Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Tidak berengsot dari bibir.

Takrif

Tidak habis-habis disebut. berengsot = berpindah perlahan-lahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pilin telinga saring-saring.

Takrif

Fikirkan habis-habis sebelum berbuat sesuatu. saring = tidak longgar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air lalu kubangan tohor.

Takrif

Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji. tohor = dangkal, kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).

Takrif

Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis hulubalang bersiak.

Takrif

Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya. siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis tenggang dan (= dengan) kelakar.

Takrif

Tidak berdaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuba habis (= binasa), ikan tak dapat.

Takrif

Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga.

Takrif

Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Habis beralur maka beralu-alu.

Takrif

Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu. beralur = berunding.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.

Takrif

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tidak (kata tugas)
Bersinonim dengan bukan, tiada, tak, enggak, negatif;,
Kata Terbitan : tidak-tidak, setidak-tidaknya, menidakkan,

Puisi
 

Satu hari tidak ke ladang,
     Habis kangkung dililit padi;
Satu hari tidak kupandang,
     Habis jantung diremuk hati.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
592

Once a thief, always a thief

Tanggapan orang, perangai manusia tidak akan berubah. Kalau pernah buat jahat, ia tentu akan mengulanginya.

Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus

Ex-convicts have to face the fact that they are not going to get jobs easily as the public still apply the principle: ''Once a thief, always a thief''.

Bekas banduan harus menerima hakikat bahawa mereka tidak mudah diambil bekerja memandangkan masyarakat masih berpendirian: ''Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus ''.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...