Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Pucuk pauh batangnya pauh, Tengah-tengah pokok mengkudu; Tuan jauh adik pun jauh, Sama-sama menahan rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kanan jalan kiri pun jalan, Tengah-tengah pokok mengkudu; Pesan jangan berkirim jangan, Sama-sama menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Di sini bukit di sana bukit, Tengah-tengah pohon berduri, Di sini sakit di sana sakit, Ke mana tempat kubawa diri.Pantun Melayu SarawakNasib
Ke sana gunung di sini gunung, Tengah-tengah pohon melati; Ke sana bingung di sini bingung, Siapa dikenang di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ke sana bukit sayang, ke sini bukit, Tengah-tengah berduri sayang, pokok berduri; Ke sana sakit sayang, ke sini sakit, Ke mana tempat diri, kubawa diri.Pantun Melayu SarawakBergendang
Burung serindit tidur tergantung, Tergantung mari di alang tengah; Tabiklah datuk empunya kampung, Kami bermain di tengah-tengah.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Tengah hari mengambil kerang, Kerang penuh sebakul rotan; Tanah ada diduduk orang, Sayangku tinggal di tanaj setinggan.Pantun Melayu SarawakNasib
Tengah hari panas terik, Mari kita pergi berburu; Adik sungguh budak baik, Taat mendengar ajaran guru.Pantun Melayu SarawakUmum
Tengah hari berburu gajah, Penat berburu bikin pelubang; Patah hati kelulah lidah, Melihat guru bermain sumbang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Puisi
 

Kiri berangan kanan pun berangan,
     Tengah-tengah pohon mengkudu;
Kirim jangan pesan pun jangan,
     Sama-sama menanggung rindu.



Lihat selanjutnya...