Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gelungsur tebing tinggi, Cerahnya belukar; Kalau ukur sama tinggi, Kalau sudah sama besar.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Merambat tebing buantar, Rambat menyangkut di hujung galah; Barang ini barang latar, Di sana terantuk mencari balah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Merambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bunga kesum tebing tinggi, Nampak dari Kuala Segamat; Singgah terlangsung saya ke mari, Minta doa biar selamat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa daya tebing tinggi, Batang api di Muara Tebas; Apa daya di tahun ini, Tanam cili tak pedas.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan merambat tebing beringkat, Rambut menyangkut di akar bambangan; Jangan lambat burung diikat, Burung makan di tapak tangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Di atas tebing airnya pasang, Sakit terlanggar padang berduri; Sudah teringat memandang abang, Rasa membunuh badan sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pupur di tebing tinggi, Buah kandis masak putih; Kalau nak ukur sama tinggi, Kalau nak banding sama putih.
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.



Lihat selanjutnya...