Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TEBING DOGGER

Tebing Dogger ialah sebuah tebing pasir yang

luas di luar pantai Laut Utara kira-kira 160 kilometer

di pantai timur laut England. Air di permukaan

beting ini adalah antara 15 hingga 37 meter dalam.

Kawasan ini merupakan tempat ikan kod dan ikan

hering mencari makan. Semasa Perang Dunia I,

pada tahun 1915, tidak jauh dari tebing Dogger ini

berlaku pertarungan antara Angkatan Laut Diraja

Inggeris dengan angkatan laut Jerman. Pertarungan

ini tidak membawa kemenangan kepada mana-mana

pihak.

UMUM
TEBINGBentuk muka bumi yang menjunam ke bawah secara tiba-tiba.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
TEBING BESAR

Tebing Besar ialah salah sebuah kawasan

penangkapan ikan yang terkaya di dunia. Kawasan

ini meliputi kira-kira 360 000 kilometer persegi di

luar pantai tenggara wilayah Newfoundland,

Kanada. Kebanyakan ikan yang ditangkap ialah kod,

tetapi terdapat juga ikan flounder, hadok, halibut,

hering , dan redfish . Tebing Besar mendapat

namanya kerana menjadi sebahagian daripada

sistem penara dalam air yang dikenali sebagai

bank (tebing) dalam bahasa Inggeris.

UMUM
TETAMBAKTimbunan bahan mendak di atas tebing sungai, berlaku apabila aliran sungai melimpasi tebing.GEOGRAFI DAN GEOLOGIBentuk Muka Bumi
TANAH BRISTerhasil daripada enapan pasir laut hasil hakisan tebing dan hanyutan sedimen di belakang berm pantai.GEOGRAFI DAN GEOLOGIProses/Tindak Balas
PADUA

Padua (pend. 231 337 ) terletak di tebing Sungai

Bacchiglione, 35 kilometer di barat daya Venice (lihat

Itali [peta politik]).

UMUM
NORWAY

Norway ialah sebuah negara yang panjang dan

sempit, terletak di tebing barat laut benua Eropah.

Satu per tiga daripada kawasan utara Norway

terletak di atas Bulatan Artik dan negara ini

dinamakan Negara Matahari Tengah Malam. Oleh

sebab kawasan ini terletak begitu jauh ke utara, ia

mengalami musim panas yang panjang apabila

matahari bersinar 24 jam sehari. Oslo, ibu negara

Norway dan bandar terbesar, terletak di bahagian

selatan negara ini.

UMUM
NINEVEH

Nineveh ialah ibu negeri terakhir Empayar Purba

Assyria, yang terletak di tebing timur Sungai Tigris,

kira-kira 370 kilometer di utara Baghdad. Kawasan ini

telah diduduki seawal 5000 S.M. Pada tahun 612 S.M.,

orang Babylon dan Medes telah menawan dan

memusnahkan bandar ini. Pada tahun 1800-an, ahli

arkeologi telah menggali semula kawasan ini dan

menemui perpustakaan besar yang diasaskan oleh

Raja Ashurbanipal. Perpustakaan yang menakjubkan

ini mengandungi dokumen perniagaan, surat dan

contoh kesusasteraan Babylon dan Sumeria.

UMUM
NGARAI

Ngarai ialah lembah dalam yang bertebing

curam. Ngarai sempit yang mempunyai tebing

hampir tegak atau cenuram juga dikenali sebagai

gaung atau jurang atau gegaung .

UMUM
MENARA LONDON

Menara London ialah sekumpulan bangunan

batu di East End, London, di tebing utara Sungai

Thames. Ia pernah menjadi kubu, penjara dan

istana. Bangunan yang paling lama iaitu menara

tengah, yang dinamakan Menara Putih, dibina oleh

William I, sejak akhir tahun 1000-an.

UMUM
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.



Lihat selanjutnya...