Kata |
Takrif |
Sumber |
Islam | agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
orang (umat) Islam | orang (umat) yg beragama Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ummah | umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): Kita hendaklah merapatkan silatulrahim sesama ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ummah | Ar umat (biasanya dimaksudkan umat Islam): sistem dan ideologi sekular mesti terjadi bukan sahaja dlm diri individu tetapi juga di kalangan ~ kerana Islam tidak meng-iktiraf pemisahan kehidupan agama drpd kehidupan sekular. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat manusia | sekalian manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umat | 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad SAW. 2 seluruh rakyat; orang ramai. 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
umat | 1. para pemeluk atau penganut sesuatu agama, pengikut Nabi: ~ Islam terdiri drpd bermacam-macam bangsa dgn berbagai-bagai bahasa; 2. seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai: ~ Asia-Afrika; 3. segolongan manusia, bangsa: ayuhai kaum bangsaku, cubalah kita renungkan keduduk-an ~ kita, Melayu! 4. = ~ manusia seluruh bangsa manusia, sekalian manusia: Nabi bagi segala ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
umat | 3 = ~ manusia sekalian manusia. | Kamus Pelajar |
umat | 2 seluruh rakyat; orang ramai. | Kamus Pelajar |
umat | 1 pengikut Nabi; penganut sesuatu agama: ~ Islam; ~ Muhammad. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
Christendom | n 1. Christian people, umat Kristian; 2. Christian countries, dunia Kristian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Islam | n 1. (religion) agama Islam; 2. Muslims collectively, /umat, orang-orang/ Islam; 3. countries where Islam is the principal religion, negara-negara Islam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
common heritage of mankind | warisan bersama umat manusia | Tiada | warisan bersama umat manusia | Undang-undang |
common heritages of mankind | warisan bersama umat manusia | Tiada | warisan bersama umat manusia | Undang-undang |
religions community | umat agama/komunitas agama | Tiada | komuniti agama | Antropologi |
everyman figure | tokoh umat manusia | sosok/tokoh manusia | sosok/tokoh manusia | Kesusasteraan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
mankind | umat manusia | Geografi | Tiada | Tiada |
common heritage of mankind | warisan bersama umat manusia | Undang-undang | Tiada | Tiada |
| perjanjian keselamatan | Agama Islam | Fiqh | Perjanjian keselamatan dan perdamaian di antara kerajaan umat Islam dengan kafir. |
Prophet | Rasul | Sejarah | Tiada | Pesuruh Allah yang diutuskan untuk menjadi khalifah di bumi membimbing umat manusia ke jalan yang benar. |
anthropocentric world | alam insani | Sejarah | Tiada | Pandangan yang menganggap atau mentafsir bahawa manusia sebagai umat yang penting bagi alam berdasarkan penilaian dan pengalaman manusia itu sendiri. |
satire | satira | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk sastera yang menggabungkan unsur jenaka dengan unsur kritikal. Bentuk sastera ini memaparkan kebodohan, kelemahan atau kepincangan seseorang individu, golongan dan institusi masyarakat, negara, serta seluruh umat manusia. Satira berbeza dengan komedi biasa dari segi fungsinya. Tujuan satira bukan sekadar untuk menghiburkan, tetapi juga untuk memperbaik dan memperbetul keadaan dengan menggunakan senjata cemuhan, kecaman, dan penghakiman moral. Satira boleh dibahagikan kepada dua jenis mengikut gaya atau objek kritikannya. Satira yang mengkritik secara lembut, bergurau dan berhasrat untuk mendidik dikenali sebagai satira horas. Satira yang menyerang dengan kasar, kejam, penuh kemarahan, dan kecaman dikenali sebagai satira juvenalian. Satira boleh berbentuk puisi atau prosa. Contoh satira berbentuk puisi ditemui dalam karya berjudul Don Juan (1824) oleh penyair Inggeris Byron yang memperolok-olokkan kebodohan gelagat masyarakat kontemporarinya. Contoh satira berbentuk prosa ialah Gullivers Travels (1726) oleh Jonathan Swift yang mencemuh keadaan politik di England pada kurun ke-18. |
Islamic Fiqh Academy | Akademi Fikah Islam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Organisasi subsidiari yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk melakukan penyelidikan dan mengeluarkan hukum tentang isu-isu kontemporari berdasarkan prinsip perundangan Islam sebagai panduan umat Islam sedunia. Keputusan yang dibuat oleh akademi ini merupakan satu ijtihad yang melibatkan ulama dan pakar dalam bidang-bidang yang berkaitan dari seluruh dunia, termasuk Malaysia. Contohnya, dalam Persidangan Akademi Fikah Islam ke-4 di Jeddah, Arab Saudi pada 11 Februari 1988, satu fatwa telah dikeluarkan yang menyatakan bahawa diharuskan organ si mati dipindahkan kepada yang hidup apabila kehidupan penerima organ itu bergantung pada penerimaan organ tersebut atau keselamatan fungsi asas dalam diri penerima bergantung pada penerimaan organ tersebut, dengan syarat mendapat keizinan daripada penderma sebelum dia meninggal dunia atau keizinan daripada waris selepas dia meninggal dunia, atau daripada pemimpin masyarakat Islam jika si mati tidak dikenali atau tidak mempunyai waris. |
Islamic States Broadcasting Organisation (ISBO) | Pertubuhan Penyiaran Negara-Negara Islam (ISBO) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi khusus Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menggalakkan kerjasama dalam bidang penyiaran termasuk pertukaran program radio dan televisyen antara pertubuhan penyiaran negara anggota. Institusi ini menjadikan bidang penyiaran sebagai saluran untuk berdakwah dan menggalakkan perpaduan umat Islam. |
charitable waqf | wakaf khairi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan. Wakaf ini terbahagi kepada dua, iaitu wakaf khas dan wakaf am. Wakaf khas ialah wakaf yang manfaatnya telah dikhususkan oleh wakif untuk kegunaan tertentu seperti tanah perkuburan, masjid dan madrasah. Wakaf am pula ialah wakaf yang melibatkan penggunaan umum seperti sebarang aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada umat Islam. |
International Islamic News Agency (IINA) | Agensi Berita Islam Antarabangsa (IINA) | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Agensi khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), bertujuan untuk menggalakkan pertukaran maklumat antara agensi berita dalam kalangan negara anggota dan meningkatkan tahap kemahiran agensi berita berasaskan nilai-nilai Islam. Agensi ini turut berperanan dalam membincangkan isu-isu yang berkaitan umat Islam dan dunia Islam keseluruhannya seperti isu-isu sosial, ekonomi dan budaya, menerbitkan berita tahunan mengenai peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam dunia Islam serta menjadi media sokongan dalam membantu mengukuhkan misi dan visi OIC. Agensi ini ditubuhkan pada tahun 1972 dan beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
umat | umat. | kedayan | |
umat | a ramai [a.ramay] | Melanau Dalat | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
kinoringan Kd | Tuhan pencipta. | Tetagas tidak dipanggil untuk memohon kepada Kinoringan supaya menurunkan hujan bagi menyelamatkan umat manusia. | Dari Dalam Cermin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
umat | [u.mat] | اومت |
|
Tesaurus |
---|
| umat (kata nama,) | Bahasa Asal :Arab | 1. Bersinonim dengan pemeluk: penganut, pengikut, ahli, anak buah,
2. Bersinonim dengan orang ramai: seluruh rakyat, orang banyak, khalayak ramai, umum,
3. Bersinonim dengan segolongan manusia: bangsa, sekumpulan manusia.,
|
|
Puisi |
---|
|
Malam ini malam Jumaat, Pasang lilin depan pintu; Kalaulah kita umat Muhammad, Kena sembahyang lima waktu.
Lihat selanjutnya... |
|