Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur.

Takrif

Satu sama lain bertolong-tolongan. (Bandingkan dengan: Sebagai aur dengan tebing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai aur dengan tebing.

Takrif

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Bandingkan dengan: Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur). (Peribahasa lain yang sama makna: Sepantun kasau dengan bubungan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berarak ke tebing.

Takrif

Selalu merasa khuatir. berarak = berjalan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai berumah di tepi tebing.

Takrif

Selalu dalam kekhuatiran.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.

Takrif

Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok.

Takrif

Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tersesak (= terdesak) padang ke rimba (= ke tebing).

Takrif

Habis akal bicara sehingga tidak ada daya upaya lagi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepantun kasau dengan bubungan.

Takrif

Suami isteri yang sangat berkasih-kasihan; persahabatan yang sangat karib. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagai aur dengan tebing).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.



Lihat selanjutnya...