Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MOMEN

Momen dalam ilmu fizik, ialah hasil yang didapati

apabila kuantiti didarab dengan jarak tertentu dari

tengah-tengah atau paksi. Contohnya, momen

inersia yang juga dikenali sebagai tork. Jika

seseorang yang beratnya 100 kilogram, duduk tiga

meter jaraknya dari tengah-tengah jongkang-jongkit,

maka tork ialah 300 kilogram meter.

Jurutera menggunakan momen daya untuk

menentukan tekanan pada jambatan, bangunan,

dan struktur lain seperti pesawat udara dan kereta.

UMUM
PARAGUAY

Paraguay ialah negara di tengah-tengah daratan

yang terletak tidak jauh dari bahagian tengah

Amerika Selatan, yang dikelilingi oleh tiga buah

negara, iaitu Argentina, Bolivia dan Brazil. Sungai

Paraguay mengalir melalui Paraguay dari utara ke

selatan dan membahagikan negara tersebut

kepada dua wilayah bumi yang sangat berbeza. Di

sebelah barat sungai ini ialah Chaco, sebuah

kawasan rata yang tidak ramai penduduknya dan

terdiri daripada rumput kasar, hutan semak samun,

dan rawang masin. Paraguay Timur sebaliknya

mempunyai bukit-bukau yang beralun, tanah yang

subur dan hutan tebal.

UMUM
AVEBURY

Avebury, sebuah kampung di tengah-tengah

Wiltshire, terkenal sebagai tapak beberapa struktur

prasejarah paling lama di England. Kampung ini

terletak di Sungai Kennet, 11 kilometer ke barat

Marlborough. Di sana tersergam sebuah bulatan

tanah besar yang membentuk sebahagian daripada

kubu Zaman Besi. Avebury mempunyai batu-batan

dalam bentuk bulatan kira-kira 305 meter lebar.

Kebanyakan batunya kira-kira dua meter tinggi,

tetapi ada yang setinggi enam meter. Bukit Silbury

yang terletak berhampiran adalah tumulus (anak

bukit tiruan) yang terbesar di Eropah.

UMUM
ATRIUM

Atrium ialah bilik tengah dalam rumah orang

Rom awal. Dalam atrium terletak perdiangan

yang digunakan untuk memasak, tidur dan

berhibur. Satu lubang di tengah-tengah

bumbung membolehkan asap keluar. Apabila

reka bentuk rumah orang Rom meningkat maju,

dapur dan perdiangan dipindahkan ke ruang

lain. Atrium kekal sebagai ruang tamu rasmi dan

pusat kegiatan keluarga. Air hujan yang masuk

melalui lubang di tengah-tengah bumbung

ditadah dalam besen marmar yang dikenali

sebagai impluvium. A trium orang Rom yang

tipikal dan terkemudian dihiasi dengan mewah.

Lihat Rom Purba (gambar: rumah orang Rom).

UMUM
ALAMO

Alamo merupakan struktur bersejarah yang

terletak di tengah-tengah San Antonio, Texas,

Amerika Syarikat. Suatu pertempuran yang terkenal

 berlaku di sini pada bulan Mac 1836, semasa

Perang Kemerdekaan Texas.

UMUM
THE MIDLANDS

The Midlands ialah wilayah geografi yang

terletak di tengah-tengah England. Istilah ini

biasanya digunakan untuk kaunti-kaunti

Leicestershire, Northamptonshire, Warwickshire,

Derbyshire, Staffordshire, dan Nottinghamshire.

The Midlands merangkumi dua kawasan batu

arang yang penting, iaitu Staffordshire dan

kawasan di sekeliling Stoke-on-Trent yang dikenali

sebagai Potteries . Kawasan ini ialah kawasan

pembuatan tembikar dan porselin yang paling

penting di dunia. Kawasan perindustrian yang

dikenal sebagai Black Country terletak di selatan

Staffordshire. Bandar utama di Midlands ialah

Birmingham, yang juga bandar kedua terbesar di

United Kingdom.

UMUM
ZAIRE

Zaire ialah sebuah negara yang besar terletak

di tengah-tengah benua Afrika. Satu kawasan

yang sempit di Zaire bersempadan dengan

Lautan Atlantik.

UMUM
SVALBARD

Svalbard ialah gugusan pulau di Lautan Artik

yang terletak di tengah-tengah perjalanan di antara

Norway dan Kutub Utara. Pulau-pulau ini

kepunyaan Norway dan Svalbard ialah namanya

dalam bahasa Norway. Kadangkala ia dikenali

dengan nama Jermannya, iaitu Spitsbergen.

Svalbard mempunyai lima pulau besar dan banyak

pulau kecil. Pulau-pulau utama dari segi saiz, ialah

Spitsbergen, North East Land, Pulau Edge, Pulau

Barents, dan Prince Charles Foreland. Luas

Svalbard ialah 62 050 kilometer persegi. Jaraknya

dari Kutub Utara ialah 1100 kilometer. (Lihat Lautan

Artik [peta]; Norway [peta]).

UMUM
ANDHRA PRADESH

Andhra Pradesh ialah negeri besar di tenggara

India. Kedudukannya di tengah-tengah

semenanjung India, dalam lingkungan kawasan

tropika.

UMUM
DIAMETER

Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis

lurus segmen yang merentas di tengah-tengah

bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah

pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk

garisan segmen.

UMUM
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.



Lihat selanjutnya...