Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah perbezaan antara penggunaan frasa 'terhad kepada' dan 'terhad pada'? Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan muka surat 275, ayat 258, "Ketika darurat, pergerakan mereka terhad pada kawasan itu sahaja." Manakala menggunakan Carian Umum PRPM, carian "terhad pada terhad kepada", melalui lajur "Juga ditemukan dalam", domain khidmat nasihat, terdapat pertanyaan Tatabahasa 28.02.2012 yang menunjukkan bahawa ayat "Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran." adalah betul. Hal ini bermaksud "terhad kepada" digunakan juga. Bolehkah 'pada' ditukar ganti menjadi 'kepada' dalam konteks penggunaan ini ataupun sebaliknya? Terdapatkah perbezaan antara kedua penggunaan ini? Terima kasih!Perbezaan penggunaa kata sendi nama "kepada" dan pada ialah, kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad manakala kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Tatabahasa17.01.2022
Saya ingin bertanyakan tentang terjemahan yang betul dari segi bahasa untuk "New Limited Edition". Adakah ia: "Baru Edisi Terhad" atau "Edisi Terhad Baru"Terjemahan yang betul ialah Edisi Terhad Baharu.Penyemakan dan penterjemahan18.12.2016
Salam sejahtera. Pertandingan ini terhad kepada 50 orang terawal sahaja. Bolehkah perkataan terhad dalam ayat ini digantikan dengan perkataan terlimit dan menjadi Pertandingan ini terlimit kepada 50 orang terawal sahaja. Terima kasih.Perkataan "terhad" boleh digantikan dengan perkataan "terlimit" dalam ayat tersebut dan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun perkataan "terhad" lebih luas digunakan. manakala perkataan  "terlimit" jarang digunakan.   Tatabahasa05.08.2019
Ini ayat contoh: Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya "tidak terhad kepada" perkataan ya atau tidak/bukan. Soalan: Adakah penggunaan frasa tidak terhad kepada" dalam ayat ini tepat/gramatis?Penggunaan frasa 'tidak terhad kepada' adalah laras yang sesuai dalam konteks ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk penjelasan lanjut. Rujuk halaman 447 - 488.Tatabahasa30.10.2009
Salam, saya ingin bertanya..Adakah perlu ditambah perkataan 'sahaja' dalam ayat ini? Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat. Ataupun jika dimasukkan 'sahaja', ayat tersebut akan menjadi 'Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab peminat sahaja'.. Yang manakah betul? Terima kasihAyat "Jersi pasukan itu terhad untuk ahli kelab perminat" ialah ayat yang gramatis. Tidak perlu diakhiri dengan perkataan sahaja dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.03.2013
Saya ingin mencadangkan terjemahan istilah. Caretaker Government = Kerajaan Pemangku. Interim Government = Kerajaan Sementara. Ini kerana wujud perbezaan antara dua istilah ini. Caretaker memiliki kuasa yg terhad sementara interim pula memiliki kuasa penuh tetapi tempoh masa yang terhad.

Untuk makluman puan, ahli jawatankuasa istilah semasa Dewan Bahasa dan Pustaka telah bersetuju dengan istilah caretaker government sebagai kerajaan sementara. Terima kasih atas cadangan tersebut, kami ambil maklum cadangan puan untuk dibincangkan semula kepada pihak yang berkenaan.

Penyemakan dan penterjemahan19.08.2021
NOTA: Peralatan di taman ini adalah terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun kebawah sahaja. Segala risiko di atas penggunaan peralatan disini adalah tanggungjawab pengguna. Ingatan mesra dari YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG 1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI ADALAH MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG- UNDANG. 3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI. 4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN-ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI. ADUAN KEROSAKAN SILA HUBUNGI: BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TEL NO: 03-87782000NOTA:
Peralatan di taman ini terhad kepada kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah sahaja. Segala risiko menggunakan peralatan di sini ialah tanggungjawab pengguna.
Ingatan mesra daripada YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEPANG

1. TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK ADALAH DI BAWAH UNDANG-UNDANG KECIL MAJLIS PERBANDARAN SEPANG. 2. MEROSAKKAN HARTA BENDA DI TAMAN PERMAINAN INI MERUPAKAN SATU PERBUATAN YANG TIDAK BERETIKA DAN BOLEH DIKENAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG.
3. IBU BAPA ATAU PENJAGA PERLU SENTIASA MENGAWASI ANAK-ANAK MEREKA SEMASA BERADA DI TAMAN PERMAINAN INI.
4. PIHAK MAJLIS PERBANDARAN SEPANG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEMALANGAN ATAU KECEDERAAN YANG BERLAKU SEMASA MENGGUNAKAN ALATAN DI TAMAN PERMAINAN INI.
ADUAN KEROSAKAN, SILA HUBUNGI:
BAHAGIAN LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN SEPANG
NO. TEL.: 03-87782000
Tatabahasa22.11.2013
Mengapakah perkongsian tiada liabiliti yang terhadSoalan saudari di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa (KNB). KNB menangani soalan berkaitan bahasa termasuklah ejaan, istilah, laras dan tatabahasa. Sila rujuk buku Prinsip Perakaunan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan soalan saudari.Lain-lain21.11.2021
Assalamualaikum tuan/puan yang budiman, Mohon pencerahan daripada tuan/puan yang lebih arif, antara berikut, pengunaan kata sendi (pada/kepada) manakah yang betul dalam ayat di bawah. a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad pada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. b) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. Pertolongan dan tunjuk ajar daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih. Semoga tuan/puan mendapat ganjaran pahala daripada yang Maha Esa:)Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad. Contohnya: 1. Ali mengirim surat kepada abang. 2. Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. 3. Pastikan anak-anak anda tidak terdedah kepada bahaya dadah. Kata sendi nama kepada boleh juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk institusi yang ada kaitan dengan manusia. Contoh: Surat itu dihantar kepada Kementerian Kewangan. Kata sendi nama kepada juga digunakan untuk menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Contohnya: 1. Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Keadaan ekonomi berubah kepada tahap yang lebih baik. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu. Contoh: 1. Bas kami bertolak pada pukul tujuh pagi. 2. wang itu ada pada ibu. 3. Pemberitahuan itu ditampal pada papan kenyataan. Oleh itu ayat yang betul ialah:
a) Namun, kerugian yang ditanggung oleh orang kaya hanya terhad kepada jumlah wang yang mereka laburkan pada satu-satu pelayaran. 
Tatabahasa28.02.2012
SAYA BERHASRAT UNTUK MEMBUAT PENULISAN DAN PENERBITAN BUKU SECARA TERHAD BERKAITAN TOPIK TEKNIK OPERASI BERDASARKAN PERKONGSIAN KEJAYAAN KES-KES TERTENTU YANG TELAH DILAKSANAKAN SERTA COPYRIGHT BAGI TEKNIK YANG TELAH DIGUNAKAN. MOHON BANTUAN KHIDMAT NASIHAT DAN BANTUAN DI DALAM PERKARA INI SERTA BERSEDIA UNTUK MENGADAKAN PERBINCANGAN LANJUT DENGAN PIHAK TUAN YANG BERKENAAN.Salam sejahtera,

PENGHANTARAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Penghantaran manuskrip dialamatkan kepada:

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

No. Tel.: 03-21479533 (Pembantu Setiausaha Pejabat) (Uswatun)

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  • Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  • Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Manuskrip juga bolehlah die-melkan kepada Pengarah Jabatan Penerbitan melalui: razali3@dbp.gov.my, uswatun@dbp.gov.my

 

Lain-lain01.12.2021
Tesaurus
 
had (kata nama)
Bersinonim dengan batas, takat, sempadan, perenggan, hingga, enggat, senggat;,
Kata Terbitan : berhad, mengehadkan, terhad, pengehadan,