Kata |
Takrif |
Sumber |
pejal | tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pejal | keras dan padat, tidak berongga dalamnya: tubuhnya gempal dan ~; batu ~ sj batu yg keras dan padat, granit; memejalkan menjadikan pejal, memadatkan, memampatkan; kepejalan perihal (keadaan) pejal; pemejalan proses menjadikan sesuatu pejal; pemejal bahan yg memejalkan: krim ~ payudara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pejal | tidak berongga di dlmnya; padat dan keras: batu ~ batu yg padat lagi keras. memejal menjadi pejal: Logam-logam itu bercantum apabila pateri ~. memejalkan menjadikan pejal; memadatkan: ~ tanah. pepejal benda-benda yg pejal (bukan gas atau cecair). pemejalan proses (hal dsb) memejal atau memejalkan: Perubahan drpd bentuk cecair kpd bentuk pepejal disebut ~. | Kamus Pelajar |
kon | 1. jasad pejal yg meruncing ke hujung dr tapaknya yg rata dan bulat; 2. sesuatu yg berbentuk kon, sama ada pejal atau geronggang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padat | 1. penuh dan rapat sekali (isinya, kandungan, susunannya, dll), padu, pejal, tumpat: tanah tidaklah ~ spt batu, tetapi peroi dan berliang-liang; gas itu dipam ~-~ ke dlm silinder besi waja yg tebal; 2. penuh, sesak, berasak-asak: restoran-restoran mereka ~ dgn makanan yg baik-baik; ~ spt ikan sardin dlm tin; 3. banyak sekali penduduk (daerah dll); 4. banyak isinya (bkn karangan, ucapan, dll), berisi, bernas; bahasa jurnalistik lebih ~ dan tepat; 5. Id pejal (tidak cair atau spt gas): air kalau didinginkan menjadi ~; memadat menghempap-hempap (memijak-mijak, mengasak-asak) hingga padat: ~ perut (memberi) makan kenyang-kenyang; memadati 1. memenuhi hingga padat: gulungan-gulungan kertas ~ almari yg kecil; 2. mengisi (mengasak, menyumbat) sesuatu (guni dll) hingga padat; memadatkan 1. mengisi atau mengasak sesuatu (spt guni dll) hingga padat; 2. mengisikan sesuatu hingga padat: bas yg satu pertiga besarnya drpd ukuran bas di Kuala Lumpur sentiasa ~ penumpang sekali ganda drpd yg telah ditetapkan; 3. menjadikan padat, memampatkan, memejalkan: padatkan tanah dlm silinder itu dgn mengetuk-ngetuk; ~ air dgn mendinginkannya; padatan 1. Id pejal; 2. perihal padat (penduduk dll); kepadatan 1. perihal padat; 2. terlalu ramai atau penuh sesak (dgn penduduk): daerah-daerah yg ~; pemadatan perbuatan memadatkan: Robert Boyle ialah orang yg pertama mempelajari ~ gas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
beku | 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
getah pejal | getah yg beku setelah dicampurkan bahan pembeku. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
batu pejal | sj batu yg keras dan padat, granit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batu pejal | batu besi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ban pejal | tayar yg tidak berangin; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hard | adj 1. firm, unyielding, keras; (of body, muscle, etc) pejal, keras: the ground was ~ because of the drought, tanah itu keras akibat kemarau; a ~ mattress, tilam yg keras; ~ muscles, otot yg pejal; 2. severe, unkind, keras; (of words) kasar: his father was a ~ man, bapanya keras orangnya; be ~ on so., bersikap keras thdp sso; 3. forceful, kuat: a ~ blow on the head, pukulan yg kuat di kepala; 4. performing st with great intensity, persistence, etc, kuat: a ~ worker, orang yg kuat bekerja; a ~ drinker, orang yg kuat minum arak; a ~ smoker, orang yg kuat merokok; 5. requiring much effort, berat: ~ work, kerja yg berat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
firm1 | adj 1. solid, not yielding to pressure, tdk lembik; (of fruit , flesh, cushion) pejal: the refrigerator will keep the butter ~, kalau disimpan dlm peti sejuk, mentega tdk lembik; his stomach muscles were still ~, otot perutnya masih pejal; 2. secure, a. kukuh, teguh: it was difficult tofind a ~ foot-hold on the icy slope, susah mencari tempat berpijak yg kukuh pd cerun yg berais itu; he wound sticky tape round the broken chair leg till it was ~, dia melilitkan pita perekat pd kaki kerusi yg patah itu hingga kukuh; b. (fig.) kukuh, teguh, erat: there are ~ ties of friendship between our two countries, terdapat tali persahabatan yg erat antara kedua-dua negara kami; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
flesh | n 1. soft part of animal body, daging: lions are ~ -eating animals, singa ialah binatang pemakan daging; the ~ of his arm was firm, daging lengannya pejal; 2. (of fruit, vegetable) pulpy substance, isi, daging: the ~ is sweet and juicy, isinya manis dan berair; 3. (colour), (warna) kulit; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
cantilever | kantilever | Fizik | Nanoteknologi | Palang pejal yang dapat bergetar pada satu hujung penduga yang digunakan dalam alat mikroskop daya atom (AFM) atau mikroskop penerowongan imbasan (STM). Bentuk kantilever bergantung pada mod pengukuran alat tersebut. Kantilever biasanya diperbuat daripada silikon (Si), silikon nitrida (SiN) atau nanotiub karbon. |
urine | air kencing | Biologi | Tiada | Cecair yang dikumuhkan daripada ginjal mamalia, perkumuhan pejal atau semipejal pada burung dan reptilea. |
chemical vapour deposition | pemendapan wap kimia | Fizik | Nanoteknologi | Proses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis. |
casting process | proses tuangan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kaedah dalam proses pembuatan yang dihasilkan apabila bahan cecair logam pada suhu tinggi dituangkan ke dalam acuan yang mengandungi rongga dengan bentuk yang dikehendaki dan dibiarkan menyejuk. Bahan pejal yang terhasil melalui proses ini dikenali sebagai tuangan setelah bahan tersebut dikeluarkan dari acuan atau acuan dipecahkan. |
saponite | saponit | Fizik | Nanoteknologi | Galian tanah liat yang terdiri daripada bahan silikat aluminium dan magnesium berair. Rumus kimianya ialah 1/2(Ca,Na)0.33 (Mg,Fe+2)3 (Si,A1 )4 O10(OH)2.4H2O dan berstruktur monoklinik. Galian ini bersifat amorfus lembut, pejal dan berplastik, dan terdapat dalam rongga batu. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
pejal | saih [saih] | Melanau Dalat | |
pejal | pajal. | kedayan | |
pajel I | pejal: sei biyaih agei ~ isi badan masih pejal; | Melanau Mukah | |
melahen | pejal | TETAW | |
segel II | beku; 1 pejal, keras (bkn benda cair): nyaem lubeang peti ais iyen nda ngak ~ air dlm peti sejuk itu belum beku; 2 ki kaku, tidak bergerak; | Melanau Mukah | |
paeg, paa-paeg | gempal: biyaih ~ sereta sei pajel badan gempal serta isinya pejal. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb elektrik luar atau arah rambatan gelombang elektromagnet. (FIZ) anisotropy (anisotropi) Perihal bahan yang tidak mempunyai sifat yang serupa pada semua arah. Umumnya bahan bergentian seperti kayu bersifat anisotropi. Contohnya, kayu pejal mempunyai kadar pengecutan dan pembengkakan yang tidak sama pada arah jejari, arah tangen dan arah memanjang. (HUT) anisogamete anisotropy Kamus Sains.indb 67 7/8/08 11:46:01 AM emulsion (emulsi bitumen) Campuran bitumen, air dan sedikit agen pengemulsi untuk membolehkan bitu- men dicampur dengan agregat dan mudah dipam melalui saluran paip. (KEJ) bituminous (bituminus) Bahan yang mengandungi hidrokarbon pejal atau separa pejal yang apabila dibakar akan mengeluarkan banyak asap. Contohnya, arang batu. (BIO) bituminous coal (arang batu bitumen) 1. Bitumen yang dihasilkan melalui pembakaran arang batu. 2. Arang batu
|
Kamus Thai 2.indb dalam jangka masa dua tahun ini. 4 ba- hagian: กล ้ ามเนื้ อช ่ วงอกของน ั กมวยคนน ั ้นดูเป็น ม ั ด ๆ Otot di bahagian dada petinju itu kelihatan pejal. ช ่ วงจังหวะ [-cawa] น peluang, ke sempatan ช ่ วงนี้ [-ni :] ว sekarang ini ช ่ วงเวลา [-we:la:] ว jangka masa ช ่ วงชิง [-ci] ก merebut
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
pejal | [pe.jal] | ڤجل |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
pengingesan | ingestion | Pengambilan bahan pejal, seperti makanan, ke dalam tubuh. | Menengah Atas |
umbisi | corm | Dasar batang yang bersaiz besar, pejal, beruas pendek dan dikelilingi oleh lapisan sisik atau daun. Contohnya, bawang. | Menengah Rendah |
gema | echo | Kesan bunyi yang terhasil apabila gelombang bunyi dipantulkan daripada permukaan yang pejal seperti dinding batu. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| pejal (adjektif) | Bersinonim dengan padu, mampat, padat, tumpat, tetal, kejal, rapat, kejat, kedap, penuh, sarat,
sendat, kimpal, pisik, sintal, gemuk, gempal;, | | Kata Terbitan : memejalkan, kepejalan, |
|
|