Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Walau ikan diam di dalam tujuh lautan sekalipun, termasuk ke dalam pukat juga.

Takrif

Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Belut kena ranjau [= getah], b. Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat, c. Sepandai-pandai tupai melompat, sekali gawal [= terjatuh] juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak juga.

Takrif

Bagaimana sekalipun diajar orang, yang biadab kelihatan juga perangainya yang kurang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar, besar istana raja; kecil, kecil pondok sendiri.

Takrif

Walau bagaimanapun senang di rumah besar kepunyaan orang, tidaklah sama dengan kesenangan di rumah sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya.

Takrif

Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang.

Takrif

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar bernasib duri, jika terbuang pun tidak mengapa; jangan bernasib kayu, walau banyak berguna sekalipun.

Takrif

Lebih baik miskin daripada kaya menanggung hutang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang.

Takrif

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Buruk, buruk kayu gaharu, dibakar berbau juga.

Takrif

Orang yang setia itu walau miskin sekalipun namanya tetap disebut orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
walau (kata tugas)
Bersinonim dengan dan sekiranya, dan jika, biar, pun, biarpun, kendati, meski, meskipun.,

Puisi
 

Merabung kita merabung,
     Atas rabung dipulak ambuk;
Walau harum bunga kecubung,
     Kalau termakan memberi mabuk.



Lihat selanjutnya...