Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat pagi, 1. Mana satu penggunaan yang betul? 300 orang umat atau 300 umat? *umat bermaksud orang-orang yang pergi sembahyang di Gereja.
Tuan, penggunaan frasa yang betul ialah 300 umat (perkataan umat sudah membawa maksud orang). Menurut kamus, maksud umat ialah 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia
Lain-lain11.06.2018
mohon semakan sama ada ayat-ayat ini betul atau salah: 1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui proses kurikulum yang termampat, dipecut dan diperkaya agar minda dan pemikiran mereka akan sentiasa tercabar dan membina dari semasa ke semasa 2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial; aktiviti normal kehidupan mereka yang petah menggunakan aplikasi tersebut dalam komputer mahupun peranti mudah alih yang lain 3 Hal ini kerana penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan mengakibatkan kematian jika dijangkiti. 4. Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian.

Ayat yang betul:

1. Bakat dan kecerdasan para pelajar dalam program ini perlu melalui pembelajaran yang padat, pantas dan meluas agar minda dan pemikiran mereka sentiasa terbuka dari semasa ke semasa.

2. Pembangunan kursus dalam talian seperti Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan usaha untuk memberikan pengalaman pembelajaran melalui media sosial kepada pengguna supaya lebih mahir menggunakan aplikasi tersebut dengan komputer mahupun peranti mudah alih yang lain.

3. Hal ini disebabkan penularan wabak koronavirus masih lagi aktif dan boleh mengakibatkan kematian jika dijangkiti.

4. Hal ini membuktikan bahawa pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani dan mendepani cabaran kehidupan seharian walaupun perkembangan era teknologi kini pesat membangun.
Tatabahasa25.11.2021
Kepada Pihak DBP, nama saya saw, saya ingin bertanya soalan seperti yang saya lampirkan dalam pertanyaan ini. Maaf komputer tidak dapat taip perkataan berkenaan. Saya ingin tanya perkataan ini sama dengan "maqasid al-shariah"? atau merupakan istilah agama yang berlainan? Adakah istilah atau perkataan yang saya lempirkan bermauksud: "the attainment of good, welfare, advantage, benefits and warding off evil, injury, loss of the creatures"? Maaf, saya bukan muslim tetapi ingin tahu maksud.
Ya sama. Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan frasa maqasid syariah dengan maksud tujuan yang dikehendaki oleh syarak dalam mensyariatkan suatu hukum untuk kemaslahatan umat manusia.

Secara ringkasnya, dalam agama Islam, lima aspek dalam maqasid syariah adalah memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta mengikut hukum syarak iaitu  peraturan yang telah ditetapkan dalam agama ini. Maqasid syariah adalah untuk menjana kebaikan atau kebahagiaan individu, keluarga, masyarakat dan ummah, serta memelihara sistem, memakmurkan dunia dengan cara membawa kepada kebaikan dan kesempurnaan manusiawi di dunia dan akhirat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.



 
Makna29.09.2023
saya ingin bertanya mengenai penggunaan perkataan "UMAT". adakah ia boleh digunakan untuk agama islam saja atau agama lain pun boleh menggunakan perkataan tersebut?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan umat bermaksud 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi. 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai. 3. segolongan manusia, bangsa. 4. seluruh bangsa manusia, sekalian manusia. Berdasarkan makna yang diberikan perkataan umat tidak  digunakan untuk satu agama sahaja. Makna11.02.2009
terangkan apakah maksud ummah?Ummah merupakan sebutan dalam bahasa Arab. Biasanya kita menyebutkannya sebagai umat yang bermaksud 1. Para pemeluk atau penganut sesuatu agama (biasanya dimaksudkan umat Islam). 2. Seluruh rakyat atau orang banyak. 3. Segolongan manusia atau bangsa.Makna04.10.2002
Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim?Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut:

ukhuwah kata nama
perhubungan sebagai saudara; persaudaraan:

Contoh penggunaan
Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita.
Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia.

ukhuwah Islamiah
persaudaraan dalam Islam;

silaturahim kata nama
1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan:
Contoh penggunaan
Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu.

2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam:
Contoh penggunaan
Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna03.12.2023
1
Tesaurus
 
umat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,

2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,

3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,