Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Senyap sunyi binatang rimba, Bila melihat badak mengganas; Sebab hati bercabang dua, Bila surat tidak berbalas.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang di pulau, Kerana angin bertiup kencang; Apa sebab hatiku risau, Kerana abang main belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang berhelat, Kerana pengantin tidak tiba; Apa sebab abang berkhianat, Kerana main bermuka muka.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang di rumah, Kerana mata sudah mengantuk; Apa sebab mandi tak basah, Kerana cinta membawa mabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang menghadap, Datuk lubalang segan mengamuk; Setiap hari abang mengharap, Untuk meminang adik yang montok.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Senyap sunyi orang di banjar, Kerana hari dah larut malam; Harap menanti abang belayar, Sampai kini masih kupendam.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tengah malam waktunya sunyi, Di daratlah makan kijang berbunyi; Timbullah ompang denganlah pelangi, Alamatlah hilang kemala nanti.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Ayam kecil terlalak-lalak, Ayam biring kuning kakinya; Abang pergi tergelak-gelak, Adik tinggal sunyi hatinya.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
1
Tesaurus
 
sunyi (adjektif)
1. Bersinonim dengan senyap: hening

2. Bersinonim dengan tidak berorang
( kosong, lengang, sepi, )
Berantonim dengan bising

3. Bersinonim dengan bebas: jauh, lepas,

Kata Terbitan : bersunyi, bersunyi-sunyi, kesunyian,

Puisi
 

Ayam kecil terlalak-lalak,
     Ayam biring kuning kakinya;
Abang pergi tergelak-gelak,
     Adik tinggal sunyi hatinya.



Lihat selanjutnya...