Kata |
Takrif |
Sumber |
simbolisme | 1. penggunaan simbol (lambang) utk melahirkan atau menyampaikan sesuatu; 2. simbol(-simbol) atau lambang(-lambang) utk melahirkan sesuatu: seperkara yg begitu menonjol dlm tiga buah sajaknya yg lain ialah unsur ~, meskipun lambang-lambang yg diterapkan bukanlah baru. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kalkulus | kaedah perkiraan yg menggunakan simbol-simbol atau lambang-lambang algebra. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
aljabar Boolean(Boolean algebra) | Sistem deduktif yang menggunakan simbol-simbol logik seperti DAN, ATAU, TAK, JIKA dan sebagainya untuk menyatakan sama ada unsur litar logik tertutup atau terbuka dan sama ada sesuatu proposisi itu benar atau palsu. Aljabar ini diasaskan oleh George Boole (1815-1864) | Kamus Komputer |
trengkas | (tréngkas) kaedah menulis dgn cepat dgn menggunakan palitan-palitan yg mudah atau simbol-simbol lain sbg menggantikan huruf, perkataan atau frasa; ilmu ~ pengetahuan mengenai kaedah menulis dgn cepat, stenografi; mengambil ~ membuat catatan sesuatu yg direncanakan (spt surat dsb) dlm tulisan trengkas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula kimia | (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kod | 1 = tulisan ~ tulisan, tanda dll yg mempunyai erti yg tersembunyi atau yg khusus, atau sbg singkatan. 2 sistem yg menggunakan simbol-simbol utk menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan. ~ warna kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kod I | 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersembunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbol umpukan(assignment symbol) | Simbol yang digunakan sebagai pengendali umpukan untuk memberi nilai pada pemboleh ubah atau rangkap. Dalam beberapa bahasa pengaturcaraan, simbol `=` digunakan. Bahasa Pascal menggunakan simbol `:=` sebagai pengendali umpukan. | Kamus Komputer |
simbol grafik(graphic symbol) | Simbol yang digunakan untuk menunjukkan komponen dalam gambar rajah. Simbol grafik digunakan bukan untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian komponen tetapi untuk menunjukkan tugas komponen tersebut. | Kamus Komputer |
simbol catatan(annotation symbol) | Simbol yang digunakan untuk menyatakan tambahan catatan atau keterangan pada carta alir atur cara dengan menggunakan garis putus yang disambung pada simbol carta alir yang berkenaan. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
graphic | adj 1. pertaining to drawing, printing, lettering, grafik: ~ arts, seni grafik; ~ symbol, simbol grafik; 2. vivid, amat jelas: she gave a ~ account of the accident, dia memberikan gambaran yg amat jelas ttg kemalangan itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
badge | n 1. lencana: a policemans ~, lencana polis; school ~, lencana sekolah; 2. (fig.) lambang, simbol, tanda: chains are a ~ of slavery, belenggu merupakan lambang pengabdian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
attribute | n 1. quality ascribed to so., st, sifat: patience is one of his ~s, salah satu sifatnya ialah sabar; 2. object regarded as symbol, lambang, simbol: the crown is an ~ of kingship, mahkota ialah lambang pemerintahan beraja; 3. (gram.) sifat, atribut; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
symbol | simbol | Kesusasteraan | Tiada | Suatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simbol berasal daripada perkataan Yunani syamballein yang bermaksud mencampakkan bersama-sama dan kata nama simbolon yang bermaksud tanda, lambang atau token. |
symbol manipulation | manipulasi simbol | Sains Politik | Politik Perbandingan | Simbol atau lambang kebanggaan sesuatu masyarakat atau negara yang digunakan untuk kepentingan sesuatu pihak. Lambang yang digunakan ini dibentuk berasaskan faktor seperti bersifat keagamaan, perkauman, sentimen daerah, bahasa dan budaya bagi mendapatkan sokongan rakyat. Lambang yang menggambarkan sifat kelompok etnik atau komuniti akan menarik perhatian orang ramai dan memudahkan sesuatu pihak mendapatkan sokongan politik. Lambang keagamaan dalam logo atau bendera parti politik merupakan contoh manipulasi simbol mendapatkan sokongan atau undi. Demikian juga simbol yang memanipulasi sentimen etnik tertentu untuk menarik perhatian orang ramai seperti gambaran wajah Red Indian, pemimpin yang dipuja, bapa kemerdekaan, lambang yang menggambarkan kesucian, nombor yang diidentifikasi kepada sesuatu kelompok dan nama-nama parti yang bersifat keagamaan seperti Liga Muslim, Christian Democrat dan Hindu Mahasabha. |
kayon | kayon | Kesusasteraan | Tiada | Gunungan atau pohonan yang melambangkan kosmos. Dalam teater wayang kulit, kayon ditampilkan dalam bentuk ukiran pohon abstrak dengan segala bunga, burung, kera dan haiwan lain. Perdunya diapit oleh sepasang haiwan, sama ada sepasang harimau, singa, gajah, lembu liar atau gabungan haiwan lain. Pohon yang diukir dalam kayon mewakili dua simbol mistik agama Hindu. Simbol pertama ialah Pohon Kehidupan yang memelihara semua haiwan dan dianggap sebagai simbol Pohon Meramalkan Nasib memaparkan simbol matahari. Simbol kedua ialah kayon melambangkan Gunung Mahameru, gunung mistik dewa dan gunung dunia. Dalam persembahan wayang kulit, kayon melambangkan tirai apabila dipacakkan sebelum bermula dan selepas persembahan. Kayon ini juga melambangkan perkara lain. Contohnya, apabila digetarkan, kayon menandakan ketenteraman kosmos diganggu; apabila diletakkan melintang, kayon mewakili permukaan air; apabila dipacakkan di kelir, kayon menandakan sebagai pohon atau hutan; dan apabila dipacakkan condong di tepi kelir, kayon menandakan masa rehat. |
collective unconscious | bawah sedar kolektif | Kesusasteraan | Tiada | Ciri pengalaman dalaman manusia yang dikongsi dengan manusia lain. Konsep ini diketengahkan oleh C.G. Jung. Beliau berpendapat pengalaman secara tidak sedar bukan hanya diperoleh melalui pengalaman perseorangan, tetapi juga melalui ingatan arketip atau tipa induk turun-temurun (memori ras dalam istilah Freud). Manusia digambarkan mempunyai kecenderungan semula jadi yang sama untuk mencipta simbol-simbol tertentu yang kemudiannya dimanifestasikan dalam bentuk mitos, mimpi dan cerita rakyat. Lihat juga tipa induk. |
symbolization | pensimbolan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Suatu keadaan yang memperlihatkan tindakan penggunaan simbol oleh sesuatu badan, kelompok atau individu. Lambang digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat atau latar belakang perjuangan supaya lebih mudah dikenali kelak. Dengan meletakkan suatu simbol seperti gambar, tulisan, logo, bentuk, warna pakaian, lukisan atau ritual, sesuatu pihak itu akan lebih mudah dikenali tanpa mengira perjuangannya bersifat baik atau buruk. Contohnya, bendera bagi setiap negara merupakan simbol semangat nasionalisme bagi setiap rakyat, pakaian berjubah putih dengan menutup seluruh kepala pula merupakan pakaian kelompok Ku Klux Klan yang melambangkan kebencian mereka kepada orang bukan kulit putih. Sinonim perlambangan. |
optical rotation | putaran optik | Herba | Tiada | Darjah atau arah anjakan cahaya terkutub satah apabila melalui bahan kiral, seperti isomer suatu sebatian kimia akan memutarkan cahaya terkutub satah mengikut arah jam dengan simbol + (dekstroputaran) atau melawan arah jam dengan simbol (levoputaran). Putaran optik ialah kaedah rasmi untuk menentukan kualiti minyak herba dan madu. Contohnya nilai putaran optik bagi minyak serai wangi (4 hingga +5, BP), minyak pala (+8 hingga +18, BP) dan madu (maks.+0.6, BP). |
symbol | simbol | Kesusasteraan | Puisi | Lihat lambing. |
cubic foot | kaki padu | Perhutanan | Tiada | Simbol Cu. ft. Unit sukatan sebenar yang bersamaan dengan satu kiub yang mempunyai dimensi satu kaki panjang, satu kaki lebar, dan satu kaki tinggi. Sukatan ini digunakan untuk menyukat isi padu dirian dalam hutan atau isi padu balak dan kayu gergaji di kilang papan. |
reference code | kod rujukan | Pelancongan | Tiada | Tanda atau simbol yang mempunyai maksud tertentu, seperti MH 1467. |
halal logo | logo halal | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Simbol yang mengesahkan sesuatu produk tidak haram penggunaannya menurut undang-undang Islam. Di Malaysia logo ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam. Menurut Dokumen Panduan Pendaftaran Produk (DRDG), logo halal boleh digunakan secara sukarela pada label produk berdaftar bagi kategori penokok/penambah kesihatan, produk herba dan kosmetik, sama ada untuk pasaran tempatan dan eksport. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
simbol | tada lambing [tada lamba] | Melanau Dalat | |
tadak | simbol | TETAW | |
Kamus Parsi.indb طاشن )neshastan( نتسشن )neṣf, nīm( مين ،فصن )naẓar, ‘aghīde( هديقع ،رظن )naẓm( مظن )naẓīr( ريظن )naẓīf, pākīze( هزيکاپ ،فيظن lelaki, jantan jururawat sejenis bunga berawang lembut perlahan dekat bayu tanda, simbol membidik seronok, gembira duduk separuh, setengah pendapat, anggapan susunan, gubahan sama, sama rata bersih, cuci male nurse narcissus soft close, near breeze sign, mark to aim joy to sit half
|
Kamus Sains.indb Lihat absolute system of units. (FIZ) absolute value (nilai mutlak) Nilai tak negatif yang bernilai a jika diberi nombor yang tak negatif dan yang bernilai jika diberi nombor yang negatif. Simbol nilai mutlak bagi nombor ialah |a|. Contohnya, |4| = 4; |-4| = 4. (MAT) absolute viscosity (kelikatan mutlak) Faktor bernombor yang menunjukkan ukuran rintangan dalaman suatu ben- dalir terhadap alirannya. Semakin besar veins (vena aksesori) Vena panjang tirus yang berkembang secara sekunder pada sayap serangga. (BIO) accretion (enap timbus) Perkembangan titisan air atau zarah ais melalui percantuman kedua-duanya. (HID) ace (ace) Simbol untuk kromosom asentromer. (BIO) acceptance test ace Kamus Sains.indb 7 7/8/08 11:45:13 AM 8 acentric (asentromer) Perihal kromosom atau fragmen kromosom yang tidak mempunyai sentromer
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Ig. – Inggeris Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 16 6/6/11 4:01:24 PM xvii Br. – Brunei Darussalam Id. – Indonesia 2. Singkatan/simbol yang sudah lazim digunakan dalam sesuatu bidang ilmu dikekalkan. Pedoman Penggunaan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 17 6/6/11 4:01:24 PM Kamus
|
Kamus Thai 2.indb dua buah negara, khususnya dalam bidang pendidikan akan terus disemarakkan dengan kegiatan yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Mudah-mudahan Kamus Thai-Melayu Dewan ini akan menjadi simbol dan jambatan ke arah mempertingkatkan hubungan antara Malaysia dengan Thailand dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Dato' Seri Hishammuddin Bin Hussein Menteri Pelajaran Malaysia 2008 Kamus Thai 2.indb 6
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
simbol | [sim.bol] | سيمبول |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
simbol | symbol | Tanda yang digunakan untuk melambangkan keadaan suatu bahan atau perkara. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
simbol litar | circuit symbol | Simbol elektronik yang mewakili pelbagai peranti elektrik dan elektronik seperti transistor, sel kering dan suis. | Menengah Rendah |
simbol amaran bahaya | hazard symbol | Simbol yang menunjukkan bahaya sesuatu bahan. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
watt | watt | Unit bagi kuasa. Simbol W. | Menengah Rendah |
newton | newton | Unit untuk daya. Simbol N. | Menengah Rendah |
ohm | ohm | Unit untuk mengukur rintangan elektrik. Simbol . | Menengah Rendah |
joule | joule | Unit kerja atau tenaga dengan simbol J (joule). 1 joule bersamaan dengan 1 watt per saat dan 0.2388 kalori. | Menengah Rendah |
piktograf | pictograph | Cara menunjukkan data melalui perwakilan simbol atau imej. | Sekolah Rendah |
gambar rajah litar | circuit diagram | Gambar rajah yang menggunakan simbol untuk mewakili semua komponen dalam litar dan bagaimana komponen tersebut bersambung antara satu dengan yang lain. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
ampere | ampere | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur arus elektrik. Simbol A. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
sistem nombor | number system | Sistem yang terdiri daripada satu set lambang yang tertentu dan nombor-nombor yang mewakilinya disertai dengan peraturan untuk membentuk nombor yang lebih besar menggunakan simbol-simbol tersebut. | Menengah Rendah |
tanda sama dengan | equal signs | Simbol matematik yang menunjukkan kesamaan. Simbol ini ialah =. | Menengah Rendah |
pi | pi | Simbol atau nombor yang mewakili nisbah lilitan sesuatu bulatan kepada diameternya, yang bersamaan dengan 22⁄7, Π atau 3.142. | Menengah Atas |
nombor | number | Simbol yang menyatakan bilangan, jumlah atau kuantiti dan boleh dihitung. | Menengah Atas |
digit | digit | Simbol yang digunakan atau digabungkan untuk membentuk nombor dalam sistem penomboran. 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 ialah 10 digit dalam sistem perpuluhan. Contohnya, nombor 124 651 mempunyai enam digit. | Menengah Atas |
angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, I, II, III, IV, V, VI, VII, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, | Menengah Atas |
nombor | number | Simbol atau tanda yang menyatakan bilangan. | Menengah Rendah |
digit | digit | Simbol asas dalam sistem penomboran iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Contohnya, nombor 45 651 mempunyai lima digit. | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol atau lambang untuk mewakili sesuatu nombor. Contohnya, ialah I, II, III, IV, V, ... dan 1, 2, 3, 4, 5, . | Menengah Rendah |
angka | numeral | Simbol untuk mewakili sesuatu nilai yang disebut sebagai nombor. Contoh, 1, 2, 3, 4, 5, dan i, ii, iii, iv, v, ... | Sekolah Rendah |
|
|