Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Karyawan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Majalah ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Berminyak tak licin.

Takrif

Setengah-setengah tidak sampai selesai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai melepaskan batuk di tangga.

Takrif

Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harimau mengaum takkan menangkap.

Takrif

Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hari guruh takkan hujan, b. Harimau bertempek tak [kan] makan orang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hari guruh takkan hujan.

Takrif

Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Harimau bertempek tak [kan] makan orang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Merajukkan air di ruang, hendak karam ditimba juga.

Takrif

Marah yang tidak sampai membahayakan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harimau bertempek tak (kan) makan orang.

Takrif

Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul. (Peribahasa lain yang sama makna: Hari guruh takkan hujan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema.

Takrif

Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul. si tua = harimau; jema = orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Panas tidak sampai ke petang.

Takrif

Sesuatu yang baik tidak akan tetap selamanya. (Bandingkan dengan: Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sayang bunga layu di pohon.

Takrif

Gadis yang tidak bersuami sampai tua.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takkan harimau makan anaknya.

Takrif

Marah bapa kepada anaknya, tidak akan sampai membunuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Asam kandis asam geligir,
     Taruh mari di dalam dulang;
Mulutnya manis di luar bibir,
     Manis tidak sampai jua ke tulang.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
391

Misfortunes never come singly

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah basah kehujanan.

It is said that misfortune never come singly. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah basah kehujanan. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...