Kata |
Takrif |
Sumber |
leksikal | /léksikal/ ist bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
leksikal | (léksikal) (Lin) bkn perkataan atau perbendaharaan kata sesuatu bahasa; makna ~ makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
literal | 1. berasaskan makna sebenar atau makna biasa kata-kata yg digunakan (bukan makna kiasan atau makna yg tersirat di sebaliknya: sikapnya sangat sederhana, dan beliau kerap mentafsirkan percakapan suaminya secara ~; 2. harfiah: terjemahan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kata tugas | kata yg tidak mempunyai makna leksikal tetapi mempunyai makna tatabahasa, iaitu makna jika kata itu wujud dlm ayat, mis dan, kepada dan ialah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bahasa kiasan | perkataan atau ungkapan yg digunakan dlm makna yg berlainan drpd makna sebenar atau makna biasa perkataan itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna kiasan | makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna | erti atau maksud (sesuatu perkataan dll): kalau tidak tahu ~ sesuatu perkataan, janganlah gunakan perkataan itu; ~ fungsian (Lin) makna unsur linguistik yg dilihat dr segi fungsi tatabahasanya; ~ kiasan makna kata yg tidak merujuk kpd makna harfiah, tetapi dikiaskan sbg ibarat, mis jambu yg bererti cantik atau lawa; ~ konteks (Lin) makna yg menunjukkan hubungan antara ujaran dgn keadaan; ~ leksikal (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; bermakna 1. mempunyai (mengandungi) erti, bererti; ~ berbilang mempunyai (mengandungi) beberapa erti; 2. penuh tujuan, bermanfaat, penting, bererti: pemberian itu sangat ~ bagi kami; dia merasakan seolah-olah kehidupannya sudah tidak ~ lagi setelah beberapa kali dikecewakan; memaknakan menjelaskan erti (maksud) sesuatu perkataan dll; pemaknaan perihal atau proses memberi makna, pengertian: dlm bahasa Melayu In-donesia masih ada sistem tanda yg ber-hubung dgn raja spt bersantap, beradu, beta yg ~nya tidak sama dgn yg pernah ada sebelumnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
metafora | (métafora) (Lin) pemakaian katakata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan); memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna leksikal | makna sesuatu perkataan itu sendiri (tanpa melihat penggunaannya dlm ayat dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makna leksikal | (Lin) makna kata spt yg terdapat di dlm kamus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
grammatical meaning | n makna kenahuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
contextual | adj mengikut konteks: ~ analysis, analisis mengikut konteks; ~ meaning, makna mengikut konteks. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ambiguity | n 1. state, quality of, a. (admitting more than one interpretation) kekaburan, kesamaran; (of word, phrase, etc) /kekaburan, kesamaran/ makna, ketaksaan: he took great care to avoid all ~, dia amat teliti supaya tdk berlaku kekaburan; the careless use of pronouns can result in ~, penggunaan kata ganti nama secara tdk teliti boleh menimbulkan kekaburan makna; b. (being uncertain) tdk jelas; (of look, smile, etc) tdk jelas maknanya: the ~ of his political stance became an issue in the campaign, pendirian politiknya yg tdk jelas menjadi isu dlm kempen itu; 2. ambiguous phrase, expression, etc, approp n + (yg) /kabur, samar(-samar)/ maknanya, taksa: a statement that is full of ambiguities, satu kenyataan yg penuh dgn ungkapan-ungkapan yg kabur maknanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
context | n konteks: he guessed the meaning of the word from its ~, dia meneka makna perkataan itu drpd konteksnya; historical events should be taken in the ~ of the times, peristiwa sejarah hendaklah dilihat dlm konteks masa itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
define | vt 1. explain meaning of, mendefinisikan, mentakrifkan: to ~ the meaning of a word, mendefinisikan makna perkataan; 2. state, show clearly, menjelaskan: he ~d his position in his speech, dia menjelaskan kedudukannya dlm ucapannya; 3. state limits of, menentukan, menetapkan: the paper ~s the power of the board, kertas itu menentukan kuasa lembaga; the boundary between the two countries has been ~d clearly, sempadan di antara kedua-dua negara itu telah ditentukan dgn jelas; 4. (often pass.) make distinct in outline, (jelas) kelihatan: the building was clearly ~d against the sky, bangunan itu jelas kelihatan berlatarkan langit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
bear2 | 10. have, possess, contain, mempunyai, mengandungi: a word which ~s many meanings, perkataan yg mempunyai makna yg banyak; 11. harbour, have, menaruh [in some contexts, not translated]: he ~s no hatred against a__nyone, dia tdk menaruh perasaan benci thdp sesiapa pun; to ~ a grudge against so., menaruh dendam thdp sso; because of the love she ~s him, she would face anything together with him, oleh sebab kasih sayangnya thdp lelaki itu, dia sanggup menghadapi apa-apa sahaja bersamanya; 12. be marked with, show, menunjukkan: his body still ~s the scars of that encounter, tubuhnya masih menunjukkan parut-parut luka akibat pertempuran itu; a banner ~ing a beautifully designed crest, panji yg menunjukkan jata yg indah reka bentuknya; 13. be fit for, deserve, layak, wajar: his claim doesnt ~ further examination, dakwaannya itu tdk layak dikaji lebih lanjut; words that do not ~ repeating, kata-kata yg tdk wajar diulang; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
double | 7. dual, dua: a machine that serves a ~ purpose, mesin yg mempunyai dua kegunaan; this word has a ~ meaning, perkataan ini mempunyai dua makna; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
argue | ~ with, a. see vi (sense 1.); b. disagree with, mempertikaikan: I do not ~ with the facts, only with the meaning you give them, saya tdk mempertikaikan kenyataan itu tetapi saya mempertikaikan makna yg kamu berikan kepadanya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
forget | ~ os, lose os self-control, lupa diri: he forgot himself and swore loudly, dia menjadi lupa diri lalu menyumpah-nyumpah dgn suara yg kuat; ~ it, [various translations]: Shall we put the other meaning in too? F~ it!, Kita masukkan makna yg lagi satu juga? Tak payahlah; How much should I give you for the books? F~ it!, Berapa harus saya berikan pd kamu utk buku-buku itu? Lupakanlah!; Im sorry, whos coming tomorrow? F~ it!, Maaf, siapa yg hendak datang esok? Tak apa-apa!; dont you ~ it, jangan lupa itu: in this office, everyone is expected to work hard, and dont you ~ it, di pejabat ini setiap orang dikehendaki bekerja keras, dan jangan lupa itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
comprehension | n 1. understanding, ability to understand, pemahaman; /above, beyond/ sos ~, di luar pemahaman sso; 2. (in language, teaching) kefahaman: ~ test, ujian kefahaman; 3. comprehensiveness, merangkumi: a word of wide ~, perkataan yg merangkumi bidang makna yg luas. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
double entrende | kias seleweng | Kesusasteraan | Tiada | Kiasan yang mempunyai dua makna yang kurang jelas. Kekaburan makna ini berpunca daripada penggunaan bahasa yang kabur dan boleh memberikan makna yang berbeza-beza. Contohnya, dua makna dalam sesuatu kenyataan. Salah satu daripadanya mempunyai makna yang tidak baik atau berbentuk sensual, dan satu lagi mempunyai makna bagus dan bernilai murni. Kias seleweng ini biasa digunakan dalam penulisan puisi. Kias seleweng berasal daripada perkataan Perancis double entrende yang menerangkan situasi yang mempunyai makna berlapis atau dua tahap pemahaman. |
prismatic | prismatik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi makna atau pengertian dua lapis. Makna pada lapis pertama lebih jelas manakala makna lapis kedua lebih luas dan mendalam. Contohnya, puisi "Perempuan Malang" karya Usman Awang yang menggunakan perkataan 'ibuku' yang bermaksud 'tanah air'. Puisi ini memberi gambaran bahawa ibu itu telah lama berjasa kepada penyair. Dengan itu penyair amat mencintainya dan sanggup berkorban untuk menjaga keselamatannya. Gambaran demikian adalah makna pada lapis pertama. Makna lapis keduanya boleh dihubungkan dengan pernyataan kecintaan penyair terhadap tanah air atau negaranya. |
hermenueutics | hermenueutika | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah tafsiran teks yang menonjolkan kepentingan peranan dan subjektiviti pembaca dalam proses pembentukan makna. Dalam proses pembinaan makna setiap pembaca secara individu berdialog dengan teks dan tafsiran serta pemahamannya dipengaruhi oleh pengetahuan dan pengalaman yang ada padanya. Pada asalnya, hermenueutika dipelopori dan diterapkan oleh F. Schleiermacher (1768-1834) dalam teologi agama kristian, terutamanya dalam tafsiran kerohanian terhadap Bible. Sejak abad ke-19, hermeneutika digunakan untuk persoalan falsafah. Seterusnya, sumbangan ahli falsafah Jerman, Wilhelm Dilthey (1833-1910), membolehkan hermeneutika dikembangkan dalam sastera untuk mentafsirkan dan memahami makna teks. Dalam hal ini,. Dilthey menganggap peranan pembaca amat penting. Menurut Dilthey, tafsiran melibatkan lingkaran hermeneutik (hermeneutic circle), iaitu konsep yang mengaitkan bahagian teks dengan teks itu secara keseluruhannya. Bahagian teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman secara keseluruhannya, manakala keseluruhan teks tidak dapat difahami tanpa pemahaman bahagiannya. Justeru, pemahaman teks harus melibatkan jangkaan awal keseluruhan, dan pada masa yang sama, jangkaan tersebut pula melalui proses pengubahsuaian. Dalam sastera, hermeneutika dikaitkan dengan teori tafsiran martin Heidegger dan Hans-Georg Gadamer yang cuba mengatasi masalah lingkaran hermeneutik yang hampir sama. Gadamer mengatakan teks hanya dapat difahami dalam konteks masa lampau, begitu juga sebaliknya. Mengikut tradisi ini, tafsiran teks melibatkan perkara asas seperti kemungkinan pembinaan makna yang boleh ditentukan, tujuan asal pengarang, relativiti makna, dan sumbangan pembaca kepada makna teks. Dari aspek tafsiran, tradisi apabila teks itu berbicara juga memainkan peranan yang penting dan tradisi ini perlu difahami oleh pembaca. Teks mempunyai ufuknya, sementara pembaca juga mempunyai ufuk yang tersendiri. Dalam proses tafsiran yang unggul, kedua-dua ufuk ini harus dibaurkan, dan daripada bauran itulah munculnya makna yang tentunya relatif kepada pembaca. Hermeneutika telah mempengaruhi kemunculan fenomenologi, teori respons pembaca dan teori resepsi. Kemungkinan pemahaman teks boleh ditentukan, walaupun relatif sifatnya seperti yang disarankan dalam hermeneutika, tetapi dipertikaikan oleh teori kritikan pascastruktural, khususnya dekonstruksi. Hermeneutika berasal daripada perkataan Yunani hermetic bererti sains tafsiran. Lihat juga fenomenologi, teori respons pembaca. |
distorting of meaning | penyimpangan makna | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang ingin ditimbulkan oleh penyair sama ada pada diksi, frasa ataupun kalin1at dalam sesebuah puisi berbeza daripada makna harfiah atau yang terdapat pada kamus biasa. Dalam puisi ini rumah kecil menggambarkan tentang tanah air bukannya mengenai tempat tinggal seseorang. Contohnya, puisi "Rumah Kecil" karya Darma Mohamad. Rumah kecil menghadiahkan kehidupan yang permai dengan halaman lebar hingga ke dada padang dan padi membuka pandangan hingga ke sayap burung menembusi tabir awan. |
decontructive criticism | kritikan dekonstruktif | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan sastera berdasarkan penggunaan bahasa untuk pembinaan makna. Kritikan dekonstruktif bukan untuk mengenal pasti makna teks yang tulen tetapi untuk menganalisis bagaimana bahasa dan retorik boleh menjana dan menetapkan kedudukan hierarki makna yang pelbagai. Cara ini tidak membenarkan kewujudan makna yang mutlak atau interpretasi yang betul, sekali gus menolak konvensi dan tradisi yang telah lama diguna pakai. Kritikan dekonstruktif memindahkan perhatian pengkritik daripada faktor luaran teks kepada aspek dalam teks (subteks). Kritikan ini menjadi fokus dan dasar kritikan pascastrukturalisme. Lihat juga kritikan pascastrukturalis. |
cognitive meaning | makna kognitif | Kesusasteraan | Tiada | Tafsiran makna berdasarkan fakta yang dikongsi, diketahui dan dipersetujui ramai. Pentafsiran begini tidak melibatkan pandangan atau emosi, tetapi biasanya wujud dalam semua genre sastera. Contohnya ayat matahari terbit dari timur. Ayat ini ialah tafsiran yang berkisar pada fakta sahaja. Sebaliknya, ayat matahari ini sungguh menyeksakan ialah tafsiran yang bersifat subjektif dan emotif. Dalam karya sastera, makna kognitif boleh dimanfaatkan walaupun tidak penting seperti makna emotif dan konotatif. |
myriad | limpahan | Kesusasteraan | Tiada | Kepelbagaian makna dalam karya sastera. Sesuatu hasil karya sastea biasanya bersifat simbolik, bermetafora, dan mengandungi makna yang tersurat dan tersirat. Justeru, karya sastera ini boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut pandangan dengan konteks makna yang pelbagai. |
deconstruction | dekonstruksi | Kesusasteraan | Tiada | Teori kritikan dan kaedah analisis berasaskan prinsip bahawa makna yang tetap dan stabil tidak wujud dalam bahasa. Objektif dekonstruksi adalah mencari segala kontradiksi dalam teks untuk membuktikan bahawa teks tidak mempunyai kesatuan atau pertalian yang teratur. Kontradiksi yang dimaksudkan melibatkan percanggahan antara makna yang berkemungkinan dalam satu-satu perkataan atau frasa. Objektif dekonstruksi bukan untuk mengenal pasti makna teks tetapi untuk mendedahkan makna yang berkemungkinan dan bercanggah supaya jelas interpretasi, bukan sesuatu yang tetap, stabil atau muktamad. Kaedah ini diaplikasikan bukan sahaja untuk bahasa tetapi juga untuk menganalisis sebarang konsep sistem dan institusi dengan merujuk kepada teks. Contohnya, realiti itu sendiri boleh dianggap sebagai suatu teks yang mempunyai pelbagai kontradiksi dan makna yang perlu dibaca dan diinterpretasikan. Dekonstruksi dimulai oleh ahli falsafah Perancis, Jacques Derrida. Beliau berpendapat bahawa makna teks sentiasa bergantung pada perbezaan dengan semua makna yang berkemungkinan dan sentiasa tertangguh. Derrida menggunakan istilah differance untuk menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Bagi Derrida, interpretasi merupakan suatu proses yang tidak berkesudahan yang berterusan. Lihat juga kritikan dekonstruktif. |
anagogic vision | visi anagogik | Kesusasteraan | Tiada | Persepsi berlapis yang digunakan oleh pengarang untuk menyatakan fikiran dan perasaannya pada paras yang pelbagai dan serentak. Persepsi atau pentafsiran mendedahkan makna yang tertinggi, iaitu makna rohaniah atau mistik di sebalik teks. Menurut Flannery OConnor, visi anagogik merupakan suatu visi yang harus dimiliki atau dibina oleh pengarang untuk menambah makna teksnya. Menurut O. Connor, visi inilah yang dapat memperlihatkan pelbagai paras realiti dalam suatu imej atau situasi. |
literal meaning | makna harfiah | Kesusasteraan | Puisi | Makna yang tersurat pada sesuatu diksi, frasa atau ayat dalam sesebuah puisi. Aspek ini banyak dikesan dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Contohnya, Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
makna | maksud [masud] | Melanau Dalat | |
makna | haatik. | kedayan | |
ayu II | alamat; tanda (akan terjadi sesuatu); pertanda; makna mimpi; | Iban | |
tah II | awalan pd kata kerja, ter; 1 yg membawa makna dapat, boleh mampu dibuat: ~sebetsiyen kawak kereja wak susah iyen ji terbuatnya juga kerja yg susah spt itu; 2 perbuatan yg tidak sengaja: bup kou ~ igeksiyen buku saya terambilnya. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
randang Ib | julukan yang memberi makna simbolik bagi seseorang yang memulakan sesuatu, perintis. | Mereka mengasah dengan kuatnya sehingga kedengaran seakan-akan orang memotong duri-duri pokok manding tajam nyimbang, mengasah secara menekan sehingga kedengaran seakan-akan bunyi ombak menghempas mendahului pasang, mengasah dengan kerasnya sehingga kedengaran seakan-akan orang mencantas tangkai buah jejabai randang. | Kumang Mencari Tarum | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
masap Bj | keadaan luar biasa yang biasa seperti laut bergelora, ribut taufan dan sebagainya. | Apa makna masap itu, pak cik? Lina kebingungan. "Masap, ertinya laut bergelora. Ikan-ikan di dalamnya akan keluar ke permukaan laut untuk menakutkan kita. Angin ribut juga akan bertiup kencang," jelas Pak Cik Hassan bertambah cemas. | Detik-detik dalam Perjalanan | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb hidup di dalam lubang dan di celah-celah yang tidak sesuai bagi bentuk bersayap. (BIO) annotate (catat) Tindakan memasukkan penerangan atau ulasan ke dalam bahagian atur cara yang dapat menjelaskan makna atau tujuan bahagian atur cara tersebut. (KOM) annuli fibrosi (anuli fibrosi) Tisu penghubung pada rangka tengah jantung yang menjadi tempat otot dan injap jantung melekat. Tisu ini mengelilingi foramina atrioventrikel dihadapi. (KOM) deck bridge (jambatan geladak) Jambatan yang lantainya terletak lebih tinggi daripada struktur utama. (KEJ) decode (nyahkod) 1. Tindakan menukarkan data yang terkod kepada bentuk asalnya. 2. Tindakan menentukan makna yang terkandung dalam mesej yang terkod. (KOM) decompression (dekompresi) Pengurangan tekanan pada sesuatu struktur secara beransur-ansur, seperti yang dilakukan terhadap penyelam laut dalam untuk mengelak terjadinya penyakit dekompresi. Penyakit
|
Kamus Thai 2.indb lebih menyukarkan ialah apabila tiada padanan dapat dicari dalam bahasa Melayu bagi sesuatu kata entri bahasa Thai. Dalam hal ini, dua strategi digunakan. Strategi yang pertama ialah dengan memberikan penjelasan makna kata Thai yang berkenaan tanpa memberikan padanan. Strategi yang kedua ialah dengan meminjam terus kata daripada bahasa Thai ke dalam bahasa Melayu seperti contoh di bawah: จรดพระนังคัล [carot pranakan] น
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
makna | [maÖ.na]/[ma/.na] | معنا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ambiguiti | ambiguity | Perihal mempunyai lebih daripada satu bentuk, makna, nilai atau penyelesaian. | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| makna (kata nama) | Bersinonim dengan erti, maksud, pengertian, takrif, definisi, denotasi, konotasi, tafsiran, takbir,
takwil;, | | Kata Terbitan : bermakna, memaknakan, |
|
Puisi |
---|
|
Pagar besi pagar kota, Sampai ke taman bunga; Abang tak reti adik berkata, Abang tak tahu apa makna.
Lihat selanjutnya... |
|