Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Walau kencang bertiup angin, Kapal berlabuh akan terbalik; Biarlah karam di tengah lautan, Namun tidak berpatah balik.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Merabung kita merabung, Atas rabung dipulak ambuk; Walau harum bunga kecubung, Kalau termakan memberi mabuk.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pauh dalam dulang, Dikirim orang kampung hulu; Walau jauh di negeri orang, Doa restu kirim selalu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hijau dada burung serindit, Kuberi makan jambu mawar; Walau setahun hujan di langit, Air di laut haram tak tawar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Zam-zam telaga Makkah, Tempat orang mengambil haji; Walau beribu orang bergagah, Kami tidak mungkir janji.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bukanlah padi masak berhimpun, Dimasak mari santan kelapa; Walau kumati ditembak Jepun, Kerana adinda tidak mengapa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung nuri terbang melayang, Hinggap mari di celah dahan; Walau nasi sudah terhidang, Tidak disuap masakan makan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil kapak belah ke kundur, Baik terbelah si ibu kaki; Walau setapak saya tak undur, Itu adat anak laki-laki.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Angkut-angkut hinggap di bukit, Membuat sarang di pokok rendang; Walau tertangkup bumi dan langit, Janji tidak saya uraikan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik bukit membakar arang, Habis padi dimakan rusa; Sakit hati dikata orang, Walau sekali kuambil juga.
1
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.



Lihat selanjutnya...