Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
ibarat melukut di tepi gantang ialah peribahasa atau simile? peribahasa seperti aur dengan tebing hanya boleh digunakan utk hub kekeluargaan sahaja ke? cth :Dengan bekerjasama bagai aur dengan tebing antara polis dan masyarakat, kemalangan dapat dikurangkan. betul ke?Peribahasa seperti aur dengan tebing bukan sahaja untuk hubungan kekeluargaan tetapi boleh digunakan seperti contoh yang diberikan, iaitu yang membawa maksud sikap tolong-menolong antara satu sama lain. Seperti melukut di tepi gantang ialah peribahasa dan yang lengkapnya "Seperti melukut di tepi gantang, keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi', bermaksud tidak berharga dalam masyarakat; tidak dapat menolong dan sebagainya.Lain-lain25.03.2010
Adakah ayat berikut betul, andainya salah tolong perbetulkan. 1. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing membersihkan kawasan sekolah. 2. Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah bagai aur dengan tebing. 3. Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah.Ayat yang betul ialah Kami bekerjasama membersihkan kawasan sekolah dan ayat Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk membersihkan kawasan sekolah juga boleh diterima. 
Tatabahasa24.03.2015
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk 'canyoneering' iaitu sebuah aktiviti lasak popular di kawasan air terjun seperti di Filipina yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Terima kasih.Istilah "canyoneering" atau juga dikenali sebagai "canyoning" iaitu "the sport of jumping into a fast-flowing mountain stream and allowing oneself to be carried downstream at high speed." yang bermaksud aktiviti lasak yang popular di kawasan air terjun yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Maksud istilah sumber bagi canyon pula bermaksud ngarai.  Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "canyoneering" ialah sukan di ngarai
 
Makna22.12.2020
apakah maksud bagai aur dengan tebingBerdasarkan sumber rujukan kami peribahasa ini menakrifkan hubungan antara suami dan isteri atau antara sahabat sejati  yang sangat rapat seperti bandingan aur yang bergantung pada tebing.Sastera27.02.2015
Selamat sejahtera.saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih.Bagai aur dengan tebing dikira empat patah perkataan.Lain-lain11.05.2016
"bagai aur dengan tebing" bermaksud hubungan yang sangat erat. Apa cerita di belakang peribahasa ini kerana maksud harfiahnya sukar dikaitikan dengan maksud kiasannya.Berdasarkan sumber rujukan kami peribahasa ini menakrifkan hubungan antara suami dan isteri atau antara sahabat sejati  yang sangat rapat seperti bandingan aur yang bergantung pada tebing. Tatabahasa28.01.2011
Salam 1 Malaysia, Saya ingin bertanya tentang pengiraan jumlah patah perkataan peribahasa dalam penulisan karangan. Contohnya ialah "Bagai aur dengan tebing". Adakah dikira satu patah perkataan atau empat patah perkataan? Sekian, terima kasih.

Bilangan perkataan dalam peribahasa "Bagai aur dengan tebing" dikira sebagai empat patah perkataan.

Istilah21.05.2010
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
Adakah ayat di bawah betul? Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat.Semua pihak haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menggalakkan rakyat Malaysia hidup secara sihat - ayat ini betul.Tatabahasa24.03.2011
Salam sejahtera tuan. Apakah perbezaan antara peribahasa yang berikut? Bolehkah tuan menjelaskan penggunaannya? -bagai lesung dengan antan -bagai aur dengan tebing -bagai kapur dengan kunyit -bagai cincin dengan permata Penjelasan dan maklum balas tuan amat dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.Bagai lesung dengan antan bermaksud sangat karib (tentang orang yang bersahabat atau orang yang berkasih-kasihan). Penggunaan peribahasa dalam ayat haruslah sesuai antara makn peribahasa dengan konteks ayat tersebut, contohnya "persahabatan antara Ahmad dan Ali boleh diumpamakan bagai lesung dengan antan". Untuk melihat makna peribahasa yang lain, sila rujuk laman web kami, contohnya tebing&d=11">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=aur+dengan+tebing&d=11, saudara dapat melihat maksudnya dan contoh penggunaan peribahasa tersebut (jika ada).Makna29.07.2013
Tesaurus
 
tebing (kata nama)
Bersinonim dengan tepi, pinggir, pesisir, tubir, lereng.,

Puisi
 

Tebing tinggi pangkalan ikan,
     Anak Cina menjual telur;
Adik di sini rindu tak makan,
     Abang di sana rindu tak tidur.



Lihat selanjutnya...