Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Assalam.tuan/puan Soalan: Tukarkan ayat aktif kepada ayat pasif Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat. Jawapan: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan. Tepatkah jawapan di atas? Terima kasih AzuraAyat Aktif: Saya tidak dapat menyelesaikan kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat.
Ayat Pasif: Kerja-kerja itu dalam tempoh waktu yang amat singkat tidak dapat saya selesaikan.
Tatabahasa26.05.2019
Bilakah penggunaan kata ganti nama diri singkat "kau" dan "ku" dieja serangkai dengan kata yang mengikutinya?Kata ganti nama singkat 'mu' dan'ku' dieja bercantum dengan kata yang mendahuluinya atau mengikutinya. Contoh Padamu, untukmu, milikku dan kuharapkan. Oleh itu yang betul ialah akalmu, ajarku, kuajar, kauterima, cawanku, dan ambilkanku cawan.Tatabahasa11.12.2018
Kata singkat ku pada awal boleh ditulis sebagai kumakan, kusanjung dan lain-lain. Bagaimanakah Ku-firman untuk Tuhan, perlu disusuli tanda sempang seperti dalam contoh Ku-firman? Harap dapat memberikan penjelasan. Terima kasih Dr S. NathesanDalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, firman bermaksud kata-kata atau perintah Allah. berfirman bersabda; bertitah. difirmankan disabdakan (Allah); diperintahkan (Allah).

Kata ganti singkat yang ditulis dengan permulaan huruf besar, iaitu -Ku, -Mu dan -Nya ialah kata ganti nama diri bagi Allah dan Tuhan dan lazimnya  terletak di hujung perkataan seperti hidayah-Nya, rahmat-Nya dan balasan-Ku. 
Sekiranya diletakkan di hadapan, lazimnya menggunakan seperti Allah SWT berfirman...
 
Tatabahasa23.08.2017
Adakah terdapat istilah lebih singkat dan sesuai untuk "escalation" dari segi bidang korporat? Maksudnya adalah untuk menyampaikan laporan masalah kepada pihak lebih tinggi supaya mereka dapat membuat keputusan atau menyelesaikannya. "Escalation" dalam pangkalan data tidak merangkumi makna ini.Berdasarkan data PRPM, padanan istilah yang sesuai bagi escalation ialah pencetusan yang membawa maksud perihal yang mencetuskan sesuatu.

Dalam hal ini, laporan masalah yang disampaikan merupakan pencetusan kepada penyelesaian/keputusan.
Lain-lain17.12.2021
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan.Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana  gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard.  Istilah07.12.2009
Salam sejahtera, Bolehkah "Abbreviate Language" diterjemahkan sebagai "Bahasa Singkat" atau "Bahasa Singkatan"? Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP. Terima kasih.Hasil carian kami, tiada bahasa singkatan. Frasa yang paling hampir yang sesuai ialah perkataan singkatan.Penyemakan dan penterjemahan30.01.2018
Apakah lawan kata bagi 'labuh'?Kata lawan bagi labuh ialah singkat.Tatabahasa28.06.2011
Manakah padanan bioluminescence yang betul? Biopendar atau biopendarcahaya? Biopendar istilah yang lebih singkat, patutkah saya gunakan yang itu?Menurut pangkalan data DBP, padanan istilah bagi bioluminescence ialah biopendarcahaya. Namun begitu, Biopendar juga boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama.Istilah24.09.2018
SMS, istilah BM Sistem Pesanan Ringkas. Kenapa tidak kita terima Sistem Mesej Singkat? Singkatannya juga SMS. Saya rasa Puan Noresah Baharom pernah menggunakannya.

Y.Bhg. Datuk,  terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Memang betul Puan Noresah pernah menggunakan Sistem Mesej Ringkas tetapi setelah diteliti dan juga setelah dibincangkan kita telah membuat keputusan bahawa Sistem Pesanan Ringkas adalah lebih tepat dan lebih berbunyi Melayu daripada Sistem Mesej Ringkas. Terima kasih.

Istilah18.09.2009
Bab 9 buku "Olih atau Oleh" terbitan DBP menerangkan penggunaan kata ganti singkat. (1) Adakah penerangan dalam bab ini bersandarkan Tatabahasa Dewan? (2) Adakah DBP mengiktiraf pandangan penulis itu?Penulis tersebut merupakan salah seorang karyawan DBP. Segala apa yang ditulisnya seharusnya mengikut rujukan utama di DBP.Lain-lain10.04.2009
Tesaurus
 
singkat (adjektif)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan sekejap pendek, tidak lama,

2. Dalam konteks berita
bersinonim dengan ringkas, pendek,
Berantonim dengan panjang

3. Bersinonim dengan cetek: dangkal, sempit, picik, sontok, ciut,

Kata Terbitan : menyingkatkan, singkatan, kesingkatan,