Kata |
Takrif |
Sumber |
khayalan | apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
khayalan | 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayalan | 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayalan | apa-apa yg dikhayalkan; angan-angan; lamunan; fantasi. | Kamus Pelajar |
cipta | angan-angan (khayalan), cita, fikiran, renungan; daya ~ kebolehan fikiran utk mereka sesuatu (karya seni dll); mencipta menerbitkan atau menghasilkan sesuatu dgn daya fikiran atau imaginasi (khayalan): utk dapat ~ cerita yg baik, diperlukan fantasi; guru hendaklah menggalakkan kebolehan ~ di kalangan kanak-kanak; menciptakan 1. mewujudkan (mengadakan, membuat, menjadikan) sesuatu dgn fikiran (kekuatan batin): dunia diciptakan oleh Tuhan dgn kuasanya yg Maha Besar; 2. mewujudkan (melahirkan, membuat, menjadikan) sesuatu yg baru: Karl Marx bercita-cita ~ masyarakat yg sama rata; 3. membuat (menjadikan) sesuatu drpd bahan-bahan yg lain: drpd keledek pula ia ~ hasil-hasil spt sebatian getah yg berharga, kanji, halia tiruan, perekat, dll; 4. menghasilkan karya seni (mengarang sajak, menggubah lagu, dll): hanya dgn bakat sahaja sasterawan tidak dapat ~ novel yg bernilai; kalau mahu mendapat penghargaan, seniman mestilah ~ karya yg mengagumkan manusia; tercipta sudah diciptakan (dibuat, dijadikan), terwujud; ciptaan sesuatu yg diciptakan, hasil kesenian: lagu-lagu ~ seniman agung P.Ramlee;ia tidak mengharapkan siapa-siapa punmembeli atau memuji ~nya yg tergantung di bilik pameran itu; penciptaan perihal (usaha dsb) mencipta(kan); pencipta (orang) yg menciptakan (menjadikan, membuat, mewujudkan): ~ fesyen pakaian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ada | 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan, wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia: ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia sudah meninggal dunia; 6. benar-benar, sungguh-sungguh, sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia ~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya; 7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya? ~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~ (adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki; ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~ saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): A~ saja kau! Ada orang hendak, kau pun hendak juga!; seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada: hidangan ~ sudah sedia; adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak (tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi; adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk; adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan, dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan sesuatu yg diperkatakan dgn huraian, penjelasan dsb yg mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai; adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~ kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya: mereka itu spt adik-beradik ~; ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam berkaki tiga; adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga; berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan; sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya: keluarganya boleh dikatakan ~ juga; berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain; mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukan-bukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan (gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb (membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~, sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah, ~nya orang ini, apa kehendak kau? mengadakan 1. menjadikan ada atau wujud, mewujudkan, menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2. mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~ wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen kebersihan; mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar, membuat-buat, mereka-reka: dia sengaja ~ cerita itu utk mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya; keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan; ~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat): ~ di situ pd waktu malam senyap sunyi; berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anak-anak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung; pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu petang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
imaginatif | 1. mempunyai imaginasi: Baha Zain mengatakan bahawa betapa kreatif dan ~nya seseorang pengarang, ia tidak boleh lari jauh drpd bahasa masyarakatnya; 2. terhasil (tercipta) drpd imaginasi atau daya khayalan, menunjukkan imaginasi atau daya kreatif yg berasaskan khayalan: romantisisme mempunyai ciri kehibaan yg lebih emosional dan ~ serta mementingkan unsur-unsur keindahan dan keseronokan indera; kekuatan seseorang penulis menyampaikan perutusan melalui bahasa yg kreatif dan ~; pembaharuan ~ dlm organisasi sosial. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khayal | 1. = khayalan; 2. leka, sangat asyik (membuat sesuatu): dia kelihatan ~ dlm sebarang usaha yg dilakukannya; mereka sedang ~ memerhatikan orang tua itu menganyam bakul; berkhayal 1. berangan-angan, mengelamun: Karim yg sedang duduk ~ dgn berbagai-bagai kenangan agak terkejut oleh panggilan isterinya; 2. berbuat spt benar-benar berlaku, berangan-angan: budak yg duduk di atas peti itu ~ mengenderai kereta; 3. melihat sesuatu yg sebenarnya tidak ada (tetapi seolaholah wujud hasil drpd angan-angan): pd malam itu ia ~ suatu lembaga datang mendekatinya; 4. leka, sangat asyik (dgn): anak-anak gadis kita akan lekas terpengaruh dan seterusnya ~ dgn tarian gila dan pakaian yg kurang sopan itu; ~-khayal dgn bualan yg sia-sia; mengkhayalkan 1. menggambarkan (membayangkan) dlm angan-angan, menganganangankan, mereka (dlm fikiran): berlanjut-lanjut ia ~ keindahan tempat-tempat yg sudah dikunjunginya tempoh hari; drpd kedip rokok dan kepulan asap, kukhayalkan kota New York yg sibuk itu; 2. menyebabkan khayal (asyik), melekakan: suasana di dlm taman itu sungguh ~; terkhayal 1. terleka, terlalai: sebentar itu ~lah ia lupa akan segala sakit dan pedih yg ditanggungnya itu; 2. dapat dibayangkan oleh fikiran: mereka yg gugur di medan jihad akan mendapat kurniaan yg tidak ~ oleh akal; terkhayalkan dapat dikhayalkan: hal yg ~; khayalan 1. lukisan (gambaran, bayangan) sesuatu dlm fikiran (ketika bermenung dsb), rekaan atau ciptaan (dlm kepala atau oleh daya angan-angan), angan-angan, fantasi, khayal: sejurus mereka terdiam dihanyutkan oleh ~ fikiran masing-masing; segala peristiwa dlm cerita ini dibina drpd ~ semata-mata; 2. sesuatu yg nyata kelihatan oleh (atau pd pandangan seseorang pd hal sebenarnya tidak wujud, ciptaan angan-angan; 3. yg dibayangkan atau dilukiskan dlm angan-angan spt benar-benar ada (berlaku dll), yg direka atau dicipta oleh daya angan-angan, khayal: cerita-cerita ~ dgn peristiwa-peristiwa yg aneh dan tidak mungkin berlaku; kekhayalan keadaan khayal (leka), keasyikan (sewaktu sedang membuat sesuatu); pengkhayalan proses, cara atau perbuatan mengkhayalkan); pengkhayal orang yg berkhayal: ~ sepi ini sudah lama berhajat hendak bermesra dgn gadis itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
angan-angan | 1. ingatan, fikiran; jalan ~ jalan fikiran; sakit ~ tidak betul fikiran; 2. gambaran atau bayangan dlm fikiran (seseorang yg sedang berkhayal), khayalan, fikiran atau ingatan (yg timbul dlm menungan): bunyi kuang di rimba sekonyong-konyong melenyapkan ~ Jusuh; 3. cita-cita: ~nya menjadi doktor; 4. sesuatu (harapan dll) yg tidak mungkin tercapai (berlaku dsb), khayalan: itu bukan ~ tetapi kenyataan; 5. Mn maksud, niat: bukan ~nya hendak memalukan orang tuanya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
paksi simetri | garis khayalan yg terdapat pd rajah geometri yg simetri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
airy-fairy | adj (derog) fanciful, penuh khayalan: an ~ dream, impian yg penuh khayalan; ~ schemes, rancangan yg penuh khayalan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fantasy | n fantasi, khayalan; (mus) fantasi: to live in a world of ~, hidup dlm dunia khayalan; sexual fantasies, fantasi seks. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chimerical | adj (often derog) imaginary, fanciful, merupakan khayalan: ~ ideas, gagasan-gagasan yg merupakan khayalan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
day-dream | n 1. reverie, lamunan, khayalan, angan-angan: to be lost in a ~, tenggelam dlm khayalan; 2. idle, pleasant scheme, angan-angan: his ~ about becoming a millionaire, angan-angannya utk menjadi jutawan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fanciful | adj 1. imaginary, merupakan khayalan: thats only one of her ~ ideas, itu baru salah satu drpd gagasannya yg merupakan khayalan; 2. curiously, imaginatively designed, aneh: ~ drawings, lukisan-lukisan yg aneh; 3. indulging in fantasy, suka /berkhayal, berangan-angan/: a ~ child, kanak-kanak yg suka berkhayal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
chimera | n 1. (mythological monster) cimera; 2. foolish fancy, khayalan: complete happiness is just a ~, kebahagiaan mutlak hanyalah satu khayalan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fancy | n 1. power of creating mental pictures esp in work of art, imaginasi; 2. mental image formed by such power, khayalan, imaginasi: he tried to sort out the fact from the ~ in the story, dia mencuba mengasingkan kenyataan drpd khayalan dlm cerita itu; this was the ~ of a mad man, ini ialah khayalan orang gila; 3. idea not based on reason, imaginasi, khayalan: did I hear the bell or is it only my ~?, adakah loceng berbunyi tadi atau hanya imaginasi saya saja?; 4. whim, ragam; 5. sudden irrational liking, minat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dream | n 1. sequence of images experienced during sleep, mimpi: to wake up from a bad ~, terjaga dr mimpi yg menakutkan; sweet ~s!, mimpi manis!; 2. daydream, khayalan, lamunan; ~ world, alam /khayalan, impian/; 3. state of mind in which one is abstracted, khayalan: he has been going about in a ~ since he fell in love, dia hidup dlm khayalan sejak dia jatuh cinta; 4. (ideal) idaman, impian; (aspiration) impian: the man of her ~s, lelaki idamannya; his ~ was to become a millionaire, impiannya adalah utk menjadi seorang jutawan; the car of your ~s, kereta impianmu; 5. (colloq) so. or st which is very beautiful, enjoyable, wonderful, etc, [various translations]: she was a ~ in white lace, dia spt bidadari dgn pakaian baju renda serba putih; the house was really a ~, rumah itu betul-betul spt mahligai; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cloud-cuckoo-land | n alam /khayalan, fantasi/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
figment | n; a ~ of the imagination, khayalan: Im sure the lady in white that you keep seeing is a ~ of your imagination, saya pasti wanita berpakaian putih yg selalu kamu lihat itu hanyalah khayalanmu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
fancy | fansi | Kesusasteraan | Tiada | Perihal daya persepsi yang melibatkan khayalan. Daya ini berbeza dengan daya imaginasi, dan tarafnya dianggap lebih rendah daripada imaginasi. Sehingga abad ke-19, khayalan dan imaginasi disamakan, tetapi pengkritik romantis seperti Samuel Coleridge dan willian Wordsworth membezakan antara kedua-duanya. Bagi mereka, khayalan itu terbatas sifatnya kerana khayalan terlalu bergantung pada proses asosiasi, sedangkan imaginasi mampu mencipta imejan baharu dan segar melalui proses penyatuan imej. Fansi penting dalam penulisan novel mistik atau cereka fantasi kanak-kanak. Lihat juga imaginasi, imejan. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
ecstasy | keghairahan | Kesusasteraan | Tiada | Keasyikan puitis yang dipenuhi dengan khayalan. Istilah ini amat penting dalam kajian fiksyen fantasi dan ghaib. Arthur Machen dalam Hieroglyphics menyamakan keadaan keasyikan ini dengan seorang pembaca yang dirasuk oleh keasyikan puitis, dan pembaca itu mengalami emosi yang kompleks seperti ketakjuban, kekaguman, dan keinginan kepada sesuatu yang penuh rahsia dan tidak diketahui. Emosi yang dialami ini diasosiasikan dengn realiti yang lebih mendalam dan terpendam. Kesan emosi ini penting untuk menghasilkan karya bercorak fantasi. |
fable | cerita binatang | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Waiz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang. |
illusion | ilusi | Perubatan | Psikiatri | Keadaan yang wujud secara tidak nyata dan hanya suatu khayalan. |
dream allegory | alegori impian | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi citra yang dimunculkan secara khayalan atau ilusi dengan menerapkan aliran kesedaran atau bawah sedar. Citra yang dilahirkan itu tidak dapat dijejaki kebenarannya. Sinonim alegori mimpi. |
fantastic | fantastik | Kesusasteraan | Tiada | Keadaan atau sifat fiksyen yang mencampuradukkan dunia nyata dengan dunia khayalan. Pembaca, pencerita, dan protagonis berasa tercabar untuk membezakan sempadan antara kedua-duanya. Todorov yang menulis buku bertajuk The Fantastic (1973) berpendapat bahawa naratif fantastik melibatkan pembaca yang berada dalam ketidaktentuan, sama ada mereka memilih penerangan ghaib seperti dalam cerita Marvellous atau penerangan psikologikal seperti dalam cerita Uncanny. Kesusasteraan fantastik berkembang maju pada abad ke-19, khususnya melalui cerita-cerita hantu karya Henry James dalam The Turn of the Screw (1898). |
imagination | imaginasi | Kesusasteraan | Tiada | Kebolehan menggambarkan sesuatu dalam fikiran. Imaginasi tidak bersifat kenyataan tetapi dipenuhi khayalan dan angan-angan. Imaginasi mampu membentuk imej atau representasi dalam karya sastera. Bagi para pemikir zaman klasik, imaginasi ialah daya fikir membina yang mampu mengubah pengalaman serta melahirkan intuisi dan wawasan. Sejak 1800, imaginasi dianggap sebagai daya kreatif yang utama dalam pengkaryaan. Coleridge dalam karya berjudul Biographia Literaria (1817) berpendapat bahawa imaginasi ialah suatu daya magis dan daya sintesis yang melahirkan penciptaan baharu dan keaslian dalam penulisan kreatif. Para penyair menganggap bahawa sumbangan utama imaginasi adalah untuk merangsang keupayaan mereka menyelesaikan percanggahan dan kontradiksi. Justeru, daya imaginasi menolong pengarang mencipta naratif atau puisi yang indah dan harmonis daripada pengalaman yang berbeza dan bercanggah. Dalam penciptaan puisi, pengarang lebih mengutamakan kepentingan imaginasi berbanding dengan kepentingan kehendak sedar mereka. Pada dasarnya, para penyair romantis menganggap imaginasi sebagai positif dan menyumbang kepada pengkaryaan seni mereka. Namun, sejak zaman Yunani, ahli pemikir seperti Plato telah meragui kesan imaginasi. Hal ini demikian kerana imaginasi dikaitkan dengan ilusi, kekeliruan, dan penipuan. Menurut Plato, jika tidak dikawal, imaginasi boleh membawa kepada kegilaan. Imaginasi berasal dariapda perkataan Latin imaginatio bermaksuk membentuk sesuatu imej. |
fairy tale | cerita pari-pari | Kesusasteraan | Tiada | Cerita yang bersifat luar biasa, fantasi, dan penuh unsur khayalan. Tema cerita berkisar pada kekuasaan, peperangan, dan penaklukan yang melibatkan hubungan manusia dengan makhluk aneh seperti naga, hobgoblins, gergasi, ahli sihir, dan kuasa magis. Antara tokoh awal yang terkenal dalam pengumpulan cerita pari-pari ialah Grimm Brothers dari Jerman yang menghasilkan Household Tales, dan pengumpulan dilakukan antara tahun 1812-1823. Hasil usaha pengumpulan mereka kini tersebar sebagai bahan sastera kanak-kanak di seluruh dunia. Tokoh atau pengumpul cerita kanak-kanak lain yang tidak kurang pentingnya ialah Hans Christian Andersen dari Denmark. Kumpulan cerita beliau berjudul Fairy Tales pertama kali diterbitkan pada tahun 1835. Salah sebuah cerita yang terkenal ialah kisah Hansen and Gretel. Kini di Barat, cerita pari-pari terus hidup dalam koleksi sastera kanak-kanak yang mengungkapkan fantasi moden. Antara cerita yang terkenal dalam sastera Inggeris ialah Jack and the Beanstalk, Snow Whie and the Seven Dwarfs, Jack the Giant Killer dan Tom Thumb. Pada tahun 1697, Cherles Perrault telah menerbitkan cerita The Sleeping Beuaty, Red Riding Hood dan Cinderella. Dalam konteks yang lebih moden, wujud cerita pari-pari seperti Peter Pan (1904) oleh J.M. Barrie, dan cerita Just So Stories (1902) oleh rudyard Kipling. Tradisi kesusasteraan Arab juga memiliki cerita pari-pari yang terkenal, seperti yang terhimpun dalam Kisah 1001 Malam. Antara Kisah Pelayaran sindbad yang penuh keajaiban dan keluarbiasaan. Sebahagian daripada cerita pari-pari Arab tersebar luas dalam kesusasteraan Melayu seperti yang dapat dilihat dalam kisah Aladin dan Lampu Ajaib. Sastera rakyat Melayu kaya dengan cerita pari-pari, khususnya dalam Hikayat Lipur Lara. Dalam karya seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewan dan Hikayat Inderaputera, terdapat banyak unsur alam kayangan, kesaktian, dan keajaiban yang sangat luar biasa. Contohnya, kewujudan kerajaan di kayangan, puteri dan putera yang boleh terbang, binatang hebat dan senjata sakti. |
zoophilia | zoofilia | Perubatan | Psikiatri | Perasaan ghairah terhadap haiwan sehingga menyebabkan rangsangan seks melalui sentuhan sebenar atau khayalan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
khayal | khayalan hayalan. | kedayan | |
Kamus Parsi.indb khiyāl( لايخ ،ر ّ وصت )taṣavvof, ‘erfān( نافرع ،ف ّ وصت takwa, takut kepada Tuhan pengecut takut masam acar bas udara tasbih ujian takziah dahaga, haus menggalakkan kemalangan membetulkan gambaran, khayalan tasawuf fear, dread coward to fear sour pickle aerotrain rosary test, examination condolence thirsty to encourage accident to correct image mysticism نافرع ،فوصت ىوقت ،ادخ زا سرت Kamus Parsi.indb khīk, mashk( کشم ،کيخ )kheylī, besyār( رايسب ،ىليخ )kheyme, chādor( رداچ ،هميخ ندز رداچ ،ندز هميخ )kheyme zadan, chādor zadan( riang, suka lazat, sedap babi darah timun tukang jahit menjahit khayalan, agakan khianat, curang, belot, derhaka bantuan basah, lembab, berair mesin membuat mentega banyak, ramai khemah berkhemah glad, happy delicious pig blood cucumber tailor to sew imagination treachery relief wet churn
|
Kamus Sains.indb 10 7/8/08 11:45:14 AM 11 yang nilainya berkadaran dengan tenaga terhantar atau terpantul pada sem- padan kedua-dua medium tersebut. (FIZ) acoustic inertance (lengaian akustik) Komponen khayalan impedans akustik yang bersamaan dengan reaktan akus- tik dibahagi dengan 2 π frekuensi. Sinonim acoustic mass. (FIZ) acoustic mass (jisim akustik) Lihat acoustic inertance. (FIZ) acoustic plane wave (gelombang satah gelombangnya lebih kecil daripada objek. (FIZ) acoustic stiffness reactance (reaktans kekakuan akustik) Bahagian reaktans akustik yang dikaitkan dengan tenaga keupayaan sesuatu medium atau sempadannya. (FIZ) acoustic susceptance (rentanan akustik) Bahagian khayalan (X) admitans akustik. Lihat juga acoustic susceptance ratio. (FIZ) acoustic susceptance ratio (nisbah rentanan akustik) Nisbah antara rintangan akustik bagi satu medium dengan medium yang lain. (FIZ) acoustic tile (jubin
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
khayalan | [kha.ya.lan] | خيالن |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
khayalan , agakan | imagination | خيال | khiyāl |
gambaran , khayalan | image | تصوّر،خيال | taṣavvor , khiyāl |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
paksi | axis | Garis lurus khayalan yang melalui pusat objek yang berputar. | Menengah Rendah |
zodiak | zodiac | Garisan melengkung khayalan di langit yang terbahagi kepada 12 bahagian, dan tiap-tiap satunya dinamakan mengikut nama dua belas buruj. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| khayal (kata nama) | 1. Bersinonim dengan angan-angan: bayangan, gambaran, maya, rekaan, fantasi,
2. Bersinonim dengan lelan: syok sendiri, lupa diri,
| Kata Terbitan : berkhayal, terkhayal, khayalan, |
|
|