Pantun |
Sumber |
Tema |
Tebang kayu sebatang dua, Untuk membuat perahu kolek; Abang merindu sepanjang masa, Mabuk melihat tubuh yang molek. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Elok anak kerana dikandang, Dikandang dengan adat lembaga; Elok akhlak nama terpandang, Dikenang orang sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat tua berdada lapang, Jadi teladan yang muda; Adat dijaga lembaga dipegang, Jadi pedoman sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Banyak rumpun perkara rumpun, Rumpun gelagah diserang rusa; Banyak ampun perkara ampun, Ampunan Allah sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Putik mentimun dibuat ulam, Sekali makan memang perisa; Adik sepantun permata nilam, Jadi pujaan sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Orang Daik pergi menjala, Dapat udang dipanggang saja; Orang baik hatinya mulia, Diingat orang sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Batang tebu batang tanaman, Batang cempedak batang berjasa; Sayang ibu sepanjang zaman, Sayang bapak sepanjang masa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| panjang (adjektif) | 1. Dalam konteks ketinggian bersinonim dengan lampai, junjai, renceng, renjong, tojeng, langguk, merunjau, jenjang, Berantonim dengan rendah
2. Dalam konteks kepanjangan bersinonim dengan labuh, lanjar, lonjong, Berantonim dengan pendek
3. Bersinonim dengan luas: berjela-jela
| Kata Terbitan : sepanjang, berpanjangan, memanjang, memanjangkan, kepanjangan, pemanjangan, |
|
|