Pantun |
Sumber |
Tema |
Galah terpacak di tengah laman, Laman tempat orang berjudi; Bukan tak hendak mencari teman, Belum dapat teman sejati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun membawa teman, Nampaknya senang wajah berseri; Adik sepantun bunga di taman, Banyaklah kumbang datang menyeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Aduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tabiat Melayu suka memberi, Dengan sahabat ataupun teman; Sepakat Melayu sama sehati, Beban berat menjadi ringan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baiklah baik berjalan-jalan, Kalau takut bawalah teman; Alangkah merpati berpasang-pasangan, Mengapa orang tidak berkawan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Pada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Beringin tumbuh di luar pagar, Kompang dipalu bersama teman; Angin lalu udara segar, Tumpang teduh indahnya taman. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Jika adik masak serunding, Bolehlah dijamu kakak Zaharah; Jika cerdik teman berunding, Jika bodoh disuruh arah. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Rumah apa di hujung tanjung, Rumah Pak Jenal tukang perahu; Teman siapa berbaju gadung, Rasa kenal nama tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kutanam selasih di tepi halaman, Pandan berduri pandan mengkuang; Kutinggal kekasih kutinggal teman, Ke medan ilmu aku berjuang. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
Tesaurus |
---|
| teman (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kawan: sahabat, rakan, taulan, handai, konco, kenalan, sekutu, komrad, bandu, saki, kanti, nyapang, ratik, sobat, alif, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan jodoh: kawan, judu, pelengkap, pasangan, regu, sandingan, setelan,
| Kata Terbitan : berteman, bertemankan, menemani, peneman, |
|
Puisi |
---|
|
Aduilah adui meniti batang, Si teman bujang dicari juga; Berapa jauh dia datang? Kalau jadi dari semula.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 567 Sweep your own doorstep clean Tidak usahlah mengkritik orang lain jika diri sendiri pun tidak betul. Udang hendak mengatai ikan ''You have no right to accuse her wasting her husband's money when you yourself squandered away your late father's fortune on your boyfriend. Sweep your own doorstep clean first,'' I said ''Tak payahlah awak hendak menuduhnya membazirkan wang ringgit suaminya sedangkan awak sendiri memboroskan harta arwah bapa awak untuk teman lelaki awak. Udang hendak mengatai ikan ,'' kataku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|