Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Takrif

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil-kecil cili Melaka.

Takrif

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil-kecil cabai rawit.

Takrif

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil-kecil anak harimau).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil-kecil anak harimau.

Takrif

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil cabai rawit, b. Kecil-kecil cili Melaka, c. Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada patah yang tak tempang.

Takrif

Meskipun telah berdamai tetapi masih belum baik juga pada hatinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jauh di mata, dekat di hati.

Takrif

Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan. (Biasa juga; Jauh di mata, di hati jangan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seberat-berat beban, laba jangan ditinggalkan.

Takrif

Meskipun terpaksa mengerjakan sesuatu pekerjaan yang berat namun keuntungan jangan dilepaskan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tua-tua kelapa, makin tua berminyak.

Takrif

Meskipun tua, tetapi baik (lebih enak dan sebagainya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi tersenduk tidak termakan.

Takrif

Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tiada telap oleh asai.

Takrif

Sihat dan kuat meskipun usianya telah lanjut. asai = binatang kecil yang memakan kayu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meskipun.

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.



Lihat selanjutnya...