Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang membeli kain batik, Sudah habis tidak bertokok; Dari bertunas sudah dipetik, Lama-lama tidak bertokok.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Satu hari tidak ke ladang, Habis kangkung dililit padi; Satu hari tidak kupandang, Habis jantung diremuk hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Lama tuan tidak ke ladang, Habis padi dililit kangkung; Lama tuan tidak dipandang, Rasa putus mahligai jantung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung serindit di sawah padi, Habis pulut dimakan tempua; Tidak sakit atau mati, Lambat laun berjumpa jua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sapu tangan berisi bunga, Itu bernama bunga cempaka; Kalau tidak dengan bencana, Habis kuharu orang di kota.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Malam ini malam Selasa, Digulai itik sama angsa; Jika tidak cukup periksa, Harta habis badan binasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Hassan mudik ke Bentong, Singgah memetik buah putat; Nasib badan tidak beruntung, Ikan digulai habis melompat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Limau padi dibakar tebing, Habis dimakan anak katak; Hati mana tidak runsing, Orang ada saya tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pokok hijau baru berdaun, Habis daunnya dipetik budak; Hujan tidak panas setahun, Cabang dan ranting bertunas jugak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak mengkuang paras mengkuang, Habis ditetak dimakan kambing; Hendak buang tidak terbuang, Sudah mesra darah daging.
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Satu hari tidak ke ladang,
     Habis kangkung dililit padi;
Satu hari tidak kupandang,
     Habis jantung diremuk hati.



Lihat selanjutnya...