Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah ucapan selamat yang betul terutama untuk diucapkan dalam majlis yang berlangsung pada waktu malam, selamat malam atau selamat petang? Terima kasih. | Majlis pada waktu malam diucapkan selamat malam, iaitu antara pukul 7.00 hingga 11.59 malam, manakala majlis pada watu petang, antara pukul 2.00 hingga 6.59 petang, diucapkan selamat petang. | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Salam sejahtera. Good night dalam Bahasa Melayu ialah selamat malam atau selamat tidur? | Berdasarkan Kamus Inggeris Melayu Dewan (terbitan 2002), halaman 633, good night bermaksud selamat malam. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2024 |
Salam, saya ingin bertanya tentang penggunaan huruf besar dalam ayat berikut adalah perlu atau tidak? 1. Damya mengucapkan (terima kasih/Terima Kasih) kepada ibunya. 2. Lily mengucapkan (selamat pagi/Selamat Pagi) kepada Cikgu Khoo. 3. Bella mengucapkan (selamat malam/Selamat Malam) kepada neneknya. 4. Pekerja itu mengucapkan (selamat tengah hari/Selamat Tengah Hari) kepada pegawai atasan mereka. Sila berikan penjelasannya sekali. Terima kasih. | Huruf besar digunakan pada permulaan setiap nama khas sahaja. Ucapan selamat pada mana-mana waktu, ucapan terima kasih bukan kata nama khas. Sila rujuk buku kamus Dewan, Edisi Ketiga, DBP; buku Gaya Dewan, Edisi Ketiga, DBP dan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, DBP. | Ejaan | 14.07.2014 |
Selamat malam atau selamat petang? yang mana satu betul sedangkan waktu itu malam contohnya pukul 8 malam | Penamaan tempoh masa yang diputuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ialah waktu petang antara pukul 2.00 p.m. hingga 6.59 p.m. manakala waktu malam antara pukul 7.00 p.m. hingga 11.59 p.m. Sementara tengah malam antara pukul 12.00 a.m. hingga 12.59 a.m. Ucapan yang sesuai ialah Selamat malam. | Lain-lain | 30.11.2006 |
Selamat malam,Puan.Bolehkah saya tanya apakah maksud sistem insurans islam dari segi perniagaan? | Pada asasnya sesuatu sistem yang bersandarkan Islam termasuklah insurans ialah peraturan yang mengikut asas dan hukum agama Islam. Untuk maksud yang lebih terperinci, sila rujuk artikel atau jurnal yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Makna | 18.11.2021 |
selamat malam tuan.saya ada pertanyaan tentang jawatan jentera elektrik.saya ada sijil kebolehan dari jkkp untuk injin pembakaran dalam kilang boleh ka saya isi ini jawatan. | Salam tuan, PERMOHONAN JAWATAN KOSONG Tuan boleh mengisi dan menghantar permohonan tersebut berserta dengan sijil kelayakan yang diperoleh untuk tujuan penilaian selanjutnya. Permohonan jawatan kosong boleh dimuat turun dalam laman sesawang DBP, iaitu: www.dbp.gov.my Borang permohonan jawatan kosong DBP perlu dihantar secara pos atau hantar tangan ke alamat: Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur (u.p: Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia) Maklum balas tentang keputusan permohonan jawatan kosong bolehlah diperoleh dengan menghubungi pegawai di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, DBP, iaitu: - Puan Maizatul Adni binti Abdul Manaf melalui talian telefon 03-2147 9345 atau
- Puan Nurul Fauziana binti Amat melalui talian telefon 03-2147 9341
| Lain-lain | 13.03.2020 |
Selamat malam, bolehkah saya tanya sama ada ayat di bawah betul? Ayat: Antara kebolehan saya ialah melukis. i) Setahu saya selepas kata pemeri "ialah" mesti diikuti dengan kata nama dan bukan kata kerja. Jadi, sama ada ayat di atas ini masih dianggap betul? ii) Boleh tanya sama ada terdapat hukum tatabahasa yang menyatakan bahawa permulaan dengan perkataan "Antara" belakang mesti ikut dengan perkataan "ialah" dan bukan "adalah"? iii) Bolehkah tolong membetulkan sekiranya ayat di atas salah? Terima kasih. | 1. Benar, kata pemeri *ialah* mesti diikuti kata nama atau frasa nama. Jadi, ayat tersebut salah. Ayat itu bermaksud penutur mempunyai beberapa kebolehan. Jika demikian, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan perkataan *termasuklah*, baru ayat itu menjelaskan makna. *Antara kebolehan saya termasuklah melukis.* 2. Tiada peraturan tatabahasa sedemikian. Penggunaan kata sendi nama *antara* dijelaskan pada halaman 285 Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Penggunaan *antara* yang betul terdapat dalam empat contoh yang berikut: 1. ...antara pendapatnya dengan pendapat saya; 2. ...antara adik-beradik; 3. Antara ilmu perubatan dengan ilmu biologi; 4. ...antara kedua-dua buah negara. 3. Tidak sesuai memasukkan kata pemeri *ialah* atau *adalah*. Kata pemeri *adalah* tidak boleh diikuti kata kerja *melukis*. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Selamat malam, Saya ingin bertanya mengenai tatacara pengucapan awam yang digunakan didalam sebuah majlis. saya seringkali mendengar pengerusi majlis membuat ucapan alu-aluan meraikan kehadiran tetamu mengikut tehap sosial . ucapan itu memberikan penghargaan emosi kepada tetamu yang hadir. Selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis selalunya akan tiba ucapan tetamu khas seperti dif2 kehormat yang telah dietapkan, dalam hal ini saya berasa muskil mengapa jemputan yang dipanggil berucap mesti menyebut mengulangi semula nama- nama kehormat mengikut susuan sosial.. sehingga ucap utama pun mengulangi semula ..saya nampak ini membosankan hadirin..bukankah lebih baik hanya pengerusi majlis sahaja yang menyebut kehadiran dif2 kehormat dan para pengucap terus kepada isi dan perasmian jika perlu.tq | Dalam pengucapan awam, kata alu-aluan lazimnya akan diungkapkan dalam sesebuah majlis, sama ada formal atau tidak formal. Seseorang yang berucap akan memulakan ucapan dengan kata alu-aluan, iaitu menyapa tetamu kehormat dan para hadirin. Sistem panggilan hormat yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merujuk kepada sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Dalam majlis rasmi, tetamu kehormat sentaisadiberi keutmaan dan disapa dengan sebutan-sebutan khas bagi menunjukkan keistimewaan dan ketinggian darjat mereka. | Lain-lain | 01.12.2013 |
Selamat malam Tuan, Baru-baru ini, saya telah melalui proses viva, terdapat persoalan tentang istilah pembelajaran regulasi kendiri. Mengikut panel saya sepatutnya menggunakan istilah pembelajaran beregulasi kendiri. Saya memohon pandangan tuan mengenai istilah manakah yang sesuai digunakan. Kebanyakkan jurnal dan artikel menggunakan istilah pembelajaran regulasi kendiri. Jadi saya ingin kepastian tentang istilah tersebut. Kerjasama tuan didahalui dengan ucapan terima kasih. M.Kananmmah 0194416000 | Untuk makluman, istilah "pembelajaran regulasi kendiri" dan "pembelajaran beregulasi kendiri" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Dari aspek pembentukan istilah, kedua-duanya adalah betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, penggunaan "regulasi" atau "beregulasi" bergantung pada konsep istilah tersebut. | Istilah | 11.11.2013 |
Selamat malam, ada pendapat mengatakan Kata-kata aluan salah, sebab tak ada perkataan aluan dalam kamus, yang ada ialah alu-aluan maka sepatutnya kata alu-aluan. Bagaimana pendapat tuan? Terima kasih | Frasa yang betul ialah kata alu-aluan | Tatabahasa | 07.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| malam (kata nama) | Bersinonim dengan maghrib, senja, malam-malam, tengah malam, larut malam, jauh malam, lewat malam,
malam buta, bulan mengambang;, | | Kata Terbitan : semalam, semalaman, semalam-malaman, bermalaman, kemalaman, |
|
|