Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Bengkaknya juga sudah mula susut. Tuan, sesuaikah guna perkataan susut dalam ayat dia atas?Dalam Kamus Dewan susut sama maksudnya dengan surut, walau bagaimanapun lazimnya kita mengatakan "bengkaknya sudah mula surut", iaitu semakin berkurangan.Tatabahasa22.06.2012
Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada pihak DBP mengenai perkataan 'menurun'. Menurut PRPM, 'menurun' bersinonim dengan 1) menjunam: jatuh; 2) susut: berkurang; 3) berpindah kepada: mewarisi; 4) konteks bomoh - bersawai; Adakah salah jika saya menggunakan 'menurun' untuk menggambarkan kadar yang semakin berkurangan bagi penulisan bidang ekonomi/perniagaan/kewangan? Maklum balas daripada pihak Institut Terjemahan Negara mengatakan menurun tidak sesuai digunakan kerana lebih digunakan untuk konteks 'bomoh yang sedang menurun'.Untuk makluman perkataan menurun telah diterima dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan terbitan DBP (2001) sebagai padanan untuk istilah yang berikut:

1. declines - menurun (Pelaburan)
2. decline rate - kadar menurun (Ekonomi)
3. descending order - susunan menurun (Ekonomi)
4. descending power - kuasa menurun (Ekonomi)
5. falling market - pasaran menurun (Perakaunan, Ekonomi, Perniagaan)

Berdasarkan contoh yang diberikan, DBP memang telah menerima istilah menurun dalam bidang ekonomi, perniagaan dan kewangan dan tidak terhad dalam konteks "bomoh yang sedang menurun".
Istilah29.08.2012
salam sejahtera, saya ingin pastikan sama ada ayat di bawah betul atau sebaliknya. Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin susut/turun/reda. sekian terima kasih.Yang betul ialah Ani bersyukur kerana selepas beberapa hari, demamnya semakin reda. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bagi maksud reda. Tatabahasa15.07.2008
Apakah jawapan yg paling tepat bagi soalan di bawah? Soalan: Warna kain batik yang dipakai oleh ibu semakin _______ setelah dibasuh beberapa kali. A. susut B. lusuh C. luntur D. kusam

Saudara Yusli,

Perkataan yang paling tepat ialah kusam yang bermaksud pudar.

Tatabahasa24.02.2010
Selamat petang, tuan/puan. Maaf, saya ingin bertanya. Adakah perkataan kecut adalah sinonim yang sesuai untuk perkataan "kuncup"? Harap pihak DBP boleh menjawab pertanyaan saya. Terima kasih.

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan kecut bersinonim dengan 1. Takut, gentar, gerun, gementar, tidak berani 2. (kulit) lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut. Kuncup pula bersinonim dengan kuntum, kudup dan kudu. Oleh itu, kedua-duanya berbeza.

Makna09.09.2020
1. ________________ pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sekitar pekerjaan. A. kesesakan B.keramaian C. kepadatan C. kebanjiran 2. 1. Muka adik hitam terkena dakwat pencetak komputer. ii. "Buku rujukan itu tidak ada muka surat dua puluh lima ,"kata Azli. iii. kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh pada hari muka. iv. Leman bercermin di muka tingkap biliknya sebelum pergi sekolah. Mana ayat yang betul. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil __________ A. buah fikiran B. buah kalam. Perkataan seerti bagi dangkal A. cetek B. dalam C. susut D. surut 1. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu, A. terlucut B. tercabut c. terbuka D. terputus1. Kebanjiran pendatang asing di negara ini menimbulkan persaingan dalam kalangan penduduk tempatan dalam sektor pekerjaan. 
2. Ayat IV betul. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut
3. Cerpen yang memenangi anugerah Cerpen Terbaik Peringkat Kebangsaan itu adalah hasil buah fikiran ....
4. Dangkal sama maksudnya dengan cetek. 
5. Tiupan angin yang kencang telah menyebabkan bumbung rumah itu tercabut.
Tatabahasa01.05.2012
Assalamualaikum Tuan, Pertanyaan saya seperti berikut: - 1) Junk cleaner analyzes background hibernate apps and running apps overheating your phone diterjemahkan kepada Pembersih sarap menganalisa aplikasi berehat sementara latar belakang dan aplikasi yang sedang berjalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas. Adakah hibernate sesuai diterjemahkan kepada berehat sementara, hibernat dan hibernasi? Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. 2) Battery Power Saver extend battery life by analyzing battery status and hibernating battery-draining apps. diterjemahkan kepada Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dangan menganalisa status bateri dan merehatkan sementara aplikasi pengalir bateri. Adakah hibernating sesuai diterjemahkan kepada merehatkan sementara, menghibernatkan dan menghibernasikan. Jika tidak sesuai, diharap tuan dapat memberikan penjelasan dan perkataan yang betul serta penggunaan imbuhan yang tepat. Sekian, terima kasih.

Waalaikumussalam. Terjemahan yang sesuai adalah seperti yang berikut:

1)  Pembersih sarap menganalisis aplikasi rehat sementara di latar belakang dan aplikasi sedang jalan yang menjadikan telefon anda terlampau panas.

2)  Penjimat Kuasa Bateri memanjangkan hayat bateri dengan menganalisis status bateri dan aplikasi susut kuasa bateri yang sedang rehat sementara.

 

Sekian. Terima kasih.

Penyemakan dan penterjemahan03.03.2017
1
Tesaurus
 
susut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan berkurangan: menurun, merosot, susut, usak,

2. Bersinonim dengan mengecil: mengecut, mengerut, kempis, seruh, menyentap, centet,
Berantonim dengan mengembang

3. Dalam konteks paras air
bersinonim dengan surut
Berantonim dengan pasang

Kata Terbitan : menyusut, menyusuti, kesusutan,

Puisi
 

Kalau tuan menggulai belut,
     Menggulai mari dengan pengatan;
Kalau hati sudah susut,
     Tanah di Benut kutinggalkan.



Lihat selanjutnya...