| Kata |
Takrif |
Sumber |
| pemeluk | 1 sebesar lingkungan tangan ketika memeluk. 2 orang yg menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pemeluk | 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pemeluk | 1 sebesar lingkungan tangan ketika memeluk. 2 orang yg menganut sesuatu agama: ~agama Islam. | Kamus Pelajar |
| umat | 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penganut | pengikut (ajaran, aliran), pemeluk (agama). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penganut | pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| penganut | pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar |
| kuria | 1. daerah, kampung yg menjadi asal bagi kampung lain, induk kampung; 2. (daerah) persekutuan pemeluk agama Kristian Protestan (di tanah Batak dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| anut | menganut mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganut pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar |
| anut | ; menganut mengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; memeluk (agama): ~ agama Islam. anutan sesuatu yg dianut; pegangan; ikutan. penganutan perihal atau perbuatan menganut: ~ agama ialah salah satu fenomena sosial. penganut pengikut sesuatu ajaran, fahaman dsb; pemeluk (agama): ~ agama Islam yg sudah akil baligh wajib bersembahyang lima waktu sehari semalam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| Kata |
Takrif |
Sumber |
| convert | n person converted, a. (to a particular religion) pemeluk (n), orang yg /memeluk, masuk/ (n); (to Islam) mualaf, pemeluk (n), orang yg /memeluk, masuk/ (n): a ~ to Christianity, pemeluk agama Kristian; new ~s, orang yg baru memeluk agama Islam; b. (to a particular ideology, opinion, etc) orang yg bertukar haluan: a ~ to modern art, seorang yg bertukar haluan kpd seni moden; a ~ to socialism, seorang yg bertukar haluan kpd sosialisme; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
| Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
| baptism | pentansiran | Sejarah | Tiada | 2. Upacara menerima seseorang sebagai pemeluk agama Kristian dengan merenjisnya dengan air atau memasukkannya ke dalam air. |
| baptise | tansir | Sejarah | Tiada | Perbuatan menjadikan seseorang itu sebagai pemeluk agama Kristian dengan merenjisnya dengan air suci atau memasukkannya ke dalam air suci yang diisi dalam bekas sebagai satu upacara keagamaan. |
| baptism | baptisme | Undang-undang | Tiada | 2. Upacara menerima seseorang sebagai pemeluk agama Kristian dengan merenjisnya dengan air atau memasukkannya ke dalam air. |
| Kata |
Sebutan |
Jawi |
| pemeluk | [pe.me.lu/] | ڤملوق |
|
| Puisi |
|---|
|
Besar kayu dua pemeluk, Hendak ditebang berdiri duduk; Kalau tidak panjang penjolok, Mana mendapat bunga yang elok.
Lihat selanjutnya... |
|