Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SAAT

Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk

mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s.

Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan

satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan

24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400

daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut,

60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60

minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi

kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000

daripada satu bulatan.

UMUM
DINE

Dine ialah satu unit daya. Satu dine ditakrifkan

sebagai daya yang bertindak ke atas gram jirim,

akan mengeluarkan pecutan nombor sentimeter

per saat bagi setiap saat daya itu bertindak

(nombor sentimeter per saat per saat).

UMUM
ABERDEEN DAN TEMIAR, MARQUESS OF

Aberdeen dan Temiar, Marquess of (1847

1934) ialah ahli politik British, yang menjadi Gabenor

Jeneral Kanada dari tahun 1893 hingga 1898. Pada

tahun 1896, dia menjadi teladan kepada bakal

gabenor jeneral kerana enggan meluluskan

pelantikan politik saat-saat terakhir yang diperakukan

oleh Perdana Menteri Sir Charles Tupper yang akan

tamat tempoh perkhidmatannya.

UMUM
JAMALUL AZAM

JAMALUL AZAM (  ? 1881), Sultan Sulu (m.m. 1862-1881).  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui.  Dia dikenal juga dengan nama Jamalul Alam.  Dia menggantikan ayahnya Sultan Muhamad Fald.  Masa pemerintahannya merupakan saat-saat terakhir Sulu sebagai sebuah negeri yang merdeka dan berdaulat.  Pada zaman pemerintahannya persaingan antara kuasa Barat di perairan Sulu sampai ke kemuncaknya.  Semenjak pertengahan abad ke-19, pihak Sepanyol telah berusaha untuk menguasai Sulu sepenuhnya bagi mengelakkan Sulu jatuh kepada kuasa-kuasa Barat yang lain. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAMAL UL-KIRAM II

JAMAL UL-KIRAM II, (1868-1936, Sultan Sulu yang ke-32.  dia lahir di Filipina.  Jamal ul-Kiram II, mengikut salasilah Kesultanan Sulu yang disusun oleh Majul merupakan Sultan Sulu yang ke-32.  dia juga bolehlah dianggap sebagai Sultan Sulu yang terakhir.  Dia sempat menyaksikan tiga zaman yang berbeza dalam sejarah Sulu khasnya dan sejarah Filipina amnya.  Dia menjadi sultan pada saat penjajahan Sepanyol hingga   ke saat-saat akhir sebelum diganti oleh penjajahan Amerika.  Apabila dia meninggal dunia pada tahun 1936, Filipina sudah berada diambang kemerdekaan dengan terbentuknya kerajaan Komanwel Filipina pada tahun tersebut.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SNELL, PETER

Snell, Peter (1938 ), salah seorang pelari

jarak sederhana yang terhebat. Pada tahun 1962,

dia mencipta tiga rekod dunia, iaitu untuk acara

lumba lari sebatu (3 minit 54.4 saat), acara 880 ela

(1 minit 45.1 saat), dan acara 800 meter (1 minit 44.3

saat). Penyertaannya dalam Sukan Olimpik

sebanyak dua kali menghasilkan tiga pingat emas

untuknya. Dia menjuarai acara 800 meter

kejohanan tahun 1960 di Rom. Kemudian, pada

sukan tahun 1964 di Tokyo, dia memenangi acara

800 meter dan 1500 meter. Snell lahir di Opunake,

di Pulau Utara, New Zealand. Dia bersara daripada

bidang olahraga pada tahun 1965.

UMUM
SIBIL

Sibil ialah gelaran untuk ahli nujum wanita yang

sudah berusia pada zaman Rom purba. Ahli nujum

yang terkenal ialah Sibil Cumaen. Menurut

mitologi, dewa Apollo berjanji bahawa Cumaen

boleh hidup setahun bagi setiap butir pasir yang

boleh digenggam di dalam genggamannya. Walau

bagaimanapun, Apollo tidak menganugerahinya

sifat awet muda dan dia pun kelihatan semakin hari

semakin tua. Sibil Cumaen membawa Aeneas,

pahlawan Trojan, ke dunia untuk mengetahui masa

depan Rom. Kemudian, dia menawarkan diri untuk

menjual sembilan buah buku mengenai ramalan

yang dikenali sebagai Sibylline Books, pada harga

yang tinggi kepada raja Rom. Apabila raja

menolaknya sebanyak dua kali, Sibil membakar

tiga buah buku setiap kali. Raja Rom akhirnya

membayar harga asal untuk hanya tiga buah buku.

Buku ini dijadikan bahan rujukan semasa

menghadapi saat-saat bahaya sehinggalah buku ini

musnah dalam kebakaran pada tahun 83 S.M.

UMUM
MINIT

Minit adalah unit yang digunakan untuk mengukur

masa dan sudut. Dalam masa, 60 minit adalah satu

jam. Setiap minit dibahagikan kepada 60 saat. Oleh

sebab satu jam adalah 1∕24 daripada satu hari, maka

satu minit adalah 1∕1440 daripada satu hari. Dalam

pengukuran sudut, 60 minit adalah satu darjah.

Sebuah bulatan dibahagikan kepada 360 darjah.

Oleh itu, satu minit adalah 1∕121 600 daripada sebuah

bulatan lengkap. Setiap minit bagi suatu sudut

dibahagikan kepada 60 saat.

UMUM
TALKINPerlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut.AGAMAKonsep
TELEFON

Telefon ialah alat yang digunakan untuk menghantar

dan menerima mesej suara, biasanya dengan

menggunakan arus elektrik. Ia merupakan salah satu

kaedah komunikasi yang sangat berguna. Dalam

beberapa saat sahaja, anda dapat menelefon

seseorang yang berada di seberang jalan, di

bahagian lain dalam negara, ataupun dengan

seseorang di benua lain. Perkataaan telephone

( telefon ) berasal daripada dua perkataan Yunani yang

bermakna far ( jauh ) dan sound ( bunyi ) .

UMUM
Tesaurus
 
saat (kata nama)
1. Dalam konteks masa
bersinonim dengan satu per enam puluh minit

2. Bersinonim dengan detik: ketika, masa, waktu, kala, jam, semasa, tempoh,

Kata Terbitan : sesaat,

Peribahasa
128

Cut your coat according to your cloth

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Ukur baju di badan sendiri

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...