Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara di tengah dan di tengah-tengah? | Di tengah, atau frasa yang gramatis ialah ke tengah menunjukkan arah seperti menuju ke tengah, manakala frasa di tengah-tengah menunjukkan kedudukan seperti bahagian yang di tengah-tengah. | Tatabahasa | 17.12.2012 |
1. Perkataan Quran jika di tengah-tengah ayat dieja dengan huruf besar atau kecil? 2. Masa bila perlu guna perkataan Quran dan al-Quran di tengah-tengah ayat?Apakah kedua-duanya tepat digunakan. | Ejaan yang betul dalam ayat ialah al-Quran iaitu huruf besar di tengah, manakala Quran (adalah bahasa percakapan). Perkataan Arab "al-" diterima sebagai kata nama khas dieja dengan tanda sempang dan diikuti dengan huruf besar selepasnya, seperti al-Quran, al-Attas, al-Kitab dan al-Wali. Oleh itu, ejaan yang betul ialah al-Quran, al-Jazari. Boleh digunakan sama ada di tengah-tengah ayat iaitu al-Quran, manakala di awal ayat ialah Al-Quran | Ejaan | 10.06.2017 |
Adakah huruf s pada ayat syarikat ABC Sdn Bhd dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. Adakah huruf k pada ayat kilang ABC Sdn Bhd dieja menggunakan huruf besar? Perkataan ini digunakan di tengah-tengah ayat. | Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 96 kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar walaupun kedudukannya di tengah-tengah ayat, manakala kata nama am ditulis dengan huruf kecil. Perkataan “syarikat” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “s” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Syarikat ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “S” ditulis dengan huruf besar. Begitu juga dengan kilang ABC Sdn. Bhd. Perkataan “kilang” ialah kata nama am. Oleh itu, huruf “k” ditulis dengan huruf kecil. Namun sekiranya nama perniagaan/organisasi itu ialah “Kilang ABC Sdn. Bhd.” yang merujuk kepada kata nama khas, huruf “K” ditulis dengan huruf besar.
| Tatabahasa | 02.02.2024 |
Tuan yang saya hormati, salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa contoh yang akan saya berikan ini, frasa-frasanya terdapat di TENGAH-TENGAH ayat. Tetapi saya tidak faham, mengapakah apabila frasa terdapat di tengah-tengah ayat, huruf "S" dalam perkataan"Sungai Tigris" dan huruf "T" dalam perkataan "Tamadun Mesopotamia" hendaklah meletakkan huruf besar sedangkan huruf "n" dalam perkataan "negara Malaysia" dan "negara Pahang" dan huruf "p" dalam perkataan "program kecemerlangan pelajar" serta huruf "h" dalam perkataan "hospital pakar Malaysia" ialah huruf kecil? Sekian sahaja pertanyaan saya. Saya mengaku bahawa saya memang berminat dalam pengkajian tatabahasa. :) | Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama sungai, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa di tengah-tengah ayat yang diberikan, maka penggunaan yang betul ialah, Sungai Tigris dan Tamadun Mesopotamia. Manakala selebihnya negara Malaysia, negeri Pahang, hospital pakar Malaysia dan program kecemerlangan pelajar. Bagi pihak DBP, saya menyarankan peminat dan pengkaji tatabahasa seperti tuan wajib memiliki dan memahami Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 30.04.2014 |
definasi 'sekuriti', definasi 'keselamatan', definasi 'pusat' dan definasi 'membeli' yang lengkap | sekuriti bermaksud 1. sijil saham,bon dsb. bagi membolehkan pemegangnya berhak mendapat bayaran faedah dan dividen 2. keselamatan bermaksud perihal selamat,kesejahteraan, keamanan 3. pusat bermaksud 1. lekuk di tengah-tengah perut2. titik di tengah-tengah sekali3.kawasan yang terletak di tengah-tengah benar 4. membeli bermaksud memperoleh barang dengan membayar. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 16.07.2008 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan kata larangan 'jangan'. Bolehkah kata ini digunakan di tengah-tengah ayat? Contohnya: Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha. Sekian, terima kasih. | Salam, Kata "jangan" boleh digunakan di tengah-tengah ayat seperti contoh ayat yang diberikan, "Untuk menjadi usahawan berjaya, perkara yang paling penting ialah jangan malas berusaha". | Tatabahasa | 19.08.2015 |
merujuk kepada frasa "Yang Maha Berkuasa" mengapakah "Yang" berhuruf besar? Adakah "Yang" bagi "Yang Maha Berkuasa" yang terletak di tengah-tengah ayat juga berhuruf besar? | Frasa Yang Maha Berkuasa hanya digunakan bagi merujuk Allah SWT sahaja. Oleh itu, huruf pertama frasa tersebut mesti ditulis dalam huruf besar meskipun berada di tengah-tengah ayat. | Tatabahasa | 07.12.2007 |
penggunaan bagaimana di tengah-tengah dibolehkan ke? | Menurut data kami, perkataan bagaimana tidak boleh digunakan di bahagian tengah kerana perkataan tersebut merupakan kata tanya. | Lain-lain | 05.12.2018 |
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih | 1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya. 2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana. 3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim. 4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek". | Tatabahasa | 27.05.2022 |
Selamat pagi, bolehkah saya tanya tentang perbezaan justeru dan justeru itu? Adakah perkataan justeru boleh digunakan pada permulaan ayat atau hanya di tengah-tengah ayat? | Makna justeru ialah malahan, bahkan, kebetulan. Oleh itu memadai dengan justeru, bukan justeru itu. Justeru boleh digunakan dipermulaan ayat atau di tengah-tengah ayat mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
|
Tesaurus |
---|
| tengah (kata tugas) | Bersinonim dengan sedang, masih, pada waktu itu, pada ketika itu, dalam pada itu;, | | Kata Terbitan : di tengah, mengetengahkan, setengah, sesetengah, setengah-setengah, menengah, pertengahan, penengah, |
|
Puisi |
---|
|
Kiri berangan kanan pun berangan, Tengah-tengah pohon mengkudu; Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu.
Lihat selanjutnya... |
|