Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
globular proteinSatu protein berbentuk seperti sfera yang kebiasaannya larut dalam cecair akueus. Molekul daripada kumpulan bukan kutub pada protein ini terikat kepada molekul dalaman, sementara molekul daripada kumpulan kutub terikat keluar bagi membenarkan saling tindak dwikutub dengan pelarut. Protein ini dapat bertindak sebagai enzim, pengawal proses biologi, penghantar dan stok asid amino. Contoh utama protein ini ialah hemoglobin dan imunoglobulin.
ligandMolekul, ion atau kumpulan yang terikat pada atom pusat dalam sebatian kelat atau sebatian berkoordinasi. Contohnya, [Co(NH3)6]3+
Cooper pairKeadaan pasangan elektron yang terikat bersama-sama pada suhu rendah dalam bahan superkonduktor. Pasangan ini terbentuk akibat kewujudan daya tarikan kecil antara elektron melalui interaksi elektron-fonon dan menyebabkan aras tenaga pasangan elektron ini mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada tenaga Fermi. Teori kewujudan pasangan ini dikemukakan oleh ahli fizik Leon Cooper yang telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 1972 bersama-sama dengan John Bardeen dan John Shrieffer dalam bidang superkonduktor.
silanolSebatian kimia yang terdiri daripada satu atom silikon terikat kepada satu atau lebih kumpulan hidroksil. Silanol merupakan bahan poros yang formula kimianya ialah SiOH. Dalam proses pemendapan filem tipis nanozarah, contohnya perak, substrat dilapisi dengan silanol terlebih dahulu supaya pelekatan filem menjadi lebih baik.
macromoleculeMolekul besar yang terbentuk hasil daripada gabungan beberapa molekul kecil serta mempunyai beberapa atom yang terikat bersama-sama. Contohnya, bahan polimer, DNA dan lipid.
nascent stateSatu keadaan aktif suatu unsur kimia selepas dibebaskan hasil daripada tindak balas kimia. Unsur akan berada pada keadaan atom untuk beberapa ketika sebelum bertindak balas untuk menghasilkan molekul. Dalam masa tersebut, atom sangat mudah bertindak balas. Contoh nasen hidrogen terdiri daripada atom hidrogen bebas yang tidak terikat seperti molekul hidrogen biasa.
1
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.



Lihat selanjutnya...