Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.

Takrif

Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit, b. Gajah berjuang sama gajah, pelanduk [= kancil] mati di tengah-tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah.

Takrif

Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah. (Peribahasa lain yang sama makna: Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit). (Bandingkan dengan: Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.

Takrif

Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama orang memelihara dirinya dalam sarang lebah.

Takrif

Mempertahankan diri di tengah-tengah musuh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim.

Takrif

Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya. alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tengah makan putus suap.

Takrif

Baru hendak merasa senang, tiba-tiba datang pula kesusahan lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunga tengah kembang di taman, baunya merebak ke mana-mana.

Takrif

Kecantikan seorang gadis yang telah gah ke mana-mana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersuluh tengah hari.

Takrif

Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh.

Takrif

Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
526

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...