Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ARISTARCHUS

Aristarchus dari Samos ialah ahli astronomi

Yunani yang hidup pada tahun 200-an S.M. Dia

adalah orang pertama yang menyatakan bahawa

bumi berputar mengelilingi matahari. Bagaimana

dia menjustifikasi dakwaan ini tidak diketahui.

Tulisannya tentang perkara ini tidak sampai

kepada kita, tetapi ideanya disebut oleh

Archimedes, ahli matematik Yunani. Dalam karya

Aristarchus yang masih wujud, On the

Magnitudes and Distances of the Sun and the

Moon , dia tidak menyebut apa-apa pun mengenai

teori pergerakan bumi.

UMUM
TERUSAN PANAMA

Terusan Panama ialah jalan air yang dibina

merentas Segenting Panama dan menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini

adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang

paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada

tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan

kapal di antara New York City dengan San

Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370

kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat

perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi

Amerika Selatan suatu jarak yang melebihi 20 900

kilometer.

UMUM
SURAH AL-RUM

Surah al-Rum ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-30 mengikut susunan surah-surah

al-Quran dan mengandungi 60 ayat. Surah

ini bernama al-Rum sebagai satu mukjizat untuk

menunjukkan kebenaran berita dalam al-Quran.

Firman Allah S.W.T. dalam al-Quran yang

bermaksud:

Alif, Lam, Mim. Orang-orang Rom telah

dikalahkan. Di negeri yang dekat sekali dan mereka

sesudah kekalahannya itu akan mengalahkan

lawannya. Dalam masa tidak sampai sepuluh tahun

....

(Surah al-Rum 30:14)

UMUM
PULAU WAKE

Pulau Wake ialah pulau milik Amerika Syarikat di

bahagian tengah barat Lautan Pasifik. Pulau ini

merupakan persimpangan semula jadi bagi kapal

dan kapal terbang yang menyeberangi Lautan

Pasifik. Wake ialah sebuah atol segi tiga yang terdiri

daripada tiga buah pulau kecil karang, iaitu Wake,

Peale dan Wilkes. Pulau-pulau kecil ini meliputi

kawasan darat seluas lebih kurang lapan kilometer

persegi dan mempunyai penduduk lebih kurang

300 orang. Dengan batu karang yang melengkung,

pulau-pulau ini melingkungi sebuah lagun yang

tidak sampai 10 kilometer persegi luasnya. Wake

terletak 3700 kilometer ke sebelah barat Honolulu

dan 3195 kilometer ke sebelah tenggara Tokyo.

Pulau ini tidak mempunyai air tawar, dan tumbuh-

tumbuhannya kebanyakan terdiri daripada pokok-

pokok renek dan belukar.

UMUM
TIKAMAN BAHASA

TIKAMAN BAHASA, buku yang disusun oleh Muhammad Adnan bin Muhammad Arifin. Tikaman Bahasa juga dikenal sebagai Kitab Tikaman Bahasa. Menurut penyusunnya, ia mengandungi segala bidalan, perumpamaan Melayu dan perkataan-perkataan pendeta. Buku ini siap disusun dan dikumpul pada bulan Januari 1933. cetakan pertama diterbitkan pada tahun 1934 oleh al-Matbaah al-Hikmah, Kota Bharu, Kelantan. Cetakan kedua diterbitkan pada tahun 1953 oleh penerbit yang sama dengan beberapa tambahan baru sehingga jumlah bidalannya menjadi 2211 dan 200 perkataan terpilih. Dengan ini, himpunan bidalan yang ada dalam buku ini jauh lebih banyak dan lebih tunas daripada Kitab Kiliran Budi yang disusun oleg W.G. Shellabear dan Munsyi Sulaiman Mohd. Nor pada awal abad ke-20 yang jumlahnya tidak sampai 1500 bidalan. Tikaman Bahasa cetakan pertama 363 halaman tidak termasuk halaman pengenalan. Pada tahun 1992, buku ini dicetak semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam Siri Koleksi Warisan, menggunakan tulisan Rumi dan mengandungi 259 halaman tidak termasuk halaman pengenalan.

BAHASAPenerbitan
RABUN DEKAT

Rabun dekat ialah kecacatan pada penglihatan

yang menyebabkan seseorang dapat melihat

objek yang jauh dengan jelas, tetapi tidak dapat

melihat objek yang dekat dengan jelas. Para

doktor memanggil keadaan ini sebagai hiperopia .

Dalam kebanyakan kes rabun dekat, mata

seseorang itu terlampau pendek dari depan ke

belakang. Akibatnya, sinaran cahaya dari suatu

objek sampai ke retina terlebih dahulu sebelum

sampai ke fokus.

UMUM
SILANG, DIEGO

Silang, Diego (1730?1763) ialah patriot Filipina

yang menjadi wira di kalangan penduduk provinsi

Ilocos di utara Pulau Luzon, Filipina apabila

mengetuai pemberontakan pemerintahan Sepanyol

pada tahun 1762. Pada tahun yang sama, British

menawan Manila daripada Sepanyol. Silang

bersekutu dengan British dan mula mengumpul

penduduk Ilocos untuk mengisytiharkan kebebasan

provinsi Ilocos dari Sepanyol. Komander British

melantik Silang sebagai Gabenor Ilocos dan berjanji

untuk menghantar senjata kepadanya. Tetapi bantuan

British tidak pernah sampai. Silang mempertahankan

wilayah itu daripada pihak Sepanyol selama tiga

bulan. Pada bulan Mei 1763, dia dibunuh oleh

pembunuh upahan Sepanyol. Balu Silang, Gabriela

meneruskan pemberontakan. Tenteranya dikalahkan

dalam pertempuran yang berlaku berhampiran

pekan Vigan. Dia dan 100 orang pengikutnya

dihukum gantung.

UMUM
PERCEVAL, SPENCER

Perceval, Spencer (17621812) ialah satu-

satunya perdana menteri British yang dibunuh

semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812,

ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia

ditembak oleh John Bellingham. Semasa

dibicarakan, Bellingham merayu dengan

mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika

membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah

dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval

menjadi perdana menteri selama tiga tahun

semasa Perang Napoleon.

UMUM
MIKADO

Mikado ialah gelaran Maharaja Jepun pada masa

silam. Istilah ini digunakan juga oleh orang-orang

asing. Istilah ini asalnya ialah perkataan Jepun yang

bermaksud pintu yang disanjungi. Penggunaan

istilah memperlihatkan sanjungan orang Jepun

terhadap pemerintah mereka. Selepas tamadun Cina

sampai ke Jepun pada tahun 500-an M., orang Jepun

mula menggelar maharaja mereka Tenno, yang

bermaksud Maharaja dari Syurga. Maharaja tidak

dipanggil dengan namanya sendiri. Maharaja dan

pemerintahan mereka pada masa kini dikenali

dengan nama yang dipilih khas untuk mereka.

Maharaja Hirohito dikenal dengan nama Tenno

Showa atau Maharaja Showa.

UMUM
ALUR

Alur, laluan air yang mungkin terjadi secara semulajadi atau akibat tindakan manusia. Semasa hujan, air yang sampai ke tanah akan mengalir melalui alur kecil ke tempat yang lebih rendah. Alur kecil ini tidak kekal.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Asam kandis asam geligir,
     Taruh mari di dalam dulang;
Mulutnya manis di luar bibir,
     Manis tidak sampai jua ke tulang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
391

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah basah kehujanan.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah basah kehujanan. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...