Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
salam DBP, saya ingin bertanya tentang "terikat pada / kepada". Berdasarkan kata kerja "tertakluk", "tertakluk pada" digunakan dan bukannya "kepada", kerana "tertakluk" tidak menunjukkan aksi yang nyata. Contohnya: Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut. Jadi, bagaimanakah pula tentang kata kerja "terikat"? contoh: 1. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat pada / kepada suaminya lagi. 2. Perahu itu terikat pada / kepada tepi jeti. Saya juga berasa terkeliru dan ada percanggahan apabila melihat contoh-contoh dalam kamus laman web ini. Mohon tunjuk ajar, terima kasih.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Hal ini tertakluk pada syarat-syarat tersebut.
  2. Balu bererti seorang wanita telah kehilangan suami, maka dia tidak terikat kepada suaminya lagi.
  3. Perahu itu terikat pada tepi jeti.
Tatabahasa21.01.2015
Saya Abdul Rahman, ingin bertanya apakah morfem bebas dan mofem terikat. Terima kasih wassalam.Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
Tatabahasa03.12.2015
Assalamualaikum... Partikel 'lah' bolehkah dikategorikan sebagai morfem terikat?Partikel lah merupakan morfem terikat kerana morfem tersebut hanya wujud bersama-sama morfem lain.Tatabahasa28.03.2013
1. Mengapakah perkataan 'hartawan' dan 'perkahwinan' mengandungi dua morfem, iaitu:{harta}+{wan}, dan {per-...-an}+{kahwin}? Jelaskan. 2. Berapakah bilangan morfem yang terdapat dalam perkataan yang berikut? Nyatakan jenis morfem tersebut. Untuk morfem terikat, nyatakan jenisnya. (a) misalan (b) berterbangan (c) memperjuangkan (d) menterbalikkan; dan (e) kemeriahan1. Dalam buku Tatabahasa Dewan, morfem dibahagikan kepada dua iaitu bebas dan terikat. Harta dan kahwin ialah morfem bebas dan hartawan serta perkahwinan ialah morfem terikat. Morfem terikat mengandungi dua morfem. Terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas dan boleh menerima awalan, akhiran dan apitan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 43, 44 535, 596 dan lain-lain.
2. Misalan, berterbangan, memperjuangkan, menterbalikkan dan kemeriahan ialah contoh morfem terikat dan terdiri daripada dua morfem.
Tatabahasa27.09.2012
Tuan/Puan: Apakah jumlah morfem bebas dan merfem terikat bagi perkataan: pemerkasaan, bermaharajalela, mengetengahkan, ketidakbertanggungjawaban Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan perkasa, tengah,tanggungjawab dan tidak ialah morfem bebas, tetapi imbuhan per-... -an, menge-....-kan dan ke-...  -an merupakan morfem terikat.Tatabahasa05.10.2013
Kumpulan perkataan manakah yang terbina daripada gabungan morfem bebas dan morfem terikat? A tempurung, kayu, kampung B cantik, gelanggang, maharaja C jurutera, berdampingan, contohi D juruterbang, kelupas, dijaringkan Pohon beri alasan untuk setiap pilihan jawapan. Terima kasih.

Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya, morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Sebagai contoh, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan -an dalam lautan ialah morfem terikat, oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.

Berdasarkan takrifan tersebut, A dan B merupakan morfem bebas manakala C dan D gabungan morfem bebas dan morfem terikat.
Tatabahasa17.10.2013
Apakah perbezaan klausa bebas dan klausa terikat? Berikan contohnya.TQVM

Klausa bebas ialah klausa yang dapat berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa terikat/klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri. Dalam ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas, klausa bebas disebut klausa utama - Kamu pandai, manakala klausa tak bebas disebut klausa kecil - kerana kamu rajin belajar.

Tatabahasa20.05.2011
Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu. A Sekalung rantai B Seurat rantai C Serawan rantai D utas rantai munsyi, apakah jawaban lebih tepat? TQJawapan yang betul ialah: Seutas rantai terikat pada leher anjing yang garang itu.Tatabahasa25.03.2012
1. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" tanya Puan Ainon kepada Amira. Bukankah kata dasar "tanya" itu kata dasar terikat yang tidak mempunyai maksud? Oleh itu, kata "tanya" tidak boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana taraf terikat kata itu. "Tanya" patut diterbitkan menjadi "bertanya" yang mempunyai maksud dan, oleh itu, bersifat bebas dalam ayat. Pada pandangan saya, ayat yang tepat: 2. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" Puan Ainon bertanya kepada Amira. atau 3. "Kenapa awak tak terbitkan buku lagi?" bertanya Puan Ainon kepada Amira. (ayat songsang) Apakah pandangan tuan?

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kata dasar “tanya” lebih tepat dari segi tatabahasa. Sekiranya penulis ingin menggunakan kata terbitan “bertanya”, perkataan tersebut perlu menggunakan akhiran -kan serta diikuti kata penyambut, contohnya “bertanyakan soalan” kerana setiap kata kerja transitif memerlukan penyambut. Untuk makluman lanjut berkaitan penggunaan tatabahasa yang tepat dan betul, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa19.06.2020
Bagaimanakah nak kelaskan morfem bebas dengan morfem terikat. Adakah apitan dikira 1 @ 2 morfem? Umpamaya perkataan ,'berperikemanusiaan' dikira sebanyak 4 morfem, adakah apitan 'ke...an' dianggap 1?Morfem ialah satuan terkecil dalam bahasa yang mempunyai erti atau fungsi ter­tentu, seperti perkataan perumahan terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan rumah dan dua morfem terikat iaitu pe(r)- dan -an. Bagi perkataan berperikemanusiaan, terdapat lima morfem , iaitu ber- + peri + ke- + manusia + -an; dua morfem bebas, iaitu peri dan manusia serta tiga morfem terikat, iaitu ber-, ke- dan -an.Tatabahasa20.05.2011
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.



Lihat selanjutnya...