Kata |
Takrif |
Sumber |
meskipun | sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meskipun | sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meski | = meskipun sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biarpun | meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sungguhpun | meskipun, kendati, walaupun: ~ tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalipun | meskipun, sungguhpun, walaupun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahupun | meskipun, walaupun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekalipun | meskipun, walaupun, biarpun, sungguhpun: aku tidak mahu menyalahkan sesiapa, ~ kau; kalau sudah jadi saudagar kelak, walau saudagar kecil ~, tentu aku takkan hina benar lagi di mata orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biarpun | meskipun; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
biarpun | meskipun; walaupun. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
face | b. despite, /meskipun, sungguhpun, walaupun/ menghadapi: he succeeded in the ~ of difficulties, dia berjaya meskipun menghadapi kesukaran; keep a straight ~, menahan /senyum, ketawa/, menyembunyikan rasa geli hati; laugh in sos ~, mentertawakan sso; look so. in the ~, /memandang (ke) muka, menenung, merenung/ sso: since that episode at the club, I just cannot look him in the ~, selepas episod di kelab itu, saya tdk dapat memandang mukanya; lose ~, jatuh air muka, (mendapat) malu; /make, pull/ /a ~, ~s/, membuat muka; meet so. ~ to ~, /bertemu muka, bersemuka/ dgn sso; on the ~, (pd) muka: the shrapnel struck him on the ~, serpihan dr letupan itu terkena mukanya; on the ~ of it, pd /zahirnya, lahirnya/: on the ~ of it, the problem looks easy, pada zahirnya masalah itu kelihatan mudah; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
spite | in ~ of, walaupun, meskipun, sekalipun: in ~ of the doctors advice, he insisted on playing, meskipun dinasihati doktor, dia berkeras hendak bermain; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
under | 21. in spite of, meskipun, biarpun, walaupun: they continued to work hard ~ harsh conditions, mereka terus bekerja keras meskipun dlm keadaan teruk; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
All | for ~ (+ n phr, clause) walaupun, sungguhpun, meskipun: for ~ his wealth he was never happy, walaupun dia kaya, dia tdk pernah bahagia; for ~ that hes a politician, I still think hes sincere, sungguhpun dia ahli politik, saya tetap menganggap dia ikhlas; for ~ that, namun (begitu), /walaupun, sungguhpun, meskipun/ begitu; (fml), /walaupun, sungguhpun, meskipun/ demikian: I know hes quick-tempered, but hes a good manager for ~ that, saya tahu dia lekas marah, namun begitu dia seorang pengurus yg baik; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
notwithstanding | prep /walaupun, meskipun/ (terdapat): ~ the bad weather, the air bombardment continued, walaupun cuaca buruk, pengeboman dr udara diteruskan; he was found guilty ~ the evidence against him, dia didapati bersalah walaupun terdapat bukti sebaliknya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
despite | prep walaupun, sungguhpun, meskipun: ~ his failing health he continued working, dia terus bekerja walaupun dia semakin uzur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
although | conj walaupun, sungguhpun, meskipun: ~ they do not have much in common, they are good friend, walaupun persamaan antara mereka tdk banyak, mereka berkawan baik; Sandra was looking well ~ she had slept little, Sandra kelihatan segar walaupun tidurnya sedikit; he did not open the windows ~ it was sweltering in the room, dia tdk membuka tingkap walaupun bilik itu panas sekali; ~ poor Alias is happy, sungguhpun miskin, Alias gembira. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
albeit | conj walaupun, sungguhpun, sekalipun, meskipun: he showed promise, ~ he failed, dia menunjukkan potensi, walaupun dia gagal. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
face | in (the) ~ of, a. when confronting, ketika menghadapi, bila berhadapan dgn: to show courage in the ~ of danger, menunjukkan keberanian ketika menghadapi bahaya; b. despite, /meskipun, sungguhpun, walaupun/ menghadapi: he succeeded in the ~ of difficulties, dia berjaya meskipun menghadapi kesukaran; keep a straight ~, menahan /senyum, ketawa/, menyembunyikan rasa geli hati; laugh in sos ~, mentertawakan sso; look so. in the ~, /memandang (ke) muka, menenung, merenung/ sso: since that episode at the club, I just cannot look him in the ~, selepas episod di kelab itu, saya tdk dapat memandang mukanya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
with | 18. in spite of, /walaupun, meskipun/... tetapi: ~ all his faults, she still loved him, walaupun keburukannya banyak, dia masih juga mencintainya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
rights of passage | hak laluan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Hak sebuah negara agar kapal perangnya boleh melayari selat antarabangsa, meskipun dengan melalui selat tersebut, kapal perang itu memasuki laut wilayah sebuah negara pantai. Hak ini diiktiraf oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam kes Corfu Channel. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'. |
municipal law | undang-undang munisipal | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Undang-undang yang terdapat dalam sesebuah negeri atau negara, berbeza daripada undang-undang antarabangsa. Meskipun undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal mempunyai konstituensi yang berbeza, ada ketika tertentu prinsip-prinsip daripada kedua-dua cabang undang-undang ini bertembung. Contohnya, apabila suatu prinsip undang-undang antarabangsa dikemukakan untuk mempertahankan diri di mahkamah munisipal. Perlembagaan sesebuah negara menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa boleh dipakai di mahkamah munisipal. Perlembagaan juga menentukan sama ada prinsip undangundang antarabangsa mengatasi undang-undang munisipal ketika pertembungan di antara undang-undang antarabangsa dan undang-undang munisipal. |
quasi steady-state assumption | andaian keadaan kuasimantap | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Andaian dalam sesuatu proses apabila nilai kuantiti tertentu berada dalam keadaan mantap buat seketika sahaja, meskipun proses pada keseluruhannya berubah dengan masa. |
disuse theory | teori tidak diguna | Psikologi | Psikologi Umum | Teori yang mengutamakan amalan atau kegunaan. Mengikut teori ini, perlakuan yang tidak diamalkan akan menjadi lemah atau lenyap meskipun diberikan rangsangan. Sekiranya sesuatu hubungan rangsangan dengan perlakuan tidak diperkukuhkan dalam masa tertentu, lama-kelamaan perlakuan itu berkemungkinan besar tidak akan mengikut rangsangan yang diaplikasikan. Contohnya, dalam teori kognitif, ingatan terhadap sesuatu akan luntur sekiranya jarang atau tidak digunakan. |
altimeter setting | pengesetan altimeter | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Nilai tekanan atmosfera yang digunakan dalam pelarasan subskala altimeter tekanan sehingga dapat menunjukkan ketinggian pesawat udara di awas permukaan rujukan tertentu. Penetapan alti-meter di atas daratan diperoleh daripada pengurangan tekanan stesen berdasarkan atmosfera piawai ICAO. Meskipun demikian pembacaan langsung penunjuk penetapan altimeter makin banyak digunakan. Di atas lautan biasanya digunakan tekanan aras-laut piawai (29.92 inci raksa atau 1013.2 hPa) sebagai penetapan altimeter yang menghasilkan ketinggian tekanan (altitud). |
external environment | persekitaran luaran | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran. |
incremental decision-making | pembuatan keputusan bertambah | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Pengambilan ketetapan ke atas sesuatu perkara atau isu yang dibuat secara berperingkat-peringkat. Tindakan ini dibuat bermula pada tahap yang rendah sedikit demi sedikit ke tahap yang tertinggi sehingga ia selesai. Sekiranya sesuatu keputusan yang dibuat pada satu tahap tertentu menghasilkan kesan yang baik, maka ia akan mempengaruhi pembuatan keputusan di peringkat berikutnya. Pembuatan keputusan seperti ini bermatlamat untuk menghasilkan kerja yang cermat dan berkesan, meskipun ia memakan masa yang lebih lama kerana terpaksa melalui beberapa peringkat sebelum ke peringkat akhir. |
revolution | revolusi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Gerakan besar-besaran yang mengubah sistem politik, ekonomi dan sosial sesebuah masyarakat. Gerakan lazimnya berlaku dari bawah atau digerakkan oleh masyarakat kelas bawahan khususnya golongan tani. Golongan yang tertindas akan melancarkan revolusi bagi mengubah sistem yang begitu mencengkam. Walaupun pernah muncul idea Marx mengenai revolusi proletar yang mungkin meletus, namun idea ini tidak menjadi realiti. Sebaliknya revolusi yang berlaku di dunia hanya bergerak dalam masyarakat tani seperti di China, Cuba, Vietnam dan Cambodia. Revolusi yang menukarkan sistem politik ini boleh berlaku kepada sistem beraja ataupun republik. Meskipun terdapat perbincangan mengenai revolusi daripada golongan atasan seperti yang berlaku di Jerman di bawah Hitler, namun penggunaan istilah revolusi lebih banyak merujuk kepada revolusi dari bawah. Revolusi kemudiannya membentuk satu masyarakat baru yang berbeza dengan struktur lama. |
Weber bureaucracy | birokrasi unggul Weber | Pentadbiran | Pentadbiran Awam | Birokrasi dalam bentuk abstrak yang dihasilkan oleh Max Weber sebagai alat analisis atau panduan kepada membentuk satu birokrasi yang baik. Birokrasi yang bersifat ideal seperti ini tidak wujud dalam alam nyata tetapi dibayangkan keadaannya yang sempurna sebagai bimbingan kepada pejabat sebenar bagi membentuk birokrasi mereka. Ia memberi beberapa ciri yang terlalu rasional seperti kenaikan pangkat berasaskan produktiviti, pegangan kepada hubungan impersonaliti dan menolak faktor personal, kewujudan peraturan kerja secara bertulis, kerja mengikut masa yang tepat, kecekapan yang tinngi dan dengan itu pekerja malas dibuang, amalan pembahagian kerja yang jelas dan sistem hierarki serta autoriti yang terperinci. Meskipun keadaan ini hanya bersifat mental construct dan tidak bersifat nyata ia bagaimanapun baik untuk menjadi panduan kepada satu pengurusan yang cekap dan kemas. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ajak I | sungguhpun, meskipun, walaupun: ~ gejiyen pesenou yen sungguhpun begitu, dia berbisa. | Melanau Mukah | |
Kamus Sains.indb tiub atau bebuli yang diperbuat daripada kuartza. (FIZ) quasi steady-state assumption (andaian keadaan kuasimantap) Andaian dalam sesuatu proses apabila nilai kuantiti tertentu berada dalam ke- adaan mantap buat seketika, meskipun proses pada keseluruhannya berubah mengikut masa. (KEJ) quasichemical approximation (anggaran kuasikimia) Kaedah anggaran yang disarankan oleh Guggenheim bahawa molekul yang mudah dan bersaiz hampir sama tidak seharusnya bercampur secara rawak
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
meskipun | [mes.ki.pun] | مسکيڤون |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata meskipun. |
|
Puisi |
---|
|
Ribu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.
Lihat selanjutnya... |
|