Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ke sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buat budak tengah rumah, Tepung gomak tengah perahu; Tuan main satu rumah, Orang di luar habis tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tengah mengatih bertenun jangan, Kalau bertenun secara kembang; Kalau berkasih bersenyum jangan, Kalau bersenyum ketawa dek orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tengah malam lancong ke hujung, Pungguk merindu bulan purnama; Sekadar diri sedarkan untung, Rebah ke bantal menyebut nama.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tengah hari sama ke hulu, Penat kaki tidak terkira; Resah hati siapa tahu, Rindu dipendam dalam ketawa.
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
526

It's six of one and half a dozen of the other

Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang.

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh

My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty.

Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti lima belas dengan tengah dua puluh

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...