikut mencakar tanah rata di atas mereka. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tuai rumah Ib | Ketua rumah panjang. | Lumai membelingas sambil tergocoh-gocoh membetulkan kainnya. Mencebik bibirnya apabila melihat Tuai Rumah tercegat tidak jauh dari situ. Tuai Rumah memerhatikannya sambil tersenyum-senyum menunjukkan muka yang manis. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lanting Ky, MSr | pangkalan yang dibina daripada kayu balak, buluh, tong yang dilapik dengan papan. Ia lengkap dengan tandas dan atap. | Engkau orang boleh ambil tanah ini tapi tidak rumah ini! Rumah ini rumah turun-temurun, warisan nenek datuk aku," jelas Wak Angai suatu hari apabila dia berdiri di tepi bangsal lantingnya itu. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
seruk MSr | mengundang seseorang menghadiri kenduri dari rumah ke rumah (secara bersemuka), amalan ini lebih menunjukkan hubungan silaturahim yang kuat atara penduduk di sesebuah tempat. | Dan yang paling dia pasti, sama ada pengilan di rumah orang berkahwin, majlis tahlil, majlis doa selamat, niga atau nujuh orang mati, makan hol atau apa-apa sahaja, pendek cerita, seruk sahaja dia akan datang. | Ketipung Bunga Jambu | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gawai antu Ib | upacara adat istiadat yang terakhir bagi menyempurnakan urusan kematian seseorang dalam masyarakat Iban. | Di sebelah hulu rumah mereka ada sebuah rumah panjang yang meraikan Gawai Antu. Irang dan isteri dan semua penghuni rumah panjang itu dijemput menghadiri upacara itu. Semua yang dijemput termasuk Irang berhajat hendak menghadiri upacara tersebut. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sumalakai, *sumalakoi* Kd Lt | upacara memasuki rumah baru. | Setelah siap dan sebelum berpindah ke rumah baru itu, mereka mengadakan upacara naik ke rumah baru yang dipanggil "Sumalakai". Beberapa hari kemudian mereka mengadakan pula upacara "Molukas". | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
monolibabou Kd | upacara menilik tapak rumah. | Sebelum memacakkan tiang rumah, mereka juga terlebih dahulu mengadakan upacara "Monolibabou" iaitu satu upacara untuk menilik sama ada tapak kawasan di mana rumah itu akan dibina didiami oleh mahkluk halus yang dipanggil "Pembazabaza" atau tidak. | Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan Kadazan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
hantu pala, *antu pala* Ib | tengkorak manusia yang diperoleh semasa peperangan. | Dia duduk di ruai rumah itu. Di ruai rumah itu, dia melihat banyak hantu pala. Agak gelap ruai itu kerana dilindungi hantu pala. Dari jumlah hantu pala itu, fahamlah Medang bahawa orang tua itu adalah raja berani. Dia duduk di situ dan tidak lama kemudian orang tua itu bertanya sama ada sudah makan atau belum. | Antologi Cerita Rakyat Iban | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
unggal Ib | kata sapaan bagi mereka yang setaraf (kawan, sahabat), biasanya untuk lelaki. | Mereka pun naik ke rumah semasa penghuni rumah panjang sedang sibuk mengadakan gawai. "Oh.... lalu unggal, nasib baik awak datang, bertuah aku bergawai ini, ramai pengunjung," kata Apai Sabit Bekait. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
taba Ib | tapak untuk mendirikan rumah panjang yang baru. | Tak tahulah, saya membawa awak semua memeriksanya ke sini sebab mahu tahu taba tempat awak hendak mendirikan rumah, kata hantu itu. "Kalau macam ini pindahlah, rumah ini sudah siap dibina," kata hantu itu lagi. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Parsi.indb biscuit innocent ill, sick, unwell hospital illness spade tasteless insurance sight biadab miskin pokok willow jaga bangun dua puluh dua puluh satu biskut tidak bersalah sakit, uzur, tidak sihat hospital, rumah sakit sakit penyodok tawar insurans penglihatan )bī adab( بدا یب )bīchāre, faghīr( ريقف ،هراچيب )bīd( ديب )bīdār( راديب )bīdār shodan( ندش راديب )bīst( تسيب )bīst-o-yek( کيو تسيب )bīskūīt taklīf-e manzel( لزنم فيلکت )talkh( خلت )telefon( نفلت )tamāshā kardan( ندرک اشامت gambar cuti kepunyaan pendidikan membaiki menukar berlainan, berbeza hampir-hampir mencontohi kalendar, takwim goncang, goyang mengulang kerja rumah pahit telefon menonton picture holiday to belong education to repair to change to differ almost, closely to imitate calendar to shake to repeat homework bitter, acrid telephone to watch ندرک
|
Kamus Sains.indb yang lahir tanpa kepala. (UBAT) acephalous (asefalon) Berkaitan dengan larva yang kelihatan tidak berkepala atau mempunyai kepala yang amat kecil dan tidak terpisah dari toraks secara jelas. Contohnya, larva lalat rumah. (BIO) acetabuloplasty (asetabuloplasti) Pembentukan semula asetabulum melalui kaedah pembedahan plastik. (UBAT) acetal (asetal) Plastik berketahanan kakisan tinggi terhadap kebanyakan pelarut organik ke- cuali asid dan alkali yang pekat. (KEJ) acetal jangka masa panjang akibat pemencilan geografi. (BIO) allophene (alofen) Fenotip tisu yang bukan disebabkan daripada bahagian sel mutan. Tisu seperti ini akan berkembang menjadi fenotip normal jika dipindahkan kepada pe- rumah jenis liar. (BIO) allopolyploidy (alopoliploidi) Organisma yang mempunyai bilangan set kromosom yang bertambah, yang disumbangkan oleh kedua-dua induk daripada spesies yang berbeza. (BIO) allosematic (alosematik) Berkaitan dengan kaedah perlindungan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd maklumat lokasi sistem pengendalian untuk dijalankan. Oleh sebab lokasi rangkaian kawalan capaian rekod but induk Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 108 6/6/11 4:02:04 PM 109 rentetan rumah pintar ini mengandungi rutin permulaan sistem pengendalian, maka rekod ini boleh ditukar untuk memaksa sistem menjalankan kod hasad seperti virus apabila komputer dimulakan. Sinonim sektor but. rentetan (Ig. string; Br Virus yang memastikan semua media sandaran bagi data yang dijangkiti juga dijangkiti dengan virus berkenaan. Pemilik data tidak boleh memulihkan maklumatnya kerana semua salinan telahpun dijangkiti dengan virus yang sama. rumah pintar (Ig. smart home; Br. kediaman pintar; Id. rumah pintar) Sebuah rumah yang dilengkapi litar khas untuk membolehkan penghuninya mengawal peralatan rumah secara jarak jauh. Penghuni rumah boleh memberikan arahan
|
Kamus Thai 2.indb perniagaan, bisnes ธุลี [tuli:] น duli ธูป [tu:p] น colok: คนจีนชอบจุดธูปและ ปักไว ้ หน ้ าบ ้ าน Orang Cina suka mema- sang colok dan meletakkannya di ha- dapan rumah. เธอ [t:] ส 1 kamu, awak 2 (บุรุษที่ สาม) dia ธานี เธอ Kamus Thai 2.indb 205 4/15/2008 11:09:00 AM น 206 นก 1 [nok] น dium Negara padat dengan penonton. แน ่ นหนา [-na:] ว 1 kukuh: เขาสร ้ างรั ้ ว ที่ แน ่ นหนารอบบ ้ านของเขา Dia membina pagar yang kukuh di keliling rumah- nya. 2 ketat: รัฐบาลจัดให ้ มีการคุ ้ มกันอย ่ าง แน ่ นหนาที่ สนามบินในวันที่ บุชเดินทางมาถึง Kerajaan mengadakan kawalan yang ketat di lapangan terbang pada hari ketibaan Bush. แนบ [nε:p
|
Kamus Thai 2.indb t] ดู จนกระทั ่ ง จบ 1 [cop] ลน kali: ลูกชายฉันอ ่ านบทขอพร สามจบก ่ อนจะออกจากบ ้ าน Anak lelaki saya membaca doa selamat tiga kali sebe lum keluar dari rumah. จบ 2 [cop] ก 1 tamat, berakhir: งานจบลง ด ้ วยการอ ่ านบทขอพร Majlis tamat dengan bacaan doa selamat. 2 mengakhiri: เขาจบ การเจรจาด ้ วยการเลี้ ยงอาหารว ่ caruat] น roket จระเข ้ [c:rake:] น buaya จราจร [cara:c:n] น lalu lintas, trafik จริง, จริง ๆ [ci, cici] ว 1 sungguh: บ ้ านนี้ สวยจริง ๆ Rumah ini cantik sung guh. 2 benar-benar: พ ่ อเขารวยจริง ๆ Bapa nya benar-benar kaya. จริงจัง [-ca] ว bersungguh-sungguh: ลูกจ ้ างของเขาทำงานอย ่ างจริงจัง Pekerjanya bekerja dengan |
Kamus Thai 2.indb 1 (น้ำ) alur 2 (แปลงผ ั ก) batas ร ่ องรอย [-r:y] น kesan: โจรเข ้ าไปใน บ ้ านนั้ นโดยไม ่ ทิ้ งร ่ องรอย Pencuri memasu ki rumah itu dengan tidak meninggal- kan sebarang kesan. ร ้ อง [r:] ก berteriak: เด็กคนนั้ นร ้ อง ด ้ วยเสียงอันดัง Budak itu berteriak de ngan suara yang lantang. ร Petang itu Arun pergi mengambil kawannya di Lapangan Terbang Don Muang. รับแขก [-kε:k] ก menyambut tetamu: คุณพ ่ อออกไปรับแขกที่ ประตูบ ้ าน Ayah keluar menyambut tetamu di pintu rumah. รับจ ้ าง [-ca:ng] ก mengambil upah: ฉันเคยรับจ ้ างขุดคู Saya pernah mengam- bil upah menggali parit. รับใช ้ [-cai] ก melayan: แจ ๋ วตามครอบครัว นั ้ นไปพัทยาเพื่ อรับใช
|
Kamus Thai 2.indb ้ นวิ่ งหนีกระเจิงเมื่ อเห็นตำรวจมา Kaki judi itu lari bertempiaran apabila melihat polis datang. กระเจี๊ยบ [kraciap] น rosel กระโจน [kraco:n] ก terjun กระโจม [kraco:m] น khemah กระโจมไฟ [-fai] น rumah api กระจง กระโจม Kamus Thai 2.indb 7 4/15/2008 11:02:58 AM ก 8 กระฉอก [krac:k] ก melembak: เวลาเด ินต ้ องระว ั งหน ่ อยเพื่ ้ องส ่ องทางไกล [-sta:klai] น binokular กลอน 1 [kl:n] น selak: กลอนประตูบ ้ าน เก ่ าหล ั งน ั ้นทำด ้ วยไม ้ เหลาชะโอน Selak pintu rumah lama itu dibuat daripada kayu nibung. กลอน 2 [kl:n] น puisi: บทกลอนของ ไทยมีหลายชนิด Puisi Thai ada beberapa jenis. กล ่ อม [kl:m] ก mengulit: คุณย ่ ากำล ั |
Kependekan |
Keterangan |
Sumber |
ERT | ekonomi rumah tangga | KD4 |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
rumah-rumah | [ru.mah.ru.mah] | رومه٢ |
rumah-rumahan | [ru.mah.ru.ma.han] | رومه-رومهن |
rumah | [ru.mah] | رومه |
tela (rumah) | [te.la] | تلا ( رومه ) |
pelet (rumah pangsa) | [pe.lét] | ڤليت |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
rumah api | light house | فانوسدريايى | fānūs-e daryāyī |
rumah papan | wooden house | خانءهچوبى | khāne-ye chūbī |
rumah | house , home | خانه،منزل | khāne , manzel |
suri rumah | house wife | خانهدار | khānedār |
kerja rumah | homework | تکليفمنزل | taklīf-e manzel |
hospital , rumah sakit | hospital | بيمارستان | bīmārestān |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
kesan rumah hijau | green house effect | Fenomena yang disebabkan oleh peningkatan suhu bumi akibat pemerangkapan haba dan karbon dioksida. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera. | Menengah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Pemanasan yang berlaku terhadap atmosfera bumi secara perlahan-lahan disebabkan oleh bertambahnya gas-gas seperti karbon dioksida di dalam udara. | Sekolah Rendah |
kesan rumah hijau | green house effect | Kesan yang berlaku dalam atmosfera disebabkan kehadiran sesetengah gas seperti karbon dioksida dan oksida nitrogen yang menyerap radiasi inframerah. | Menengah Atas |
kumbahan | sewage | Bahan buangan dari rumah,industri atau pertanian. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bahan buangan domestik | domestic waste | Bahan buangan dari rumah. Contohnya, botol dan surat khabar. | Sekolah Rendah |
wayar neutral | neutral wire | Wayar yang membawa arus elektrik dari rumah kembali ke stesen pencawang bahagian. Sarung penebat bagi wayar neutral berwarna biru. | Menengah Rendah |
kepingan konkrit | concrete slab | Bahan keras dan kukuh untuk membina rumah atau bangunan. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
pemanasan global | global warming | Pertambahan suhu bumi akibat daripada kesan rumah hijau yang menyebabkan anjakan pola cuaca dan peleburan ais di kutub. | Menengah Atas |
racun serangga | insecticide | Bahan beracun yang digunakan untuk membunuh serangga dan biasanya digunakan dalam pertanian, perubatan, industri atau rumah. | Sekolah Rendah |
tempat tinggal | home | Tempat manusia atau haiwan berlindung dan melakukan aktiviti seharian seperti tidur, makan, membiak dan berkumuh. Contohnya, rumah. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
aset | asset | Harta yang bernilai seperti barang, kenderaan, rumah, kedai, dan tanah yang dimiliki oleh seseorang atau sesebuah syarikat. | Sekolah Rendah |
sewa | rent | Wang yang perlu dibayar kerana memakai atau menggunakan sesuatu yang bukan milik sendiri seperti pakaian, kereta, rumah, kedai, atau pejabat. | Sekolah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
pelie | | condong | Rumah aa pelie. | rumah itu condong | keadaan benda dan permukaan | Bajau |
mengkuaya | | gotong-royong | Segaah mengkuaya mersian kawasan rumah ee. | Mereka bergotong-royong membersihkan kawasan rumah itu. | pekerjaan | Bajau |
patar | | tanah rata di atas bukit | Iyo muat rumah ta patar belud. | Dia membina rumah di tanah rata di atas bukit. | keadaan benda dan permukaan | Bajau |
selimei | | keadan tidak sama, tidak seimbang dan tidak ketentuan | Rumah baau aa selimei. | Rumah baharu itu keadaannya tidak ketentuan. | keadaan benda dan permukaan | Bajau |
ngatur penonggot | | majlis membincangkan hantaran | Segaah ngogo ta rumah dendo ngatur penonggot. | Rombongan membincangkan hantaran itu diadakan di rumah perempuan. | budaya | Bajau |
pelekat | | rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan | Dela pelekat ta ruma dendo bei jo waktu Zohor. | Pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan setelah waktu Zohor. | budaya | Bajau |
putar naga | | pengantin lelaki dikehendaki membuat pusingan sebanyak 7 kali di halaman rumah pengantin perempuan sebelum persandingan. | lopos jo putar naga, baru ni pengantin dela seno' meniik setanding. | Selesai sahaja acara putar naga, pengantin lelaki disuruh naik ke rumah untuk majlis bersanding. | adat resam dan yang berkaitan | Bajau |
beramu | | mencari kayu-kayan utk dibuat rumah | Kekuapan beramu memia kayu cantas. | Seharian mencari kayu yang lurus. | budaya | Bajau |
ngelente | | lawatan balas pihak pengantin perempuan ke rumah pengantin lelaki selepas majlis persandingan | Maidan ngelente peneruun bei jo maidan seganding. | Majlis lawatan balas pengantin perempuan diadakan selepas majlis persandingan. | budaya | Bajau |
Negina | | Adat mempelawa seseorang | Io negina jomo ee ta rumah nei. | Dia mempelawa orangg itu ke rumahnya. | budaya | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa Daerah |
adan | pengadang yang dipasang di pintu, tangga dan sebagainya, untuk menyekat kanak-kanak keluar rumah. | Kedah |
Id |
Kata |
Takrif |
Bahasa Sukuan |
Audio |
456 | achap | digenangi air (sawah dll); banjir; bah: baroh rumah nya ~ ai leboh bah bawah rumah itu dinaiki air semasa banjir; | Iban | Tiada |
|
Tesaurus |
---|
| rumah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kediaman: panti, bait berek, rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, apartmen, rumah teres,
rumah berkembar, banglo, vila,
2. Dalam konteks rumah tradisional bersinonim dengan rumah limas, rumah Minangkabau, rumah Melaka, rumah kutan, rumah bumbung limas,
rumah tiang enam, rumah serambi Pahang, rumah Temuan, rumah Semai, rumah Jakun, rumah panjang,
3. Dalam konteks institusi bersinonim dengan rumah kebajikan, rumah orang-orang tua, rumah anak yatim, rumah kanak-kanak cacat,
4. Dalam konteks komersil bersinonim dengan rumah rehat, rumah tumpangan, rumah persinggahan, rumah urut, rumah sundal, rumah judi.,
|
|
Puisi |
---|
|
Rumah siapa lentik bumbung, Rumah Cik Putih jual padi; Tunang siapa turun bertudung, Tunang abang nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
|