Kata |
Takrif |
Sumber |
tidak tampak | tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampak I | 1. tidak terlindung, dapat dilihat, kelihatan: di sana sini ~ pula pohon kelapa; 2. memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul, timbul (bulan, matahari): lama benar ia tidak ~; pd bulan ~ Id pd satu hari bulan; 3. nyata kelihatan, ketara: ~ kasih sayangnya; ~ duri tak akan mengait = ~ ranggas tak akan meleting prb mengetahui seseorang itu tidak dapat berbuat apa-apa kerana bodoh atau penakut; tampaknya kelihatannya, pd zahirnya, rupanya: meletusnya perang dgn Jepun ~ tidak dapat dielakkan lagi; tampak-tampak 1. = ~ apung tidak dapat dilihat (dgn nyata), sebentar kelihatan sebentar tidak; tidak ~ tidak kelihatan-kelihatan (muncul-muncul); 2. sebentar-sebentar terbayang (dlm ingatan, fikiran, dll); menampak (dapat) melihat, nampak: kalau ia berjalan-jalan dlm kota dan ~ rumah yg besar-besar dan indah-indah, kerap kali ia tegak tercengang; menampakkan menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat;tertampak terlihat, kelihatan, ternampak; ketampakan keadaan sejauh mana atau sejelas mana sesuatu objek dapat dilihat dlm keadaan cahaya atau cuaca tertentu: istilah ini ditakrifkan sbg kekaburan yg ~nya kurang drpd satu kilometer. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muncul | keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi; bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; memunculkan menampakkan, menerbitkan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muncul | keluar dgn tiba-tiba; datang menampakkan diri; timbul: Beberapa minit kemudian, ~lah tuan puteri itu. memunculkan menampakkan; menimbulkan: Sudah dua minggu dia tidak ~ dirinya. kemunculan perihal muncul: ~nya telah memeranjatkan kami semua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muncul | keluar dgn tiba-tiba; datang menampakkan diri; timbul: Beberapa minit kemudian ~lah tuan puteri itu. memunculkan menampakkan; menimbulkan: Sudah dua minggu dia tidak ~ dirinya. kemunculan perihal muncul: ~nya telah memeranjatkan kami semua. | Kamus Pelajar |
menjelma | 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelma | ; menjelma 1. lahir (kembali): orang Hindu percaya bahawa orang yg mati itu akan ~ balik; 2. masuk ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll): jiwanya ~ dlm tubuh seekor kera; 3. muncul (di dlm hati, ingatan, dll), timbul atau muncul (bkn sesuatu kejadian dll): ada perasaan lain lebih dahulu yg ~ ke dlm hatinya; wajah ibunya sedikit demi sedikit datang ~ ke dlm ingatannya; kemakmuran ini menjadi latar kpd malapetaka yg akan ~; 4. berubah menjadi makhluk (benda) yg lain, bertukar bentuk (rupa dll): Krishna ~ menjadi Rama; ulat ~ menjadi kupu-kupu; menjelmakan ark 1. melahirkan sesuatu di dlm, memasukkan sesuatu ke dlm: faham politiknya dijelmakan dlm novel-novelnya; 2. melahirkan, mewujudkan, mencipta (karya dll): penulis-penulis muda itu belum lagi dapat ~ suatu karya yg bermutu; terjelma termasuk (ke dlm sesuatu), terlahir (di dlm sesuatu), tercipta, terwujud; jelmaan sesuatu yg telah menjelma, hasil drpd menjelma; batu ~ (Geo) sj batu yg telah berubah bentuknya (rupanya dll) akibat kuasa matahari dan air serta udara dll; penjelmaan 1. perihal menjelma, perihal lahir (kembali), tubuh atau benda yg terjadi drpd jiwa yg menjelma: di dlm hatinya ia berfikir entahkan mereka ini dewa-dewa dlm ~; 2. perihal masuknya jiwa ke dlm (tubuh manusia, binatang, dll); 3. (Bio) perihal perubahan bentuk (rupa, corak, dll) drpd sesuatu: perubahan rupa mulai drpd telur menjadi serangga itu dipanggil ~; 4. perihal menjelmakan (mewujudkan) cita-cita dll, pelaksanaan: sistem pelajaran sekarang ini adalah ~ sistem pelajaran Inggeris yg sangat merugikan kita; 5. ciptaan, karya, perwujudan cita-cita: novelnya yg pertama itu merupakan ~ seluruh peribadinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keluar | 1. bergerak (beralih dll) dr sebelah dlm sesuatu (bangunan, bilik, kawasan, dll) ke sebelah luarnya: pegawai-pegawai itu belum lagi ~ dr bilik mesyuarat; 2. muncul, menampakkan diri (dr berkurung dll): sejak kematian isterinya, ia tidak pernah ~; 3. meninggalkan rumah utk pergi ke sesuatu tempat atau utk bersiar-siar: dia ~ selepas makan tadi dan mungkin akan pulang sejam lagi; 4. timbul (muncul, mengalir, dll) dr bawah permukaan (air, tanah, dll) atau dr dlm daging (tubuh dll): cacing itu ~ perlahan-perlahan dr dlm tanah dan menguit-nguit; serpih halus kaca yg terbenam di tapak kakinya dapat juga dicungkilnya ~; cederanya parah dan darah ~ mencurah-curah; 5. diumumkan (melalui siaran akhbar, radio, dsb), diterbitkan utk pengedaran (kpd orang ramai dsb): bukunya yg terbaru akan ~ awal bulan depan; laporan lanjut jawatankuasa tersebut akan ~ tidak lama lagi; 6. dilafazkan, diucapkan (kata-kata), dilahirkan (perasaan, isi hati, dsb): kata-kata yg sayu itu ~ dgn suara yg putus-putus; 7. berhenti drpd menjadi anggota (persatuan dsb), berhenti drpd berkhidmat atau bersekutu (dgn sesebuah syarikat, jabatan, dll), meninggalkan (pekerjaan, persatuan, dll): ia ~ dr syarikat itu utk membuka perniagaan sendiri; pengerusi kesatuan itu telah meletakkan jawatan dan terus ~ dr kesatuan; 8. ark muncul (sbg pemenang dlm pertandingan); 9. sl di luar; ~ batas menyeleweng atau menyimpang (drpd tajuk atau perkara yg diperbincangkan dll); ~ hutan keluar dr hutan; mengeluari keluar utk mendapatkan (menentang) musuh: setelah orang Portugis itu mendarat, maka dikeluari oleh barisan orang Melaka; mengeluarkan 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; terkeluar 1. (kelihatan atau terdapat) berada di sebelah luar sesuatu: beg duitnya ~ sedikit dr saku belakang seluarnya; 2. dapat dikeluarkan (dicabut, dicungkil, dsb) drpd tempat sesuatu itu terbenam (tertanam dsb), tertanggal keluar dr lubang (celah dsb): akhirnya setelah dicungkil-cungkilnya ~ juga butir tulang itu dr celah giginya; 3. tersingkir (drpd kumpulan, pertubuhan, dsb), terasing atau terpisah (drpd sesuatu golongan, aliran, dsb): cara hidupnya yg sangat berlainan itu menyebabkan dia ~ drpd masyarakatnya sendiri; 4. tidak terlibat (terkait), tidak ada pertalian (dgn sesuatu), tidak kena-mengena dgn: hakim mahkamah harus ~ drpd pertelingkahan politik; 5. disebut atau diucapkan (dgn tidak berapa disedari ataupun dgn tidak difikir-fikirkan terlebih dahulu), terlafaz, terhambur: ketika ia marah itulah ~ kata-kata yg kurang manis didengar; keluaran 1. yg dikeluarkan (dihasilkan): beliau menyeru rakyat supaya lebih banyak membeli barang-barang ~ dlm negeri; 2. yg diterbitkan (bkn buku, majalah, dsb): majalah ~ bulan lepas; 3. yg telah lulus dr (maktab dsb), yg terdidik atau terlatih di, lepasan: guru-guru ~ maktab latihan dan universiti; orang ~ a) orang yg tidak ada sangkut paut, orang yg tidak termasuk dlm atau berkaitan dgn sesuatu (perkara, kumpulan, dll), orang luar; b) sl orang yg di luar golongan (lingkungan) istana: akan anakanda ini terlalulah sekali baik parasnya pd hati beta tiada patut ia bersuami orang ~; ~ negara (Eko) jumlah nilai barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan oleh unit ekonomi dlm sesebuah negara dlm satu tempoh tertentu, biasanya setahun; ~ negara bersih (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd kos faktor dlm satu tempoh tertentu setelah ditolak susut nilai; ~ negara kasar (Eko) nilai semua barang dan perkhidmatan akhir pd harga pasaran dlm satu tempoh tertentu sebelum ditolak susut nilai; pengeluaran perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan, penghasilan: ekonomi negeri kita bergantung pd ~ barangan utama spt getah, minyak dan bijih timah; ~ barang-barang itu terganggu kerana pemogokan; pengeluar 1. usahawan (syarikat, negara, dsb) yg mengeluarkan (menghasilkan) sesuatu: ~-~ bahan mentah sering kali menghadapi masalah akibat kemerosotan harga; 2. yg mengeluarkan (menghasilkan): negara-negara ~ kelapa yg penting ialah Filipina dan Indonesia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewujud | muncul; timbul. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bermunculan | muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
muncul | muncul. | kedayan | |
muncul | petilik [ptili] | Melanau Dalat | |
jungah, pejungah | muncul, keluar: bila babui ~ kuman lubeang mub lalu piyau senapeang Janeng apabila babi itu muncul dr dlm semak lalu berbunyi senapang Janeng. | Melanau Mukah | |
musit | muncul | TETAW | |
beleja | muncul; | Melanau Mukah | |
jelma | jalmak, muncul; | kedayan | |
jelma | menjelma nyalmak, muncul; | kedayan | |
Kamus Sains.indb dibentuk daripada abnormal ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran an tekanan atmosfera yang terlalu cepat, iaitu apabila seseorang beralih dari tempat bertekanan tinggi ke tempat bertekanan rendah secara tiba-tiba. Con - tohnya, keadaan yang dialami penyelam laut dalam yang muncul pada permu- kaan air secara tiba-tiba. (UBAT) air engine (enjin udara) Enjin yang beroperasi dengan menggunakan udara termampat sebagai ben- dalir penggerak. (FIZ) air lift fermentation (fermentasi angkut udara
|
Kamus Thai 2.indb 2008 11:09:00 AM ธ 205 ธานี [ta:ni:] ดู เมือง ธาร [ta:n] ดู ลำธาร ธารกำนัล [ta:rakamnan] น khala yak หล ่ อนสวมชุดสีชมพูเมื่ อปรากฏตัวต ่ อธารกำนัล Dia muncul di hadapan khalayak de ngan pakaian berwarna merah jambu. ธารา [ta:ra:] ดู ธาร ธำมรงค ์ [tammaro] ดู แหวน ธำรง [tamro] ก 1 menegakkan: ศาล ธำรงไว ้ ซึ่ งความเป็นธรรมสำหรับคนทุกชนชั้ น ของเขาทั้ งสอง Pemuda itu melayani kedua ibu bapanya de ngan penuh hati. ปรบมือ [propm:] ก bertepuk tangan: เด็ก ๆ ปรบมือเมื่ อบรรดานักกีฬาทีมชาติปรากฏตัว Budak-budak bertepuk tangan apabila para atlet kebangsaan muncul. ปรมาจารย ์ [p:rama:ca:n] น maha guru ปรมาณู [p:rama:nu:] น atom ปรวนแปร [pruanprε:] ดู แปรปรวน ปรองดอง [pr:d:] ก berpadu: ประชาชนปรองดองประเทศชาติมั่ นคง Rakyat berpadu negara
|
Kamus Thai 2.indb itu menyemburkan racun serangga pada pokok mangganya. ฉีดยา [-ya:] ก menyuntik ubat ฉุ [cu] ว tembam: ใบหน ้ าของเด ็ กคนน ั ้นฉุ Muka budak itu tembam. ฉุก [cuk] ก muncul dengan tiba-tiba: ใบหน ้ าของคุณพ ่ อเขาฉุกขึ้ นมาในความคิดของ เขา Wajah bapanya muncul dengan tiba-tiba dalam fikirannya. ฉุกคิด [-ki t] ก tiba-tiba teringat: เธอฉุกคิดวิธีแก ้ ปัญหาที่ ดีได ้ แล ้ ว Dia tiba-tiba teringat cara penyelesaian yang baik. ฉุกใจ |
Kamus Thai 2.indb 4/15/2008 11:02:56 AM ก 4 น ั กรบเหล ่ าน ั ้นจะกบดานในเวลากลางว ั นและจะ ปรากฏต ั วในเวลากลางคืน Pejuang-pejuang itu bersembunyi pada waktu siang dan akan muncul pada waktu malam. กบาล [kaba:n] น kepala = กระบาล ก ้ ม [kom] ก membongkok: คุณแม ่ ก ้ มลง หยิบผ ้ าคลุมศ ี รษะที่ ตกลงบนพื้ น Ibu mem- bongkok
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
muncul | [mun.cul] | مونچول |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
muncul semula | to come back | برگشتن | bargashtan |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
mod | mode | Nilai atau nombor yang paling kerap muncul dalam satu set nombor atau data. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| muncul (kata kerja) | Bersinonim dengan terbit, timbul, tampil, keluar, lahir, tumbuh, hidup, bercambah, bertunas,
menjelma, tersembul, terjengul, pegari, mencagun;, | | Kata Terbitan : memunculkan, kemunculan, |
|
|