Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Salam. Mohon pencerahan makna perkataan 'semalam'. Adakah ia bermakna pada waktu malam sahaja atau sepanjang hari yang sebelum hari ini?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan semalam mempunyai maksud seperti yang berikut:

1. satu malam
2. sepanjang malam
3. hari se­belum hari ini, kelmarin
4. malam sebelum malam ini, malam tadi

Untuk maklumat lanjut, puan boleh melayari laman web prpm.dbp.gov.my

Makna05.03.2020
Saya ada oder buku cerita di BPN sampai ke hari ini bukunya tak sampai lagiSalam sejahtera.

Perkhidmatan DBPniaga

Untuk makluman, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP), urusan pembelian dan penghantaran buku melalui DBPniaga dihentikan operasi sementara waktu

Walaubagaimanapun, DBPniaga telah mula menjalankan beroperasi semula pada 4 Mei 2020 (isnin). Oleh itu proses penghantaran dan pengeposan buku akan dilakukan secara berperingkat kepada semua pembeli.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian seperti berikut:

 •Anjung DBP – 03 2147 9597 / 03 2147 9598

•Kompleks DBP Hulu Kelang – 03 41010028 / 019 2141956 (WhatsApp)

•DBP Cawangan Sarawak – 082 227000 / 019 8768358

•DBP Cawangan Sabah – 088 439317 / 010 9425569

•DBP Wilayah Timur – 09 7414918 / 014 9180092

atau klik pautan ini : https://dbpniaga.my//

Atas keprihatinan dan kerjasama daripada pihak puan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Lain-lain07.05.2020
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya se­hingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesem­pitan (wang, masa dan lain-lain).

Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul.
Tatabahasa30.05.2013
maksud kawalan belanjawan

Saudara,

Perkataan kawalan bermaksud 1. yg dikawal; hukuman ~ hukuman yg menyekat kebebasan pergerakan seseorang; 2. usaha atau tindakan mengawal (menjaga, mengawasi): ~ keselamatan akan dilakukan di sepanjang pantai itu; ~ harga penetapan paras harga maksimum oleh kerajaan terhadap barang atau perkhidmatan asas tertentu, terutamanya semasa inflasi atau darurat; ~ kredit (Eko) kawalan yg dikenakan terhadap sistem perbankan bagi mengawal jumlah pinjaman, khususnya dlm pemberian pinjaman dan overdraf; ~ mutu pemeriksaan terhadap sesuatu barangan atau perkhidmatan utk menjamin atau memastikan barangan yg dihasilkan atau perkhidmatan yg diberikan itu mematuhi piawaian mutu yg ditetapkan;

Perkataan belanjawan bermaksud 1. perhitungan banyaknya wang yg akan diterima (sbg pendapatan) dan dibelanjakan, butiran ringkas anggaran pendapatan, dan perbelanjaan: menteri kewangan bertanggungjawab menyediakan ~ negara setiap tahun; 2. peruntukan wang utk sesuatu keperluan atau utk sesuatu jangka waktu: perdebatan mengenai perincian ~ kementerian pendidikan diteruskan hari ini.

 Oleh itu kawalan belanjawan bermaksud kawalan terhadap belanjawan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna18.12.2009
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih.Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih.Lain-lain10.04.2020
Salam sejahtera. Penjelasan yang diberikan oleh Munsyi Dewan yang berkenaan tidak lulus pada akal. Saya mengatakan demikian kerana adakah tingkatan merujuk kepada tempat? Walhasil, kata tingkatan membawa makna taraf ataupun tahap (kedudukan). Buktinya, frasa sekolah menengah membawa makna sekolah daripada tingkatan satu hingga tingkatan enam (definisi KD). Mengapakah tidak dikatakan sekolah dari tingkatan satu ke tingkatan enam? Bagaimanakah pula dengan frasa sendi nama pada peringkat sekolah, bukan di peringkat sekolah? Sepanjang pengetauan saya, jurusan membawa makna arah/hala ( dari jurusan Thailand) serta membawa maksud aliran pengajian (jurusan sains). Persoalannya, adakah frasa di bawah Kementerian Pelajaran merujuk kepada jurusan ataupun hala? Kata nama kementerian merujuk kepada organisasi ataupun institusi yang berhubung kait dengan manusia. Jikalau kementerian ialah jurusan ataupun hala, bagaimana pula dengan frasa menerima surat daripada kementerian? Penjelasan anda amat dialu-alukan. Sekian.
Salam Sejahtera. Soalan yang diutarakan oleh saudara sebelum ini ialah "Adakah di tingkatan lima merujuk kepada tempat? Bagaimanakah pula rangkai kata disebut-sebut di bibir ataupun tidak lekang di bibir?". Kenyataan yang baharu dikemukakan oleh saudara ialah "tingkatan" dan "sekolah menengah". Frasa "di tingkatan lima" merujuk maksud khusus, iaitu tempat. Ayat contoh ialah "Dia belajar di tingkatan lima", dan sebaliknya jika dibuat ayat "Dia belajar pada tingkatan lima" ayat ini adalah salah. Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat. Oleh itu, frasa "pada peringkat sekolah" adalah betul. Penggunaan kata sendi nama seperti "di bawah" dan "daripada" seperti ayat contoh yang dikemukakan oleh saudara perlu dilihat pada maksud keseluruhan ayat. Cuba lihat ayat contoh ini "Lembaga Peperiksaan Malaysia terletak di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia" dan "Saya menerima surat penghargaan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia". Kata sendi "di bawah" jelas menunjukkan hierarki sesebuah agensi berdasarkan carta organisasi sesebuah kementerian. Kata sendi "daripada" pula merujuk sumber daripada individu dan institusi, dan berbeza daripada kata sendi "dari" yang melibatkan masa dan arah. Semoga penjelasan ini membantu saudara.

Tatabahasa30.04.2014
1
Tesaurus
 
panjang (adjektif)
1. Dalam konteks ketinggian
bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang,
Berantonim dengan rendah

2. Dalam konteks kepanjangan
bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong,
Berantonim dengan pendek

3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela

Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan,