PeribahasaSampah jangan ditendang disepak.TakrifOrang-orang yang miskin jangan dihinakan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSampah itu di tepi juga.TakrifOrang yang hina (miskin) sering kali tidak diendahkan orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti sampah hanyut.TakrifOrang miskin yang hidup melarat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTeralang-alang (= terguling-guling) bagai sampah dalam mata.TakrifKemusykilan yang tak dapat dilahirkan (selalu teringat dan terasa dalam hati).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAir sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga.TakrifJangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan.TakrifAnak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi. pemerunan = tempat membakar sampah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLaut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah.TakrifOrang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada kaca di pintu, Ambil lidi sapukan sampah; Mengapa tuan kata begitu, Kalau sudi apatah salah.
Lihat selanjutnya... |
|